Barang kali ada yang pernah mendengar orang kata, “di sebalik kejayaan seorang lelaki , berdirinya seorang wanita di belakangnya” dan ada yang menambah ” disebalik kegagalan seorang lelaki juga berdiri dibelakangnya seorang wanita “…
Lee Chong Wei, dan isteri Wong Mew Choo, anak lelakinya Kingston dan Terrance
Siapa tak kenal dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Walaupun sudah bersara daripada aksi kompetitif di dalam gelanggang, nama Datuk Lee Chong Wei tidak pernah kering daripada bibir peminat sukan badminton. Semalam, bersempena Hari Wanita beliau ada memuat naik video di halaman Instagram miliknya.
Bersyukur Dan Menghadiahkan Penghargaan Kepada Isteri
Melalui video tersebut Lee Chong Wei dilihat meluahkan rasa bersyukur serta menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isterinya, Datin Wong Mew Choo atas segala sumbangan yang diberikan bersempena hari wanita sedunia baru-baru ini.
Dalam video yang dikongsikan itu, ternyata isteri tercinta beliau, Datin Wong Mew Choo nyata tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata selepas mendengar kisah jerih perih dilalui Chong Wei sepanjang kariernya bergelar seorang pemain ketika majlis pelancaran patung lilin bekas pemain perseorangan nombor satu dunia itu minggu lalu.
“Saya melihat video berkenaan dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini” – luah Chong Wei
Menurut Chong Wei, dia merasa luluh apabila melihat video itu sehingga dikatakan mengalirkan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran Mew Choo dalam hidupnya.
Ads
“Terima kasih Mew Choo dan saya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Sayang kamu 10,00 tahun. Kepada semua wanita di luar sana selamat hari wanita sedunia” kata Chong Wei
Mengimbau kembali liku-liku kehidupan serta onak duri yang diranjau bersama, pasangan ini dikatakan tidak merentan malah sebaliknya membangkitkan kekuatan emosi dan spiritual antara satu sama lain sehingga menjadi legenda sukan yang dikenang sehingga hari ini.
Ads
Untuk info, Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012 dan dikurniakan dua anak lelaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekerja dari rumah atau pejabat? Inilah rumusan yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas selepas tiga kluster di tempat kerja di kesan di Lembah Klang.
Buat masa ini, kebanyakan pejabat mengusulkan bekerja dari rumah selepas kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini selepas berlaku peningkatan mendadak di Lembah Klang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pemberitahuan semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat khas berkenaan susulan tiga kluster baharu yang dilaporkan di Lembah Klang berpunca dari tempat kerja.
Sebarang keputusan berhubung tindakan membenarkan pekerja sama ada terus bekerja di pejabat atau rumah akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, walaupun di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dibenarkan pergerakan pekerja untuk bekerja di pejabat atau sektor ekonomi namun kerajaan memohon majikan supaya membenarkan mereka ini boleh bekerja dari rumah.
"Tetapi sekarang sudah berlaku kes Covid-19 di tempat kerja, jadi saya akan bawa isu ini dalam mesyuarat khas MKN dipengerusi Perdana Menteri.
"Apa tindakan seterusnya bagi pekerja sama ada boleh terus bekerja di pejabat atau tidak akan diputuskan nanti dan kita serah pada perbincangan dalam mesyuarat itu nanti," katanya pada sidang media, hari ini.
Ismail Sabri berkata, dia mengharapkan sebelum sebarang keputusan dibuat majikan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.
"Ia bagi menjaga keselamatan pekerja di dalam syarikat terbabit," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah korang ingat lagi dengan kisah operasi menyelamat luar biasa melibatlan 12 orang remaja dan jurulatih mereka yang terperangkap jauh ke dalam Gua Tham Luang yang berlaku pada bulan Jun yang lalu.
Pasukan bola sepak mereka yang bergelar ‘Wild Boars’ menjadi sebutan netizen seluruh dunia yang menyaksikan misi mencari dan menyelamat daripada kerjasama pasukan elit seluruh dunia.
