
Meskipun hubungan mereka kini sedang dilanda konflik, pelakon popular Anna Jobling tetap menitipkan ucapan penghargaan buat ibunya, Ariz Arop, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25.
Pelakon drama Setia Itu Mahal itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan hari jadi, yang disifatkan menjadikan harinya lebih bermakna.
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” katanya.
Dalam pada itu, selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris ini juga meluahkan rasa syukur kerana sentiasa dikelilingi insan yang memberi sokongan.
“Saya berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan yang hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu ini,” ujarnya.
Terdahulu, kemelut antara Anna dan ibunya masih belum menemui titik noktah selepas Ariz mendedahkan menerima perintah injunksi daripada anaknya pada Disember tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.