• Lifestyle
  • News
  • Hiburan
  • Menarik Lagi
    • Gajet
    • Viral
    • Relationship
    • Remaja on Road
    • Saya Remaja Malaysia
  • Video
    • Cer Try
    • Saya Remaja Malaysia
    • Remaja MOJO
    • Youth Talk
    • Scoop-Lah
    • Remaja on Road
    • Remaja Podcast
    • Remaja Dance Off
  • Dewi Remaja 2025
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. • Dikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version
Remaja
  • Homepage
  • Inpirasi

“Tengok BLUE Buat Otak Rosak…” – Qawiy Kongsi Tips Kuatkan Hafalan

12 Jun 2025
“Tengok BLUE Buat Otak Rosak…” – Qawiy Kongsi Tips Kuatkan Hafalan
Share

Remaja yang terdedah kepada bahan lucah cenderung mengalami gangguan emosi, hilang rasa malu, dan rendah nilai diri.

Dalam usaha membimbing remaja ke arah kehidupan yang lebih positif, pempengaruh media sosial, Abdul Qawiy Abd Rashid, atau lebih dikenali sebagai Qawiyaro berkongsi pandangan mengenai kesan menonton pornografi yang boleh mengakibatkan hilang hafalan seseorang.

Popular dengan kandungan ‘Tebuk Ngaji’ yang menguji hafalan al-Quran orang awam secara spontan. Menerusi sesi podcast Sembang Seram, Qawiy berkata, perkara itu terbukti seperti mana peristiwa yang terjadi kepada ulama Islam terkenal, Imam Syafie.

Pertama, menonton pornografi semestinya haram. Kedua, kesannya memang akan hilangkan hafalan kita.

Saya mahu berkongsi kisah Imam Syafie. Beliau sangat hebat kerana mampu menghafal apa sahaja yang dibaca dengan mudah.

Kalau buka kitab, dia baca automatik akan hafal. Namun ada satu hari, dia merasakan seperti susah nak menghafal, agak perlahan dan tidak seperti selalu. Lalu, dia bertanya kepada gurunya dan gurunya awab, tinggalkan maksiat.

Berkongsi lanjut mengenai peristiwa itu, Qawiy berkata, Imam Syafie secara tidak sengaja terpandang betis isteri gurunya.

Tapi pelik, kerana Imam Syafie berkata dia tidak pernah buat maksiat, rupa-rupanya ada satu hari Imam Syafie ternampak betis isteri ustaznya.

Isteri ustaznya lalu di hadapan Imam Syafie, kemudian ada angin kuat dan ternampak sedikit betisnya.. Imam Syafie dah alihkan pandangan, namun tetap menjadi kesan kepada hafalannya.

Justeru, Qawiy menasihati orang ramai supaya meninggalkan hobi gemar menonton video tidak senonoh kerana perbuatan itu menyukarkan seseorang untuk memperoleh ilmu.

Sebab apa perlu tinggalkan maksiat? Kerana sesungguhnya ilmu adalah cahaya. Cahaya tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.

Bayangkan kita yang suka tengok pornografi suka-suka. Jadi nasihat saya perlu jaga tiga perkara iaitu apa yang kita lihat, kita dengar dan kita cakap. Itu semua mempengaruhi hati.

Kesimpulannya, menonton pornografi bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal, tetapi juga emosi dan sosial.

Sumber: TikTok Sembang Seram

BACA LAGI : “Bos Dari Syurga!” Christy Ng Belanja RM40,000 Restock Pantri, Siap Ada Produk Penjagaan Diri Untuk Pekerja!

Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana
12 Jun 2025

Related Post

  • Pelakon Popular Bergabung! Che Puan Juliana Evans, Tiz Zaqyah, Ezzanie Jasny & Lorenzo Irmann Dalam Impiana: Karma
  • Arena Wan Lega Astro Originals ‘Generasi: Perfect 10’ Diterima Ramai Dari Awal-Akhir, “Jadi Nombor Satu Bukan Segalanya…”
  • RECAP Dewi Remaja 2025 Episod 6: Siapa Paling Kelakar & Sweet Dalam Cabaran Blind Date?
  • Streamers! Assemble! – Edisi Digital November 2025 Bersama 4 Duta Kempen sooka Gilerrr
  • Evertts Gomes, Mierul Aiman, ALPHA, Wani Kayrie & Ramai Lagi Bakal Beri Sokongan Untuk Cabaran sooka Gilerrr
    • Lifestyle
    • News
    • Hiburan
    • Menarik Lagi
      • Gajet
      • Viral
      • Relationship
      • Remaja on Road
      • Saya Remaja Malaysia
    • Video
      • Cer Try
      • Saya Remaja Malaysia
      • Remaja MOJO
      • Youth Talk
      • Scoop-Lah
      • Remaja on Road
      • Remaja Podcast
      • Remaja Dance Off
    • Dewi Remaja 2025
    © Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. • Dikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version