Telegram Premium Dilancarkan, Langganan Berharga RM22.90 Sebulan Dengan Pelbagai Ciri Menarik

Share

Telegram merupakan antara aplikasi yang menjadi pilihan orang ramai kerana fungsinya yang menarik, bukan hanya untuk menghantar teks sahaja, malah sebenarnya ia mempunyai banyak lagi kelebihan mesra pengguna.

Selain menggunakan aplikasi WhatsApp, rasanya ramai diantara kita yang menggunakan Telegram sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Terbaharu, Telegram melancarkan Telegram Premium yang menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan kepada pengguna.

BACA: Telegram Bakal Perkenalkan Paparan Iklan & Features Berbayar Kepada Pengguna

Foto: Time News

Telegram Premium ini ditawarkan dengan harga RM22.90 sebulan untuk pengguna tempatan, yang dikatakan agak mahal jika nak dibandingkan dengan perkhidmatan penstriman muzik mahupun video yang lebih berharga rendah.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Had berganda untuk semua- boleh sertai lebih 1000 channel, melakukan lebih 20 folder, menambah 4 akaun dan sebagainya.
  • Had muat-naik 4GB- Telegram Premium membolehkan korang muat naik sehingga 4GB.
  • Kelajuan muat turun lebih laju
  • Sokongan audio ke teks
  • Tiada pengiklanan
  • Sticker Premium dan banyak lagi.
Foto: Christian Wiediger

Untuk pengguna iPhone, Telegram Premium ini sudah boleh dimuat naik melalui kemaskini terbaharu dan bagi pengguna Android pula kemaskini dijangka akan menyusul.

So guys, adakah korang sanggup membayar RM22.90 sebulan untuk mengakses Telegram Premium ini?

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN