Setiap kali tibanya musim Ramadan dan perayaan, kita pastinya akan ‘dimanjakan’ dengan seleksi menu baru untuk dicuba untuk tempoh masa terhad.
Terbaru, rangkaian Restoran Makanan Segera Halal Tempatan yang terbesar, Marrybrown tidak ketinggalan untuk memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang mengetengahkan masakan Rendang dan juga makanan tempatan lain.
Namanya pun tempoh masa terhad, menu ini hanya tersedia secara eksklusif di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari ini sehingga stok masih ada!
Marrybrown memperkenalkan sajian tradisi masakan melayu iaitu Rendang sebagai salah satu menu Riang Ramadan Raya yang menjadi sebahagian daripada matlamat mereka untuk memberikan “tarikan tersendiri” kepada para pelanggan seperti Double Rendang Ayam Burger dan Pai Nangka.
Ads
Pada masa yang sama juga Marrybrown membawa kembali menu kegemaran seperti Nasi Rendang Ayam dan Meriah Bucket MB, yang pastinya akan mengukir senyuman kepada semua yang mencubanya.
Memang Best boleh menikmati Double Rendang Ayam Burger yang tersedia dengan dua keping patti ayam yang disalut kuah Rendang dengan rempah ratusnya. Korang boleh memilih Double Rendang Ayam Burger Combo yang tersedia dengan kentang goreng sederhana dan satu minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM17.90.
Bagi korang yang gemar makanan ala tradisional boleh memilih Nasi Rendang Ayam Combo yang juga tersedia dengan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM15.90.
Ads
Kedua-dua sajian Double Rendang Ayam Burger dan Nasi Rendang Ayam, boleh dipilih dalam Riang Rendang Meal. Set yang tersedia ini lengkap dengan Double Rendang Ayam Burger, Nasi Rendang Ayam, MB BBQ Potato Chips, dan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM29.90.
Paling special untuk koleksi menu kali ini di Marrybrown bagi penulis ialah Pai Nangka yang boleh dipesan dengan mana-mana set, berharga RM3.50.
Ads
Set juadah bersama keluarga pula, boleh memilih Meriah Bucket MB yang tersedia dengan 6 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM49.90, dan Meriah Bucket MB 9 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM63.90. Juga tersedia dengan cheesy wedges, dua paket MB BBQ Chips, dan satu botol 1.5L Fanta Strawberry.
Wah, menarik bukan?
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada Marrybrown, Aplikasi Marrybrown, promosi dan servis penghantaran. Facebook: Marrybrown Malaysia
Setelah sekian lama bergelar pelajar di bangku sekolah, akhirnya 373,974 orang calon SPM 2022 boleh menentukan hala tuju masing-masing bermula hari ini mengikut minat dan kebolehan.
Korang dapat keputusan subjek A? Atau ada yang kurang bernasib baik dan memperolehi gred G? Well, semua itu bukanlah kayu pengukur bagi Nando’s Malaysia.
Istimewa pada hari ini sahaja, Nando’s ingin meraikan kesemua lepasan SPM 2022 tidak kiralah sama ada slip keputusan korang mencatatkan gred A, B, C, D, E atau G sekalipun.
Apa yang penting bagi mereka adalah semua lepasan sudah melepasi halangan 11 tahun bergelar pelajar sekolah malah meraih pengalaman berguna.
Hadirkan saja diri ke mana-mana cawanvan Nando’s hari ini dan mereka ingin membelanja sepinggan ayam PERi-PERi 1/4 secara percuma!
Untuk menebus tawaran, korang mesti membawa slip keputusan fizikal dan tunjukkannya kepada petugas restoran sewaktu menempah makanan.
Tapi ingat! Setiap lepasan SPM hanya boleh menebus sekali sahaja pada 8 Jun 2023 dan ia hanya tertakhluk kepada hidangan ‘dine-in’ sahaja.
TULAR di laman TikTok, seorang wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) telah berkongsi pengalaman bagaimana dia menjadi buta.
Dalam perkongsian melalui akaun @ilakamilah97, wanita itu menjelaskan bahawa dia masih boleh mengenal pasti kedudukan barang dan warna sewaktu kecil.
Mata Kabur Kerana Sering Bermain Di Luar
Walau bagaimanapun, ketika berumur kira-kira lima hingga enam tahun, penglihatannya mula kabur kerana sering bermain di luar yang akhirnya menyebabkan matanya kerap gatal.
“Seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain di taman, begitu jugalah saya. Saya ini kasar sifatnya… jadi memang gemar bermain di luar.
“Apabila bermain di luar, habuk akan berterbangan dan masuk ke mata, menyebabkan ia menjadi gatal.
“Saya selalu menggosok-gosok mata saya, kemudian penglihatan saya mula kabur. Lama-kelamaan menjadi semakin gelap kerana dikatakan selaput mata sudah menutup biji mata.
