Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera secara fizikal oleh ibunya dan pasangannya di sebuah taman perumahan Pasir Gudang telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian.
Mangsa kini dalam pemerhatian di Hospital Sultanah Aminah, manakala ibunya berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dakwaan penderaan itu terbongkar selepas rakaman beberapa lelaki dipercayai jiran pasangan itu dilihat bersemuka dengan mereka dan menunjukkan kecederaan yang dialami budak lelaki itu tular di media sosial.
Ketua Polis Johor Pesuruhjaya Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihak polis telah membuat serbuan ke rumah itu kira-kira tengah malam semalam dan berjaya menahan ibu kanak-kanak itu yang kemudiannya direman enam hari, manakala pasangannya menerima perintah reman tujuh hari.
Ads
Turut dirampas daripada dua wanita berusia 27 dan 30 tahun itu ialah dua rotan. Menurut laporan juga, kedua-dua wanita diuji negatif untuk penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Sementara itu, permaisuri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman memuat naik laman Facebook rasminya, mengulas mengenai dakwaan penderaan itu.
Ads
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail atas tindakan segera mengeluarkan budak lelaki itu dari rumah untuk rawatan.
Dia juga memuji penduduk taman perumahan yang mengambil langkah mereka untuk bersemuka dengan pasangan itu, apabila mereka mengesyaki kanak-kanak tersebut dalam situasi yang memerlukan pertolongan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: News Strait Times, Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Para saintis menemu sesuatu yang baru mengenai virus corona SARS-CoV-2 yang dikatakan mampu bertahan selama 28 hari pada wang kertas.
Penemuan kajian ini dilakukan di Australian Centre For Disease Preparedness (CSIRO) yang mana para saintis menemui virus corona baru ini sangat berbeza ketika penularan di awal wabak ini yang mana ia hanya mampu bertahan antara lima ke lapan hari sahaja, lapor Bloomberg semalam.
Tidak hanya di duit kertas, virus ini mampu bertahan di telefon bimbit, mesin ATM, tombol pintu dan lain dalam satu penyelidikan makmal di bissekuriti terbaik di Australia. Dalam jurnal diterbitkan Virilogy Journal Isnin lalu memaklumkan, kelangsungan virus di permukaan akan menurun kurang dari sehari jika ia terdedah kepada suhu 40 darjah Celsius.
Menurut Debbie Eagles yang juga wakil dari Australian Centre For Disease Preparedness (CSIRO) memaklumkan virus SARS-CoV-2 ini tetap dapat menular di permukaan utnuk jangka waktu yang lama.
Malah dengan kajian terbaru ini juga menambah bukti bahawa virus corona yang menjadi penyebab COVID-19 akan dapat bertahan lama dalam cuaca yang lebih dingin. Malah menjelang November akan datang, di mana musim sejuk akan bermula, virus ini akan lebih sukar dikendalikan berbanding cuaca panas.
Penelitian juga membantu untuk orang ramai memahami betapa pentingnya untuk mereka menjaga kesihatan diri, menjaga penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan.
Metode penelitian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis yang melakukan pelbagai keadah ujian untuk melihat bagaimana virus yang mengakibatkan lebih 37 juta orang dijangkiti dan lebih sejuta meninggal mendapati virus ini akan mati dengan cepat jika terdedah kepada cahaya matahari.
Kajian dilakukan mendapati virus ini akan berubah mengikut di permukaan mana ia berada. Malah penyelidik turut membuat perbandingan wabak selesema bermusim di mana ia hanya mampu bertahan 17 hari saja berbanding virus corona selama 28 hari.
Lebih mengejutkan ia mampu bertahan lebih lama di permukaan kaca seperti telefon bimbit, mesin ATM, kios check in di lapangan terbang dan lain lagi.
Malah jika tempat-tempat begini tidak dinyahkuman dengan lebih cepat, ia akan mempercepatkan lagi penularan virus SARS-CoV-2. Tapi kajian dapati virus ini hidup lebih lama di permukaan wang kertas. Sumber : Kompas.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan topeng muka merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.
Namun, sesetengah daripada cuma menjadikan ‘facemask’ ini sebagai trend fesyen je sebab bila tak pakai di campak merata-rata. Dan kalau korang perasan juga, banyak sampah-sampah berupa facemask di tepi jalan. Betul tak?
Tiada kesedaran sivik dan sikap tidak bertanggungjawab ini mungkin boleh mengundang penyakit dan virus lain juga.
Seorang pengguna Facebook, Vasugi Ramasamy berkongsi pengalamannya berdepan isu sikap tidak bertanggungjawab oleh mereka yang tiada kesedaran sivik.
Setiap hari ulang-alik kerja nampak pelitup muka merata tepi jalan
Vasugi Ramasamy yang bekerja di Econsave Parit Buntar, melihat pelitup muka dibuang merata setiap hari. Justeru, dia dan adiknya, Suriya Kuppusamy telah membuat kerja amal mengutip pelitup muka yang dibuang merata-rata itu.
Mereka menjalankan misi itu kerana berasa terpanggil untuk mengelakkan berlaku penularan bakteria dan virus lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.
Katanya, ia bukan sahaja boleh membahayakan warga emas yang berisiko tinggi mengalami jangkitan, bahkan kanak-kanak kerana sistem imunisasi badan yang rendah berbanding orang dewasa.
Pada akhir perkongsiannya, Vasugi berpesan meminta orang ramai agar tidak sesuka hati membuang pelitup muka yang sudah digunakan kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
“Di sini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (FACE MASK) dimerata,itu akan menambahkan risiko.”
Hantarannya itu mendapat perhatian netizen dengan mengucapkan terima kasih kepada dua adik-beradik ini kerana menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan semasa.
Masalah ini bukan sahaja ada di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kumpulan pencinta alam sekitar menegaskan, pelitup muka memburukkan lagi masalah sampah yang hanyut di laut dan serata tempat lain, malah mencetuskan kebimbangan mengenai penyebaran kuman.
Tidak sukar pun untuk membuang pelitup muka selepas dipakai. Hanya buka pelitup, ambil, lipat dua dan gulung. Gulungkan perlahan-perlahan dan proses ini tak ambil masa lebih 20 saat. Selepas itu, ikat gulungan tadi dan buang di mana-mana tong sampah yang disediakan.
Bagusnya ada lagi orang yang berhati mulia macam ni. So korang, lepas ni jangan buat macam ini lagi k. Ingat bahawa virus pandemik maut ini masih ada disekeliling kita lagi.
Kucing sememangnya haiwan peliharaan yang comel dan menghiburkan. Namun, sebagai pemilik yang bertanggungjawab, penting untuk mengetahui risiko kesihatan yang mungkin berkait rapat dengan haiwan kesayangan anda. Salah satunya adalah jangkitan Toxoplasmosis.
Toxoplamosis Boleh Sebabkan Buta Dalam Kes Serius
Lebih teruk lagi, toxoplasmosis juga boleh menyebabkan kerosakan serius pada mata sehingga buta dalam kes serius seperti yang diterangkan oleh pusat optometri Ar Rayyan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang ahli optik sedang memberi konsultasi kepada pesakitnya berkenaan sakit mata yang dihadapi.
Ahli optik tersebut menjelaskan bahawa terdapat parut pada mata seorang pesakit yang disebabkan oleh parasit haiwan. Perkara ini menyebabkan pesakit berkenaan dapat melihat bayang tompok hitam pada penglihatan.
@rayyanoptometry Toxoplasma bahaya tau.. Hati-hati pada yang bela kucing terutamanya kucing luar. Risiko sentiasa ada. Kunjungi cawangan Rayyan berhampiran untuk pemeriksaan professional percuma ya #fyp♬ original sound – Ar Rayyan Optometry
Apabila ditanya sama ada perkara itu akan melarat, dia menjelaskan bahawa parasit yang aktif terutamanya di bahagian tengah retina atau saraf optik, berisiko menyebabkan penglihatan mata secara kekal atau buta.
Sehubungan itu, pusat optometri tersebut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika mengendalikan kucing peliharaan yang dibiarkan berkeliaran di luar rumah.
Difahamkan pesakit terbabit tidak memelihara kucing sendiri, namun sering bermain dengan si bulus yang dimiliki oleh jiran-jiran.
Jangkitan Toxoplasmosis Tidak Boleh Dirawat Sepenuhnya
Seperti kebanyakan penyakit lain, toxoplasmosis boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan anti-parasit dan antibiotik yang menghentikan tumbesaran dan pembiakan di dalam tubuh badan.
Kebiasaannya toxoplasmosis hanya dirawat dalam individu yang mempunyai simptom dan sistem imun lemah memandangkan rawatan itu hanya berkesan ketika parasit tersebut aktif.
Rawatan tersebut bagaimanapun tidak boleh menyingkirkan sista yang mengandungi parasit T. gondii, sekaligus menyebabkan toxoplasmosis tidak boleh dirawat sepenuhnya.
Parasit berkenaan tidak akan aktif semula dalam individu dengan sistem imun kuat, namun boleh wujud apabila sistem imun lemah atau bagi mereka dengan toxoplasmosis kongenital.
Apa Itu Toxoplasmosis?
Toxoplasmosis ialah jangkitan yang disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii, yang boleh ditemui dalam najis kucing. Jangkitan ini biasanya tidak berbahaya kepada individu yang sihat, namun boleh menjadi serius sekiranya menjangkiti wanita hamil atau individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Jangkitan boleh berlaku melalui:
Sentuhan langsung dengan najis kucing yang dijangkiti, terutama semasa membersihkan pasir najis
Pengambilan daging mentah atau separuh masak yang tercemar dengan parasit
Sayur atau buah yang tidak dibasuh dengan sempurna
Penularan dari ibu kepada janin semasa kehamilan
Apakah Risiko Kesihatan Toxoplasmosis?
Walaupun kebanyakan individu tidak menunjukkan simptom, toxoplasmosis boleh menyebabkan komplikasi serius seperti:
Keradangan mata (retinochoroiditis) yang boleh mengakibatkan penglihatan kabur atau buta
Gangguan neurologi seperti sawan, kekeliruan atau sakit kepala berpanjangan
Jangkitan teruk pada paru-paru atau jantung
Kecacatan kelahiran sekiranya jangkitan berlaku semasa kehamilan
Gejala Umum Toxoplasmosis:
Demam ringan
Sakit otot
Bengkak pada kelenjar limfa
Masalah penglihatan atau kesakitan pada mata
Langkah Pencegahan Bagi Pemilik Kucing:
Sebagai langkah berjaga-jaga, pemilik kucing dinasihatkan untuk:
Mencuci tangan dengan bersih selepas membersihkan najis kucing
Menukar pasir najis setiap hari – parasit mengambil masa untuk menjadi berjangkit
Tidak mencium mulut atau muka kucing
Memasak daging sehingga betul-betul masak
Membasuh buah-buahan dan sayuran dengan bersih sebelum dimakan
Mengelakkan kucing daripada berburu atau memakan haiwan liar
Tapi jangan risau, memelihara kucing tidak semestinya membawa risiko jika anda tahu cara penjagaan yang betul. Ambil langkah pencegahan awal untuk memastikan kesihatan anda dan keluarga sentiasa terjaga.