
Baru-baru ini, Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mencuri perhatian selepas meluahkan rasa bangga atas kejayaan anak sulungnya, Tengku Zahra Jasmina yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian Kelas Pertama di University of Warwick, United Kingdom.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram milik beliau, Tengku Zafrul berkata, detik graduasi itu menjadi satu momen yang cukup bermakna buat seluruh keluarga kerana ia mengimbau kembali saat mereka menghantar Zahra melanjutkan pengajian ke United Kingdom beberapa tahun lalu sebelum meraikan kejayaan tersebut bersama-sama.
“Dulu hantar belajar. Hari ini datang raikan hari graduasi.”
“Tahniah, Zahra! Kepujian Kelas Pertama Kesusasteraan Inggeris University of Warwick, United Kingdom. Kami sangat bangga dengan kamu,” ucapnya bangga dalam perkongsian yang sama.
Difahamkan, kejayaan tersebut bukanlah penamat kepada perjalanan akademik Zahra, sebaliknya menjadi permulaan kepada fasa baharu apabila beliau bakal menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di University of Oxford.
Pada masa yang sama, Tengku Zafrul sempat berkongsi secara berseloroh bahawa beliau berpeluang memantau perkembangan anaknya dengan lebih dekat memandangkan beliau sendiri mempunyai program akademik di universiti berprestij itu.
BACA: Usahawan Muda UUM Bawa Konsep ‘No-Phone Cafe’ Di Kampus, Luqman Hakim Jana Jualan Hampir RM400,000
Di sebalik gurauan itu, Tengku Zafrul turut menitipkan pesanan yang mencerminkan harapan seorang bapa agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh di luar negara dapat dimanfaatkan untuk pembangunan tanah air.
Sementara itu, perkongsian berkenaan turut dihujani ucapan tahniah daripada pengguna internet yang menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu inspirasi buat golongan muda untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik.
Sumber: Instagram Tengku Zafrul
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.