
Berita tentang penularan wabak Covid-19 ini tidak lagi asing bagi manusia, tetapi apa yang menghairankan adalah jika kita dengar berita tentang haiwan juga perlu menjalani ujian swab test setelah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
Kejadian ini terjadi di India, dimana seekor tenggiling terpaksa menjalani ujian tersebut setelah ia ditemui di rumah seorang penyeludup yang dijangkiti virus itu.

Tenggiling tersebut telah ditemui selepas serbuan dilakukan keatas rumah si penyeludup di daerah Mayurbhanj, Odisha.
Menerusi perkongsian rakaman video daripada Awani, ianya menunjukkan beberapa pegawai kesihatan di India sedang mengambil sampel daripada hidung haiwan seberat 8 kilogram ini. Pegawai Perhutanan Daerah juga telah mengarahkan agar tenggiling itu menjalani proses kuarantin sebelum dibebaskan semula.
Menurut kenyataan WWF (Tabung Perlindungan Haiwan Liar), tenggiling adalah antara yang paling banyak diperdagangkan walaupun dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. Tenggiling juga sering diburu sebagai makanan eksotik, dan dipercayai kulit mamalia bersisik itu mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Berang Dengan Kenyataan Forbes Tentang Kekayaan & Kejayaan Kylie Jenner

REMAJA rasa kamu sebagai generasi muda dan millenial sudah pasti sangat kenal dengan nama Kylie Jenner. The social media queen yang menjadi ikutan ramai anak muda terutamanya pengaruh dari segi fesyen dan solekan ini sedang membina empayar perniagaannya ke peringkat global dengan cukup hebat.
Pada hari Rabu yang lalu, majalah perniagaan terkemuka Amerika Syarikat, Forbes telah memperkenalkan Kylie Jenner sebagai penghias muka hadapan isu terbaru majalah mereka.
Muncul dengan sub-tajuk ‘set to be the youngest ever self-made billionaire’, ia telah menarik komen daripada ramai pihak terutamanya pengguna laman media sosial di Twitter.

Menurut laporan Forbes, Kylie kini memiliki kekayaan bernilai kira-kira USD900 juta (RM3.64 billion) dengan sebahagian besar pendapatannya menerusi jenamanya, Kylie Cosmetics yang telah terjual lebih dari USD630 juta (RM2.55 billion) sehingga kini.
Dan selebihnya pendapatan Kylie datang daripada pelbagai kemunculan menerusi media dan juga rancangan televisyen. Kejayaam Kylie kini dianggap mengikuti jejak langkah kakak tirinya iaitu Kim Kardashian yang turut membina empayar pernigaan berjaya.
Menurut artikel Forbes lagi, Kylie menggunakan pengaruhnya terutama di laman media sosial untuk mempromosikan jenama Kylie Cosmetics. Dan bagi anak muda seperti Kylie, laman media sosial merupakan ‘lombong emas’ yang mempunyai potensi tanpa batasan.
Akan tetapi di sebalik pengiktirafan daripada Forbes, ramai netizen tidak senang dengan kenyataan mereka bahawa Kylie menjadi kaya di atas usaha sendiri.




Seorang pengguna Twitter berkata, “Memanggil Kylie Jenner sebagai self-made bilionaire tanpa mengambil kira latar belakang kekayaan keluarganya serta bagaimana dia mempunyai pelbagai kelebihan adalah tidak tepat. Ia seolah seperti memandang rendah keupayaan orang lain terutama yang dari keluarga susah untuk berjaya.
“Kisah Kylie bukanlah memberi inspirasi atau motivasi kepada orang lain,” tambah komentar tersebut lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner Akhirnya Buang Filler Di Bibir & Kelihatan Lebih Cantik
Ramai netizen juga tidak bersependapat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Forbes. Bagi mereka untuk mengatakan Kylie berjaya sendiri sedangkan hidup dalam keluarga yang kaya-raya adalah tidak tepat. Langsung atau tidak langsung dia pasti mendapat bantuan terutamanya dari segi kewangan, jaringan kenalan sosial dan juga pengaruh.

