
Bella Hadid akhirnya ‘move on’ dari kisah cinta yang lalu dan mempamerkan kekasih barunya. Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, model berusia 24 tahun itu mempamerkan foto kekasihnya dengan foto ciuman di Perancis.
Dengan caption “Healthy, Working, and Loved.” tulis Bella Hadid.
Bella Hadid berkongsi beberapa momennya di Paris, lalu mengambil foto dirinya yang memeluk Marc Kalman.

Tapi siapa lelaki yang dapat memenangi hati supermodel berdarah Palestin ini? Lelaki tersebut dikenali sebagai Marc Kalman.
Sedikit info mengenai Marc Kalman
Marc Kalman merupakan seorang pengarah seni dan selalu berkerjasama dengan penyanyi Travis Scott yang juga merupakan kekasih Kylie.
Beliau juga orang yang bertanggungjawab merancang album Travis Scott. Selain itu, Marc juga bekerja di syarikat fesyen Bathing Ape.
Bella dan Marc pertama kali dilihat bersama ketika makan tengah hari di New York pada awal bulan Jun 2021. Walaupun kedua pasangan ini belum mengesahkan hubungan mereka secara rasmi.

Menurut laporan, pasangan ini mula bermain cinta pada musim bunga. Kedua-duanya sengaja merahsiakan hubungan mereka sehingga tiba masanya untuk diumumkan kepada umum.
“Mereka menjaga kerahsiaan hubungan mereka. Tetapi sekarang setelah mereka semakin serius, Bella semakin bersemangat untuk selalu bersamanya,” kata sumber.
Sumber : Cosmopolitan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepentingan Travel Insurance Yang Ramai Tak Tahu, Ini 6 Cara Claim Paling Cepat Boleh Korang Buat

Bila seronok nak pergi travel ke luar negara, ramai yang lupa atau tidak mengambil peduli tentang travel insurance.
Rata-rata daripada masyarakat kita menganggap travel insurance ini satu pembaziran kerana sepanjang pergi melancong, semuanya selamat dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Maka, jika membeli travel insurance, duit tersebut akan burn tanpa dituntut.
Namun begitu, sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diduga, seperti flight delay dan kerosakan bagasi, korang boleh claim jika membeli travel insurance.
Berbaloi kan?
Seperti apa dikongsi oleh Norahimah Karmain yang berpengalaman menggunakan travel insurance ini, sebenarnya banyak manfaat yang korang boleh dapat sekiranya membeli insurans semasa pergi melancong.
Dah byk kali Travel..
Semua Smooth..
Tapi Travel kali ni Allah bagi Dugaan Flight Delay selama 20 Jam …
Masa ni lah datangnya kepentingan Travel Insurance..
Rasa sangat bersyukur masa tu sebab dah sediakan Travel Insurance untuk cover apa-apa kemungkinan yang terjadi.

Berikut merupakan cara-cara dan manfaat yang korang boleh perolehi dengan adanya travel insurance.
Tip beli travel insurance
1. Korang boleh direct melalui Agent General Insurance atau secara online
Korang boleh pilih insurans yang terbaik mengikut keperluan dan cover area yang korang beli. Jika korang membuat pembelian insurans secara online, kelebihannya adalah boleh mendapat diskaun daripada company insurance tertentu.
2. Sebelum beli, check dulu quotation dan pastikan beli insurans yang cover full coverage:
– PA
– Medical expenses
– Follow up
– Treatment back home
– Alternative medicine
– Hospital allowances
– Compassionate visit
– Fenural expenses
– Lost bags and belongings
– Lost passport and other
– Important docs
– Loss of personal money
– Overseas baggage delay
– Delayed trip
– Cancelled trip
– Interrupted trip
– Overbooked flight
– Missed connection
– Kidnap and ransom
– Home care
– Insolvency of travel agency
Ada beberapa perkara yang korang kena alert sebelum membeli, antaranya adalah seperti:
– Jangan tertipu dengan offer yang murah sebab selalunya yang tak cover keseluruhan. Jadi, jika terjadi apa-apa yang tak termasuk dalam coverage, korang takkan dapat claim.
– Pastikan coverage hari melebihi tempoh travel. Jangan beli ngam-ngam dengan hari travel sebab kalau terjadi kejadian yang tak diingini selepas daripada tarikh luput coverage, tapi korang masih berada di luar negara. Gigit jarilah tak dapat claim nanti.
– Sebelum travel, print dan simpan dalam folder semua resit dan dokumen berkaitan travel insurance.
– Save hotline & email travel insurance company yang korang beli untuk senangkan urusan jika terjadi sesuatu
Cara claim insurans dengan cepat
1. Bila dah confirm dapat tahu flight delay dari airlines korang, cepat-cepat pergi ke pejabat airlines tersebut untuk mendapatkan Confirmation Letter daripada syarikat penerbangan itu. Pastikan syarikat itu menyatakan sebab penerbangan delay dan berapa lama tempoh masa kelewatan.
Kalau tidak mohon, mereka takkan bagi dan disebabkan itu korang kena minta on the spot dan cakap untuk kegunaan claim insurance.

