
Taylor’s University melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila mengumumkan pelantikan aktres jelita dan pemenang anugerah, Siti Saleha, sebagai Adjunct Professor.
Dikenali ramai menerusi lakonannya dalam drama popular 7 Hari Mencintaiku, figura berbakat besar ini bakal membawa nafas baharu ke dalam dunia akademik seni persembahan.
“Kami teruja mengalu-alukan kehadiran aktres Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah, Siti Saleha, sebagai Adjunct Professor kami!
“Dengan pengalaman luar biasa beliau dalam industri televisyen dan perfileman, beliau akan membawa perspektif segar serta memberi inspirasi baharu kepada program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Kepujian) kami.
“Selamat datang ke Taylor’s University, Adjunct Professor Siti Saleha!
School of Liberal Arts and Sciences | Taylor’s University,” coret dalam kapsyen.
Dengan kehadiran Siti Saleha, Taylor’s yakin pengajaran dan pembelajaran dalam Bachelor of Performing Arts (Honours) akan menjadi lebih segar, inspiratif dan relevan dengan dunia sebenar seni persembahan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.