Teriakan Bayi Bikin Stres Sepanjang Penerbangan? Air Asia X Tawar Zon Senyap Sebagai Penyelesaian

Share

Terperangkap di tempat yang sempit dan penuh dengan penumpang lain sudah cukup memeningkan kepala. Namun apakan daya? Ini sahaja kaedah perjalanan yang paling ideal bagi seseorang untuk menuju ke sesuatu destinasi, terutama lokasi yang berada di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Isu Tertinggal, Lapangan Terbang Changi Singapura Bebas Pasport Mulai 2024!

Namun sebaik sahaja mahu melelapkan mata di tempat duduk, terdengar teriakan bayi secara tiba-tiba dari seat hadapan. Aduh, memang spoil habis mood…...

Ini antara senario yang sering berlaku dan tiada pihak yang dapat dipersalahkan. Bukan mudah untuk menenangkan bayi yang menangis ketika dalam penerbangan di awan biru.

AirAsia kini menawarkan Zon Senyap pada penerbangan AirAsia X; bahagian ini bebas kanak-kanak, jadi anda boleh terbang dengan tenang!

Zon Senyap menjanjikan sedikit atau tiada bunyi bising, sifar gangguan dan pencahayaan persekitaran yang lembut. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun juga tidak dibenarkan masuk ke zon ini dan makanan akan dihidangkan lebih awal. Wow……

Zon ini tersedia secara eksklusif pada pesawat AirAsia X A330 yang menawarkan servis penerbangan ke negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Australia dan Taiwan.

Anda boleh menempah tempat duduk pilihan anda di Zon Senyap dengan membuat bayaran apabila menempah penerbangan anda, melalui pembelian semasa daftar masuk web atau di kaunter daftar masuk lapangan terbang.

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO: Air Asia X

 

 

 

IKLAN