Bulan Julai dah tiba dah! Bersedia untuk lalui liku-liku bulan yang baru ini!
Tapi sebelum itu jom check out restoran apa yang tengah buat promosi sekarang!
#FamilyMart

Beli 1 Percuma 1 Aiskrim Gaiss, Jom reward diri sikit dengan sedikit kemanisan!
Sofuto Beli 1 PERCUMA 1!
Ya! Kedua-dua Sofuto/ Sundae ada tawaran istimewa!
Pergi ke FamilyMart dalam tempoh promosi untuk membeli aiskrim, korang boleh menikmati promosi beli 1 percuma 1!
Nak dapatkan promosi aiskrim ni?! Jom terus pergi Family Mart sekarang!
Tarikh Promosi: Mulai sekarang hingga 14 Julai
Lokasi promosi: FamilyMart Malaysia (kecuali KLIA2 dan Genting)
#Starbucks

Sempena menyambut Friendship month ataupun dipanggil Bulan persahabatan, Starbucks melancarkan tawaran istimewa untuk Julai ni ! So jom panggil semua kawan-kawan korang lepak di Starbucks!
Minuman ke 2 Hanya RM5 sahaja!
Namun, promosi ni hanya berlansung setiap hari Isnin sahaja. Ingat tau Isnin je!
❤ Untuk nikmati promosi ni, hanya perlu Beli 1 Frappuccino dan dapatkan minuman ke-2 Frappuccino Grande hanya RM5 sahaja!
Promosi untuk semua minuman Frappuccino blended!
Kalau nak grab promosi ni mesti pergi hari Isnin dari pukul 5pm-8pm!
Tarikh Promosi: Dari sekarang sehingga 27 Julai 2020 (Isnin)
Lokasi Promosi: Semua Starbucks stores Malaysia kecuali Starbucks stores at KLIA, KLIA2, Genting Highlands dan Sunway Lagoon
#Sushi King

Berita baik untuk peminat setia makanan Jepun. Sushi King Bonanza kembali lagi dengan harga hanya RM3.18 sepinggan!
Tawaran ini lebih dari 45 jenis Sushi Hanya RM3.18 sahaja sepinggan! Serius la boleh makan banyak-banyak macam ni kan.
Namun, perlu ingat tempoh promosi mengikut lokasi yang telah di tetapkan! Iaitu ada 2 peringkat
⭐ 6 – 12 Julai 2020
Pulau Pinang, Perlis, Perak, Johor, Negeri Sembilan. Kelantan & Sarawak
⭐ 20 – 26 Julai 2020
Selangor, Kuala Lumpur , Putrajaya, Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu, Sabah
Promosi ini hanya untuk dine-in dan hanya 45 minit sahaja. Satu membership hanya sah untuk 3 orang sahaja. Ingat tu!!!
Lagi satu korang juga boleh dapat RM5 rebate baucar. Rebat akan dikreditkan ke akaun member setelah selesai Bonanza transaction!
Orang Selangor, Kuala Lumpur , Putrajaya, Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu, Sabah tunggu sat.. Bagi orang Pulau Pinang, Perlis, Perak, Johor, Negeri Sembilan. Kelantan & Sarawak makan dulu na!
Anda mungkin berminat dengan
#Burger King

Burger King juga tidak ketinggalan untuk melancarkan promosi jimat pada bulan Julai ni!
Set Mix & Match 2 berharga RM15 sahaja!
Terdapat 4 rasa untuk dipilih!
✅BK Chick’n Crisp + Fries (M) + Coke (M)
✅Cheeseburger + Fries (M) + Coke (M)
✅Whopper Jr. + Fries (M) + Coke (M)
✅Burger Ayam Bakar + Fries (M) + Coke (M)
Pilih mana-mana 2 set di atas hanya RM15 sahaja! 1 set min kira lebih kurang RM8! Wow…murah ni!
Ok jom kalau tak tahu nak makan apa, lepak Burger King jela. Tengah promosi kan, boleh la menabung sikit bulan ini. Hiks
Tarikh Promosi: Mulai sekarang hingga 31 Julai
Lokasi promosi: Burger King Malaysia (kecuali Sunway Lagoon, Medini Mall, Johor Premium Outlets, Genting Highlands Premium Outlets, Mitsui Outlet Park, Langkawi dan cawangan lapangan terbang)
So kalau korang ada niat nak jimat bulan ni, boleh la serbu ke restoran-restoran yang min senaraikan ni. Tapi nak makan tu jangan la lupa ajak min pula ye…hehehe
∞
Sudah lama sebenarnya ura-ura sistem SmartTag akan dimansuhkan.
Namun, berita perlaksanaannya masih belum diumumkan sehinggalah kelmarin
Selama ini, kita hanya melihat papan tanda RFID / SmartTag yang tergantung di plaza tol seluruh negara. Namun sekarang, penggunaan RFID bakal bermula tak lama lagi – dan mungkin secepat bulan September ini.
Pihak Touch ‘n Go berkata mereka akan menghentikan penjualan peranti SmartTag untuk menambah baik teknologi kutipan tol baru iaitu melalui pembayaran RFID.
BACA: RFID Dijangka Kurangkan Kesesakan Di Plaza Tol