2. Jangan tunggu dah sampai destinasi baru nak mina surat delay dari airline. Minta dekat airport yang kena delay tu.
3. Jangan sesekali buang atau hilangkan boarding pass sebab itu adalah bukti penting yang company insurance nak tahu bila claim nanti.
4. Simpan semua message atau email yang berkaitan dari airlines untuk kegunaan claim.
5. Sebelum claim, double check polisi travel insurance dan pastikan beberapa had minimum tempoh flight delay yang boleh dituntut.
6. Bila sampai Malaysia atau destinasi yang dituju, cepat-cepat claim sebab ada maturity date untuk claim dari tarikh kejadian. Bergantung kepada travel insurans korang. Ada yang diberi 45 hari untuk claim dari tarikh kejadian. Jadi make sure, terus claim!

Janganlah berkira sangat sebab kita tak tahu apa yang berlaku kan? Pepatah pun ada mengatakan, ‘sediakan payung sebelum terlambat’. Kalau berlaku sesuatu yang tak diingini, tambah pula di negara orang, bila ada insurans ni kuranglah sikit beban tu nanti.
Setuju?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemergian Tragis Bintang ‘Eternal Love’, Yu Menglong Maut Jatuh Bangunan

Dunia hiburan Asia sekali lagi dikejutkan dengan berita duka. Pelakon popular China, Alan Yu Menglong, yang terkenal menerusi drama bersiri Eternal Love dan Go Princess Go, dilaporkan meninggal dunia secara tragis selepas terjatuh dari bangunan pada usia 37 tahun.
Khabar menyayat hati itu disahkan oleh pihak pengurusannya menerusi kenyataan rasmi di laman sosial Weibo. “Menglong yang kami sayangi jatuh dan meninggal dunia pada 11 September. Menurut siasatan polis, tiada unsur jenayah. Semoga rohnya tenang dan semoga yang masih hidup terus tabah,” kata kenyataan tersebut.
Kronologi Insiden Tragis
Menurut laporan media tempatan, Alan Yu dipercayai terjatuh dari tingkat lima kediamannya di daerah Chaoyang, Beijing. Kejadian tersebut pantas mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.
Portal AsiaOne melaporkan bahawa sehari sebelum tragedi, Alan Yu menghadiri perjumpaan tertutup di rumah rakannya pada 10 September. Difahamkan, beliau masuk tidur sekitar jam 2 pagi dengan mengunci pintu bilik dari dalam. Namun, ketika rakan-rakan mahu beredar pada jam 6 pagi, mereka tidak menemuinya. Malangnya, mayatnya ditemui di tingkat bawah oleh seorang penduduk yang sedang bersiar-siar dengan anjingnya.
Catatan awal mengenai kejadian di Weibo kemudiannya dipadam, manakala beberapa akaun yang menyebarkan spekulasi tidak berasas turut disekat.
Dari Xinjiang Ke Puncak Populariti
Alan Yu atau nama sebenarnya Yu Menglong dilahirkan di Urumqi, Xinjiang pada 1988. Bakatnya mula terserlah selepas menyertai program realiti My Show! My Style! pada tahun 2007. Sejak itu, beliau mengembangkan kerjaya bukan sahaja sebagai pelakon, tetapi juga sebagai penyanyi dan pengarah muzik video.

Debut lakonannya bermula menerusi filem pendek The Little Prince (2011). Namanya melonjak naik selepas membintangi drama Go Princess Go dan seterusnya mencipta fenomena melalui watak dalam Eternal Love.
Antara karya lain yang pernah dibintanginya termasuk:
The Legend of White Snake
The Love Lasts Two Minds
The Moon Brightens For You
Love Game In Eastern Fantasy
Eternal Night Starry River
Kejutan Besar Buat Peminat
Pemergian mengejut Alan Yu benar-benar meruntun hati peminat drama Asia. Ramai yang meluahkan rasa sedih di media sosial, berkongsi semula babak-babak lakonannya yang meninggalkan kesan mendalam.
Bagi peminat setia Eternal Love, watak Alan Yu akan terus diingati sebagai antara nadi yang menjayakan drama fantasi romantik tersebut. Dedikasi dan karismanya di layar kaca menjadikan beliau idola ramai remaja yang meminati drama bersiri China.
Walaupun pemergiannya begitu tragis, karya seni Alan Yu akan terus hidup. Dari Go Princess Go hingga Eternal Love, setiap lakonannya membuktikan bakat luar biasa yang sukar dicari ganti.
Bintang berbakat besar ini mungkin sudah tiada, namun legasi seni yang ditinggalkan akan sentiasa menjadi memori indah buat dunia hiburan dan para peminatnya di seluruh dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Adik Kan, Mestilah Sokong” Haqiem Rusli Gembira Adik Mula Berlakon Drama

