Jubah hitam atau bisht yang disarungkan pada pemain bola sepak Argentina, @leomessi sebelum beliau menjulang trofi Piala Dunia 2022 pada hujung minggu lalu khabarnya ingin dibeli pada nilai USD1 juta atau kira-kira RM4.43 juta!
Individu yang tampil dengan tawaran tidak masuk akal itu dikenalpasti sebagai Ahmed Al Barwani; seorang peguam berjaya dan ahli parlimen Oman.
Menurut Ahmed yang katanya turut berada di dalam stadium sewaktu Argentina menewaskan Perancis 3-3 (penalti 4-2), bisht tersebut bukan sahaja merupakan lambang golongan diraja, kekayaan dan penghormatan dalam budaya masyarakat Arab.
Malah kata Ahmed, bukan calang-calang individu berpeluang menerimanya daripada Emir Qatar tidak kiralah betapa kayanya individu tersebut.
Momen pemberian bisht kepada Messi juga telah menimbulkan kesedaran masyarakat dunia mengenai nilai budaya di bumi Arab lantas menjadikan golongan kaya di sana kini berebut-rebut untuk mengumpul bisht tersebut bagi koleksi peribadi mereka.
“Momen ini memberitahu dunia siapakah kami dan budaya kami. Ketahuilah ia dengan realiti. (Jika memperolehinya), jubah ini akan dipamerkan sebagai tanda momen kebangganan kami semua untuk diingati semula.
“Ia juga akan membantu memperingati kami bahawa kami boleh melakukan apa jua,” katanya merujuk kepada penganjuran kejohanan nombor satu tontonan sedunia, Piala Dunia FIFA. Beliau turut menyentuh tentang semangat setia kawan antara negara-negara Arab yang tidak melupakan nasib yang menimpa Palestin.
Meskipun permintaan Ahmed secara terbuka di media sosialnya (Twitter, Instagram) itu menyentuh perasaan ramai warganet, namun besar kemungkinan Messi tidak akan memberikan bisht itu sewenang-wenangnya.
Ini kerana pemain bola sepak berusia 35 tahun itu mengerti betapa besarnya nilai penghormatan bisht itu terhadap seseorang seperti dirinya yang merupakan warga asing tanpa latar belakang Arab.
Mungkin sekali bisht pemberian Emir Qatar ini akan diperagakan di muzium Lionel Messi yang terletak di kampung halamannya, Rosario Argentina.
Tapi mana tahu kan.. mungkin juga Messi akan menerima pelawaan itu dan menyumbangkan hasil penjualan kepada golongan memerlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawih.
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Tapi baru- baru ini, ada segelintir masyarakat yang meminta kebenaran untuk solat tarawih secara online sepanjang bulan Ramadan. Ha ini kerana mereka merujuk kepada akad nikah online yang dibenarkan baru-baru ini.
Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian atau online tidak dibolehkan, senang kata tak sah la. Lapor Sinar Harian
Hal ini kerana syarat sah solat jemaah ialah jemaah perlu nampak pergerakan yang dilakukan oleh imam solat selain semestinya dapat melihat fizikal imam itu.
Beliau berkata, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.
“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,”
Betul jua tu, kalau connection tiba- tiba putus macam mana pula solat tarawih kita tu kan. Lagi-lagi musim PKP ni memang internet tingtong. So kesimpulannya, korang solat jela sendiri atau berjemaah dengan ahli keluarga kan lagi bagus.
Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Syazani Jemy, mengharumkan nama negara atas kecemerlangannya menjadi imam solat sunat tarawih di Universiti Oxford, London, sepanjang Ramadan lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, lebih membanggakan Muhammad Syazani turut mengimamkan solat sunat Aidilfitri tahun ini serta menjadi pembimbing Program Qiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan di Masjid Pusat Islam universiti itu.
Katanya, kecemerlangan dan kredibiliti penuntut tahun pertama UIAM itu amat membanggakan hingga mendapat pujian ramai di Oxford.
“Sesungguhnya kecemerlangan Muhammad Syazani dalam melaksanakan tugasnya turut membanggakan JAKIM sebagai pihak yang memberi anak muda ini peluang mengasah dan menguji keupayaannya dalam hafazan al-Quran.
“Beliau sebelum ini pernah mendapat tempat pertama dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) pada 2017 dan tempat kedua dalam MTHQ antarabangsa tahun yang sama.
“Malah, kita juga memberi peluang kepada beliau untuk mewakili Malaysia dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat antarabangsa seperti di Bahrain, Arab Saudi, Lubnan, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad Nordin berkata, penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri dibuat menerusi kerjasama antara JAKIM dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr Afifi Al Akiti merangkap Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Negeri Perak, bermula 12 Mei hingga semalam.
“Syabas dan tahniah kepada Muhammad Syazani, diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan lebih ramai generasi al-Quran di Malaysia,” katanya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera secara fizikal oleh ibunya dan pasangannya di sebuah taman perumahan Pasir Gudang telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian.
Mangsa kini dalam pemerhatian di Hospital Sultanah Aminah, manakala ibunya berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dakwaan penderaan itu terbongkar selepas rakaman beberapa lelaki dipercayai jiran pasangan itu dilihat bersemuka dengan mereka dan menunjukkan kecederaan yang dialami budak lelaki itu tular di media sosial.
Ketua Polis Johor Pesuruhjaya Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihak polis telah membuat serbuan ke rumah itu kira-kira tengah malam semalam dan berjaya menahan ibu kanak-kanak itu yang kemudiannya direman enam hari, manakala pasangannya menerima perintah reman tujuh hari.
Turut dirampas daripada dua wanita berusia 27 dan 30 tahun itu ialah dua rotan. Menurut laporan juga, kedua-dua wanita diuji negatif untuk penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Sementara itu, permaisuri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman memuat naik laman Facebook rasminya, mengulas mengenai dakwaan penderaan itu.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail atas tindakan segera mengeluarkan budak lelaki itu dari rumah untuk rawatan.
Dia juga memuji penduduk taman perumahan yang mengambil langkah mereka untuk bersemuka dengan pasangan itu, apabila mereka mengesyaki kanak-kanak tersebut dalam situasi yang memerlukan pertolongan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: News Strait Times, Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.