Terperangkap selama 18 hari di dalam gua yang gelap gelita menjadikan kisah mereka sebagai antara kejadian luar biasa dan memberikan inspirasi hebat kepada masyarakat dunia terutamanya golongan remaja. Sikap mereka yang sentiasa positif walaupun berada di dalam situasi yang boleh mengancam nyawa merupakan kini dijadikan inspirasi buat belia di seluruh dunia.
Terkini, mereka telah memenuhi jemputan daripada penganjur Sukan Olimpik Belia yang berlangsung di Buenos Aires, Argentina. Pasukan Wild Boars yang diwakili oleh kanak-kanak dan remaja berusia dari 11 dan 16 tahun ini tiba di ibu kota Argentina pada Jumaat lalu bagi menghadiri upacara pembukaan kejohanan yang berlangsung pada keesokan harinya.
Dalam lawatan ini mereka sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bawah 13 tahun kelab gergasi Argentina, River Plate. Dengan menggayakan jersi berwarna ungu, pasukan bola sepak remaja yang pernah digelar ‘pasukan bola sepak paling disayangi di dunia’ meneria tepukan paling gemuruh daripada penonton yang hadir.
Semasa melangkah masuk ke padang, Wild Boars dan jurulatih diberikan guard of honour oleh pasukan River Plate sebagai tanda pernghormatan dan kagum terhadap mereka.
Menurut presiden River Plate, perlawanan ini cukup istimewa baginya terutama buat kelabnya kerana kehadiran pasukan remaja dari Thailand ini mampu memberikan inspirasi kepada pemain-pemain muda di Argentina khususnya.
Perlawanan persahabatan ini berlangsung di Estadio Monumental yang pernah menjadi gelanggang perlawanan akhir Piala Dunia 1978.
Semoga pasukan Wild Boars akan terus menjadi duta tidak rasmi kepada keazaman dan perjuangan yang tidak pernah putus asa. Semoga dengan kisah luar biasa mereka di Gua Tham Luang dijadikan inspirasi dan peringatan untuk golongan remaja sentiasa rasa bersyukur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada hari Ahad ini, 4 Mac 2018 penggemar filem Hollywood pastinya akan bertumpu kepada acara gilang-gemilang, 90th Academy Awards atau dikenali sebagai Oscars.
Himpunan filem-filem terbaik yang dihasilkan sepanjang tahun 2017 akan dipertandingkan bagi mencari siapakah yang bakal membawa pulang trofi Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan pelbagai kategori lagi yang pastinya ramai ternanti-nanti keputusannya.
Bersempena dengan kemunculan Oscars tahun ini juga, seorang kanak-kanak bernama Maggie Storino bersama adik-adiknya iaitu Sophia (7), Saide (5) dan Sloane (2) telah melakonkan semula babak terkenal yang muncul di dalam setiap filem utama dipertandingkan pada Oscars kali ini.
Ia sebenarnya bukanlah kali pertama dilakukan mereka malah tradisi ini telah dimulakan sejak tahun 2011 lagi. Menggelarkan cabaran ini sebagai ‘Don’t Call Me Oscar’, mereka turut mendedikasikan sebuah laman web istimewa yang memaparkan aksi-aksi mereka.
Dan yang buat Remaja berasa kagum, banyak shot yang diambil mereka memang hampir-hampir menyamai dengan babak filem sebenar. Antara filem yang diabadikan mereka ialah ‘The Shape of Water’, ‘The Post’, ‘Dunkirk’, ‘Ladybird’ dan banyak lagi!
Menurut Mashable, mereka juga turut menyewa kolam renang berdekatan kediaman untuk mengambil foto seperti dalam filem ‘The Shape of Water’.
Memang comel gila!
Jom check out aksi-aksi mereka di bawah!
SHAPE OF WATER
GET OUT
THE POST
PHANTOM THREAD
LADYBIRD
DUNKIRK
THE DARKEST HOUR
CALL ME BY YOUR NAME
THREE BILLBOARDS OUTSIDE EBBING, MISSOURI
Untuk korang yang ingin menyaksikan 90th Academy Awards, ia akan dipancarkan secara langsung pada Isnin, 5 Mac 2018 bermula dengan program Oscars Red Carpet pada 7.30 pagi di HBO & HBO HD (Astro saluran 411 & 431).
Foto: Don’t Call Me Oscar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!