Kami pernah mengulas mengenai RFID sejak Oktober tahun lepas. Ia adalah sistem yang lebih cekap dan canggih daripada yang sedia ada.
Penggula hanya perlu memasang sticker pelekat yang mempunyai cip frekuensi radio khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahankan kereta. Lagi hebat daripada SmartTag lah ni.
RFID bertindak seperti pengimbas barcode jarak sejauh 27 meter dengan menggunakan scanner pada pintu plaza tol. Jarak respon imbasan pun lebih pantas iaitu sekitar 10 milisaat.
Fuh, tak sabarnya nak cuba!

Buat masa ini, korang masih boleh menggunakan SmartTag sepeeti biasa kerana RFID hanya akan melalui fasa percubaan dulu bermula 3 September ini. Bagi yang dah tak sabar-sabar nak cuba tu, korang boleh memohon dari laman Touch ‘n Go.
Agak-agak, kesesakan di plaza tol seluruh negara boleh dielakkan tak dengan penggunaan RFID?
∞
Hari ini menandakan satu lagi hujung minggu yang dipenuhi dengan kemunculan ramai selebriti dari Korea Selatan di Malaysia.
Sebentar tadi, kumpulan K-Pop GFriend baru saja menamatkan persembahan konsert sulung mereka di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam. Sementara itu, baks ahli Sistars iaitu Hyolyn juga berada di Kuala Lumpur semalam untuk showcase tertutup.

Terlebih dahulu, pelakon dan ahli grup Super Junior iaitu Choi Siwon telah menemui peminatnya di Sunway Pyramid sempena jelajah Kiehl’s memperkenalkan produk kosmetik terbaru mereka.
Sejak semalam, dia telah sibuk berjumpa dengan para peminatnya di sini. Kemunculan istimewa Siwon bersama pelakon Lisa Surihani di SMK Tinggi Kajang, Selangor menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

Mereka dibawakan khas oleh UNICEF untuk kempen #StandTogether dan mengingatkan penulis kepada sebuah lagi kempen UNICEF yang menyatukan Siwon dan Lisa pada tahun lalu, juga di Malaysia.
Mereka berdua yang dilantik sebagai duta UNICEF negara masing-masing meluanhkan lebih 2 jam di sekolah berkenaan untuk bercakap tentang isu buli di kalangan remaja.



Ia merupakan inisiatif untuk menamatkan trend membuli dan dipimpin sendiri oleh pelajar sekolah melalui tagline #StandTogether.
Menurut Siwon, dia sudah melawat beberapa negara di bawah program UNICEF dan setiap kali ke negara berasingan, dia tak kekok melayan pelajar dan menghiburkan mereka walaupun mungkin terbatas dari segi bahasa.
Semasa melayan peminat di kalangan pelajar semalam, sebuah video yang kini viral di media sosial menunjukkan seorang pelajar perempuan menolak pelawaan Siwon untuk bersalam tangan atas alasan bukan muhrim.
Pada awalnya, riak wajah Siwon jelas sedikit bingung dan seorang lelaki di sebelahnya berbisik seperti ingin menjelaskan keadaan tersebut. Pelakon itu pantas memahami situasi itu dan tidak mengambil hati.
Pada hari ini pula semasa di Sunway Pyramid, Siwon dilihat bertanya terlebih dahulu kepada peminatnya di atas pentas jika mereka okay untuk bersamalan dan mengambil selfie bersama. OMG, considerate sangat!

Patutlah kehadiran Siwon ke Malaysia dinanti-nantikan pada setiap tahun walaupun dia kerap ‘terbang’ ke sini atas tujuan kerja ataupun bercuti.
Peminat menghargai budi bahasanya yang sentiasa menghormati kepercayaan budaya serta agama berlainan
∞
∞