
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum album studio ketujuh Taylor Swift yang berjudul Lover bakal menemui para peminat.
Kebelakangan ini juga, penyanyi lagu Me itu turut memberi hint kepada peminat yang juga dipanggil Swifties mengenai lagu di dalam album tersebut.
Terbaru, Taylor berkongsi satu foto di laman instagramnya seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa dia akan berkolaborasi dengan teman baiknya, Selena Gomez dan bekas musuh, Katy Perry.
Dalam foto tersebut dilihat ada perkataan cats dikatakan ada kaitan dengan peminat penyanyi lagu I Kiss A girl iaitu KatyCats.
Sementara itu, peminat mengaitkan penyanyi lagu Love You Like A Song itu dengan perkataan ‘fearless’ memandangkan Selena juga menggunakan perkataan tersebut di bio Instagramnya.
Setakat ini, Taylor tidak memberikan apa-apa pengesahan mengenai perkara tersebut. Album itu bakal keluar pada 23 Ogos ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meleleh Air Liur Nengok, Marion Crepe Ini Sangat Popular Di Jepun & Baru Je Buka Outlet Pertamanya Di KL…

Pernah rasa tak durian crepe? Memang meleleh air liur bila keenakan rasa durian masuk ke mulut dan kemudian mencair.
Pencuci mulut dalam bentuk crepe ini sememangnya agak popular dalam masyarakat Malaysia. Industri makanan juga sudah begitu berkembang di mana banyak terlalu banyak tranformasi pada makanan dilakukan. Terkini, bagi penggemar desert ini, Marion Crepe adalah pilihan terbaru untuk dinikmati.
Bermula dari daerah Harajuku, Jepun sejak 1976, jenama ini begitu popular di seluruh dunia dengan 82 outlet, jenama Marion Crepe memilih Malaysia sebagai destinasi Asia pertamanya.
Wow, tengok pada gambar-gambarnya memang tak sabar nak serbu dan rasai. Didatangkan dalam 100 perisa yang cukup lazat rasanya, para penggemar Marion Crepe ini boleh menyerbu outletnya yang terletak di Plaza Mont Kiara bersebelahan Mc Donald.


Dijual pada harga serendah RM9 sehingga RM15 setiap satu, penggemar boleh memilih crepe berasasakan buah-buahan segar seperti strawberry, coklat, green tea, banana, apricot, mango, blueberi dan banyak lagi. Boleh tambah toping dengan pelbagai perasa seperti whiped cream, caramel dan banyak lagi.
Tapi kalau korang serbu dalam masa terdekat ini, pihak Marion Crepe ini ada beri diskaun sebanyak 50 peratus dalam satu tempoh masa terdekat sahaja.Jangan lupa, ada juga aiskrim dijual di sini dengan pelbagai perisa pada harga serendah RM7 sahaja.
Semalam telah berlangsung majlis perasmian Marion Crepe ini dirasmikan oleh Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang. Turut kelihatan pemiliknya, Mr Tsutomu Yumoto serta artis jemputan, Miss Koe Yeet.



Mr Tsutomu dalam ucapan berkata, pihaknya mementingkan kualiti bahan crepe. Ianya dari bahan terbaik dan terpilih serta mempunyai rasa yang cukup enak. Ada lebih 60 perasa asli dan unik tetapi buat masa ini di Malaysia ada beberapa perasa terpilih sahaja.
“Saya juga bercadang untuk mengembangkan lagi bisnes ini di Asia Tenggara dalam masa terdekat. Bisnes francais ini dilihat berdaya maju dan mempunyai permintaan yang tinggi dari penggemar crepe,” katanya.
Semalam telah berlangsung dengan penuh meriah upacara pembukaan outlet pertama di Asia Tenggara dan tetamu dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Fazz yang cukup popular.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapatkan Costa Coffee Percuma Di 22 Lokasi Pilihan Ini