Menurut senarai wanita terkaya terkini di Amerika Syarikat, Kylie Jenner menduduki di tangga kedua di belakang Oprah. Manakala untuk carta keseluruhan pula dia berada di tangga ke-27.
Bagaimana pula pendapat kamu? Adakah Kylie Jenner layak diiktiraf sebagai self-made billinaire atau tidak?
Bagi REMAJA, ia merupakan satu perkara subjektif. Tetapi untuk berada di tahap Kylie yang baru berusia 21 tahun merupakan satu pencapaian yang sangat LUAR BIASA!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini 2 Cara Mudah Untuk Korang Mohon i-Sinar KWSP Kategori 1 Secara Online

Permohonan pengeluaran wang KWSP Akaun 1 menerusi program i-Sinar sudah dibuka bermula hari ini, 21 Disember 2020. Bagi yang ingin memohon, tidak semestinya korang memerlukan i-Akaun kerana terdapat dua jenis cara untuk mendaftar program i-Sinar ini.
Berikut adalah informasi yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norzi Md Ali tentang cara-cara untuk mendaftar.
Ia terbahagi kepada dua, iaitu bagi pengguna yang tidak mempunyai i-Akaun dan juga yang boleh didaftar menerusi i-Akaun.
Jom kita semak bagaimana cara untuk mendaftar KWSP i-Sinar ini.
Permohonan tanpa i-Akaun
1. Sila klik Permohonan Baharu KWSP
2. Isikan nombor MyKad
3. Isikan nombor telefon bimbit, alamat email, alamat rumah, poskod, Bandar, Negeri
4. Pilih amaun pendahuluan (berdasarkan syarat layak), amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
5. Selepas buat pilihan amaun, pilih bank
6. Pilihan bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online masukkan akaun bank (simpanan/semasa) aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar
7. Pastikan nombor akaun bank aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah
8. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan
9. Klik Hantar

Cara mohon guna i-Akaun
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Pilih i-Sinar
3. Baca syarat & terma, klik OK
4. Klik seterusnya
5. Pilih amaun pendahuluan (berdasarkan syarat layak), amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan
6. Selepas buat pilihan amaun, pilih bank
7. Pilihan bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online, masukkan akaun bank (simpanan/semasa) aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar
8. Pastikan nombor akaun bank aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah
9. Sila buat semakan butiran maklumat
10. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan
11. Klik setuju, klik permohonan TAC, kemudian masukan TAC
12. Klik Hantar

Bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan, cubalah untuk memohon mana tahu ada rezeki korang nanti. Selamat mencuba!
Sumber: Norzi Md Ali
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seremban Diisytihar Zon Merah, 177 Sekolah Ditutup Sehingga 9 November Selepas Kluster Kaya Merebak

Pandemik COVID-19 bagaikan terus mengganas. Semakin hari jumlah mereka yang positif mencatatkan angka yang ramai. Buat pertama kalinya dalam sejarah, semalam seramai 1288 orang disahkan positif virus ini dan 90 orang ditempatkan di unit rawatan rapi.
Memandangkan jangkitan mudah menular dan sudah ada kes dicatatkan, terbaru daerah Seremban diisytiharkan sebagai zon merah selepas 55 orang dijangkiti di Seremban dan Putrajaya bagi kluster Kaya.
Susulan itu sebanyak 177 buah sekolah daerah Seremban diarahkan tutup mulai hari ini sehingga 9 November 2020.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semalam dalam satu kenyataan media memaklumkan, KPM berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di daerah Seremban, Negeri Sembilan daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selaras dengan perutusan khas, YB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM.
KPM memaklumkan bahawa semua insitusi pendidikan di zon merah di daerah Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup bermula pada25 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020.
Ini melibatkan sebanyak 177 insittusi pendidikan di seluruh daerah Seremban. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM. Institusi pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Sekolah yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang. Walau bagaimana pun, murid atau pelajar yang menunggu diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal berada di asrama dan institusi berkaitan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.
Keperluan makan minum murid serta pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan institutusi berkenaan.
Bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah dapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk hadiri peperiksaan.
Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan semua guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Dalam hal ini KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara dan KKM.
Berikut adalah senarai sekolah ditutup bagi daerah ini.







Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