“Emak saya dulu pun nak jadi penyanyi..”
Mana tumpah kuah jika tidak pada nasi.
Pada usia 23 tahun, Haqiem Rusli merupakan salah seorang penyanyi dan selebriti yang wajar diberikan pujian atas pelbagai kejayaan yang diperolehinya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada tahun 2020 saja, Haqiem mencapai sasaran ‘jackpot’ apabila mengungguli dua buah acara anugerah sebagai pemenang utama di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah MeleTOP ERA hasil undian peminat.
ARTIKEL BERKAITAN : “Dulu Saya Tengok AME Depan TV Je..” 2020 Memang Tahun Haqiem Rusli – REMAJA
Kata Haqiem semasa bertemu REMAJA hari ini di sesi penggambaran program Melodi Xtra, 2021 adalah tahun untuknya terus meluaskan lagi cita-cita dan impian dalam industri seni.
Namun Haqiem tidak keseorangan pada tahun ini apabila adiknya, Zali Rusli telahpun mula mengorak langkah dalam bidang lakonan menerusi drama Bidadari Salju yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3.

Pada usia semuda 16 tahun, Zali juga pernah mempromosikan lagu berjudul Pewangi pada tahun lalu; menerusi label yang sama dengan Haqiem iaitu FMC Music.
Sebagai abang yang terlebih dahulu telah makan garam, tentunya Haqiem tak terkecuali daripada memberikan nasihat kepada Zali.
“Saya nasihatkannya dia selalu untuk jangan takut dengan orang. Saya faham dia pemalu, saya pun pemalu juga. Tapi apa yang lebih penting untuk berada dalam industri ini adalah niat. Kedua, kalau sesuatu yang kita buat itu adalah perkara yang betul, pertahankan.
“Saya harapkan perasaan malu dia hanya pada peringka permulaan saja, terutamanya bila berada di hadapan kamera. Bila melihat dia sekarang, saya teringat pula dengan diri sendiri dahulu. (Saya) malu juga dulu,” imbas Haqiem.
Selain memberikan sokongan, Haqiem sedikit sebanyak turut memberikan panduan kepada Zali untuk bertapak sebagai pendatang baharu. Perkara sekecil menjaga posting dan feed di media sosial juga dititik beratkan.
“Saya meminta dia melihat perjalanan karier saya dan belajar daripada mana-mana kesilapan (yang pernah dilakukan). Adik kan, mestilah saya perlu sokong dia dari belakang.”
“Sekarang Tiba Giliran Zali”
Menurut Haqiem, cita-cita Zali untuk bergelar anak seni tidaklah terlalu ketara pada permulaan. Minat itu diasah oleh ibu mereka sendiri yang suatu ketika dahulu ingin menjadi seorang penyanyi.
“Pada zaman dulu tak ada banyak peluang seperti sekarang. Jadi bila jatuh kepada anaknya, emak suka. Saya ingat lagi dulu, emak akan bawa saya sertai pertandingan nyanyian sejak darjah dua. Pertandingan nyanyian pertama saya, saya jadi juara.
“Walaupun saya tak nak pada waktu itu, tapi emak yang buatkan saya berminat untuk mencuba. Beliaulah yang membuka mata dan jiwa saya tentang apa itu muzik. Dan sekarang tiba giliran Zali,” kongsinya.

Dorongan dan restu seorang ibu itu ternyata penting dan akan terserlah dalam kejayaan anak-anak. Mana tahu dengan usaha dan bakat yang ada, Zali akan mengikut jejak langkah Haqiem memenangi hati juri dan peminat.
BACA LAGI: “Reward Yourself…”, Haqiem Rusli Beli Kereta Mewah Di Usia 22 Tahun. Wow! – REMAJA
*
Dalam pada itu, Haqiem meluahkan rasa teruja dengan pelancaran muzik video rasmi untuk lagu terbaru, ‘Mimpi’. Ia juga merupakan runut bunyi utama untuk drama Bidadari Salju yang kian popular di saluran TV3.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