1 Oktober merupakan hari yang diiktiraf sebagai Hari Kopi Sedunia dan kebanyakan jenama F&B menawarkan pelbagai diskaun bagi meraikan si Coffee Lover.
Tidak terkecuali, Costa Coffee yang merupakan rangkaian kopi kedua terbesar di dunia akan berada di sekitar Lembah Klang untuk berkongsi kopi favorite mereka bersama rakyat Malaysia sepanjang bulan Oktober ini.
Dengan tema #sharetheobsession, Costa Coffee akan membawakan pengalaman hidangan klasik kopi seperti latte, kopi ‘flat white’, cappuccino dan pelbagai minum menarik secara percuma melalu tour truck mereka.
Yes, percuma. Hiks!
Terdapat 22 lokasi pilihan yang korang boleh serbu, antaranya adalah seperti berikut:
1. 10 Oct 2019 (Khamis) – REV Asia, Uptown PJ | 10am – 5pm
2. 12 Oct 2019 (Sabtu) – Sri Petaling Commercial | 12pm – 3pm
3. 15 Oct 2019 (Selasa) – Wisma LYL, PJ | 8am – 11am & Jaya 33, PJ | 12pm – 3pm
4. 16 Oct 2019 (Rabu) – Plaza OSK, Jalan Ampang | 8am – 11am & Southgate Commercial, KL | 12pm – 3pm
5. 17 Oct 2019 (Khamis) – Lion Group, Changkat | 8am – 11am & Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang | 12pm – 3pm
6. 19 Oct 2019 (Sabtu) – Lot 10, KL | 11am – 6pm
7. 21 Oct 2019 (Isnin) – Media Prima | 10.30am – 1.30pm
8. 22 Oct 2019 (Selasa) – First City College | 8am – 11am & One City, USJ | 12pm – 3pm
9. 23 Oct 2019 (Rabu) – Publika | 11am – 6pm
10. 24 Oct 2019 (Khamis) – Glenmarie Industrial U1/36 | 8am – 11am & KDU Glenmarie | 12pm – 3pm
11. 26 Oct 2019 (Sabtu) – The Curve, Damansara | 11am – 6pm
12. 29 Oct 2019 (Selasa) – Menara Multipurpose 8am – 11am & NU Sentral | 12pm – 3pm
13. 30 Oct 2019 (Rabu) – KLCC Area | 8am – 11am & Plaza Mont’ Kiara | 12pm – 3pm
14. 31 Oct 2019 (Khamis) – Lucky Garden, Bangsar | 11am – 2pm & Geo Avenue, Sunway | 3pm – 6pm

Serius la wey, orang dah nak bagi percuma takkan tak nak pula kan? Hehe!
So apa lagi guys, jangan lupa serbu lokasi trak Costa Coffee yang berhampiran dengan korang untuk dapatkan minuman percuma daripada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Digelar ‘Pari-Pari Kemenangan’ LAFC! CORTIS Cipta Sejarah Jadi Artis Korea Pertama Sertai ‘Honorary Falconer’

Kumpulan K-Pop generasi kelima popular, CORTIS baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila tampil memukau di Los Angeles, Amerika Syarikat sempena perlawanan musim terbaru Major League Soccer (MLS) 2025 antara LAFC dan Atlanta United. CORTIS menjadi artis Korea pertama yang secara rasmi dijemput untuk segmen istimewa “Honorary Falconer”, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian luar biasa dalam kerjaya walaupun masih baru sahaja memulakan debut mereka sejak Ogos lalu.
Dalam acara penuh simbolik itu, para anggota CORTIS yang dianggotai oleh Martin, James, Juhoon, Seonghyeon, dan Keonho tampil bergaya mengenakan jersi LAFC yang tertera nama dan nombor pemain bola sepak terkenal Korea, Son Heung-min. Selain itu, mereka turut mencipta momen bersejarah apabila diberi penghormatan untuk melancarkan maskot pasukan, seekor helang yang menjadi simbol semangat juang LAFC.
Sebelum ini, segmen “Honorary Falconer” turut pernah menampilkan nama-nama besar seperti pelakon Hollywood Will Ferrell dan penyanyi Meghan Trainor. Apa yang lebih menarik, selepas penampilan CORTIS, LAFC berjaya menewaskan Atlanta United dengan keputusan 1-0, sekaligus melanjutkan rekod kemenangan mereka kepada lima perlawanan berturut-turut.

Disebabkan kemenangan itu, para peminat dan kru siaran tempatan mula menggelar CORTIS sebagai ‘Pari-pari Kemenangan’ sehingga sorakan penonton di stadium serta reaksi hangat di media sosial menyifatkan kehadiran CORTIS memberi impak positif kepada suasana perlawanan dan pasukan tuan rumah.
Dalam pada itu, populariti CORTIS dalam arena sukan bukanlah sesuatu yang baru kerana terdahulu lagu hit mereka berjudul ‘GO!’ sebelum ini pernah digunakan oleh Major League Baseball (MLB) sebagai lagu promosi rasmi untuk playoff 2025. Lagu tersebut terus berkumandang di pelbagai platform termasuk televisyen, radio, media sosial dan stadium, menandakan pengaruh besar CORTIS dalam budaya pop global.


Walaupun promosi album debut mereka telah berakhir, CORTIS kekal aktif di Amerika Syarikat dengan pelbagai kolaborasi. Untuk perkembangan terkini, kumpulan yang didirikan di bawah agensi Big Hit Music ini juga bekerjasama dengan jenama minuman tenaga terkenal dunia, Red Bull, yang membuka lebih banyak peluang dan cabaran baru buat kumpulan tersebut.
Sementara itu, CORTIS bakal membuat penampilan istimewa dalam acara antarabangsa “Red Bull Dance Your Style World Finals” yang akan diadakan di Los Angeles pada 11 Oktober ini. Penyertaan itu menjadikan mereka artis K-Pop pertama yang bekerjasama secara rasmi dengan jenama berkenaan sekaligus memperkukuh kerjaya mereka secara global.
Selain itu, CORTIS juga akan mengadakan bengkel tarian khas bagi lagu ‘GO!’ pada 12 Oktober ini bertujuan untuk berinteraksi secara lebih dekat bersama para peminat. Sebagai info tambahan, kumpulan ini juga mencuri perhatian peminat muzik di seluruh dunia selepas melancarkan lagu ‘FaSHioN’ pada September lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