“Saya suka menggosok dan menekan mata kerana rasa gatal,” katanya.
Bahaya Mengosok Mata
Memetik laman Hellodoktor, menggosok mata adalah tabiat buruk yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan risiko kesihatan pada mata.
Antaranya termasuklah:
Pengaruh terhadap Penglihatan
Tabiat menggosok mata boleh merosakkan penglihatan yang sebelumnya baik. Ini kerana menggosok boleh memecahkan saluran darah di mata, sehingga menyebabkan percikan darah.
Konjunktivitis
Tangan adalah tempat yang banyak mengandungi kuman. Jadi, apabila seseorang menggosok mata dengan tangan, kuman dengan cepat dipindahkan ke mata dan menyebabkan jangkitan.
Kerosakan pada Kornea
Jika terdapat objek asing yang terperangkap dalam mata, tabiat menggosok hanya akan memperburuk keadaan dan boleh merosakkan kornea.
Menggosok mata terlalu kerap juga boleh menyebabkan kornea menjadi semakin nipis, suatu keadaan yang dikenali sebagai keratoconus yang mengganggu penglihatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau bulan ni hari jadi korang, jangan sekadar tiup lilin dan potong kek je. Sekarang ni banyak brand, kafe, dan restoran tawarkan promosi birthday yang memang rugi kalau tak ambil. Ada yang bagi makanan percuma, minuman buy 1 free 1, diskaun khas, malah tiket masuk free ke tempat menarik!
Bestnya, kebanyakan promosi ni valid sepanjang bulan kelahiran. Jadi korang boleh plan siap-siap, ajak kawan atau family join sekali dan buat ‘birthday tour’ sambil makan dan shopping. Jom tengok senarai 9 promosi birthday bulan ini yang confirm buat hari korang extra special.
1. Aquaria KLCC – Tiket Masuk Percuma
Raikan hari jadi sambil dikelilingi hidupan laut menakjubkan! 📅 Bermula 1 Ogos 📌 Khas untuk warganegara Malaysia & PR – tunjuk MyKad/IC PR fizikal di pintu masuk.
2. TGI Fridays – Kek Percuma
Nikmati sepotong kek percuma, cheat day dibenarkan! 😛 📅 Sepanjang bulan hari jadi 📌 Beritahu staf yang ini birthday korang.
3. Baskin-Robbins – Diskaun Kek Aiskrim
Join Club 31 melalui aplikasi dan nikmati 25% diskaun kek aiskrim. 📅 Sepanjang bulan hari jadi 📌 Daftar di aplikasi Baskin-Robbins.
4. Sushi King – Dessert & Points
Dapat kombo pencuci mulut percuma + 200 Smile Points. 📅 Sepanjang bulan hari jadi 📌 Daftar & tunjuk kod QR ahli di aplikasi Sushi King MY.
5. CU Mart & myNEWS – 3 Hadiah Percuma
Maru Americano/Tea, CU Soft Serve, dan minuman Maru pilihan (kecuali Salted Caramel Coffee Frappe). 📅 Bulan Ogos 📌 Lahir bulan Ogos? Daftar di aplikasi MYNEWS sekarang.
6. Tealive – Beli 1, Percuma 1
Kongsi minuman dengan BFF atau family. 📅 Sepanjang bulan hari jadi 📌 Daftar & masukkan tarikh lahir di aplikasi Tealive.
7. The Coffee Bean & Tea Leaf – Kek Percuma
Beli minuman, dapat sekeping kek percuma—perfect combo! 📅 Sepanjang bulan hari jadi 📌 Tebus di mana-mana cawangan.
8. Ole-Ole Bali – Nasi Campur Separuh Harga
Nikmati Nasi Campur signature pada harga separuh. 📅 Sepanjang bulan hari jadi 📌 Umur 7 tahun ke atas, bawa IC & post gambar dengan makanan di media sosial.
9. FamilyMart – Sofuto Percuma
Claim Sofuto mana-mana perisa yang masih ada stok. 📅 Sepanjang bulan ini 📌 Daftar & tebus baucar di aplikasi MY FamilyMart.
💡 Tip Remaja Untuk Maksimakan Freebies Birthday:
Daftar awal dalam semua aplikasi atau program keahlian.
Pastikan tarikh lahir betul dalam akaun supaya sistem auto hantar baucar.
Jangan tunggu tarikh tepat hari jadi—kebanyakan promosi sah sebulan penuh.
Plan hari “birthday hopping” untuk tebus semua promosi tanpa tergesa-gesa.
So, kalau bulan ni birthday korang, sapu bersih semua freebies & diskaun ni. Manjakan diri, ajak kawan celebrate, dan nikmati hari paling best dalam setahun! 🎉
Sabah hari ini berduka dengan pemergian salah seorang pemimpin paling lantang memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia...