Bagi kaki shoping, 9 September akan datang adalah tarikh yang tidak harus dilepaskan. Ini kerana pada hari tersebut, pelbagai promosi hebat menanti pengunjung termasuk diskaun harga sehingga 99 peratus. Wow!
Sebagai platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee telah melancarkan pesta beli-belah tahunan terbesarnya, Shopee 9.9 Super Shopping Day selepas tahun lepas mencatat kejayaan besar.
Lebih menarik, kaki shoping boleh memulakan pembelian pada 27 Ogos, 24 jam sehari dan akan berakhir pada kemuncaknya iaitu pada 9 September 2018.
Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang membabitkan lebih 10,000 penjual, 120 jenama, dan 40 rakan korporat, membawakan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna meliputi semua kategori produk. Malah menjelang 9 September, Shopee akan mengadakan hari bertema hebat, setiap satu dengan promosi menarik, termasuk jualan kilat dan potongan sehingga 99% atas pelbagai produk berasaskan tema tawaran pada hari berkenaan.
Ads
Jangan lupa shoping maraton sehingga kemuncaknya 9 September ini
“Shopee telah berkembang pesat tahun lepas, dan kami kini menjadi destinasi beli-belah pilihan bagi pembeli dan penjual bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau. Ini merupakan tahun ketiga kami menganjurkan pesta beli-belah tahunan 9.9 di Malaysia, dan dijangka menjadi acara terbesar pernah kami anjurkan.
Shopee 9.9 Super Shopping Day telah dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna kami; sejajar dengan itu, kami terus mengukuhkan hubungan dengan jenama terkemuka untuk membawakan lebih banyak tawaran eksklusif, dan melancarkan inisiatif baharu dalam usaha menambah baik pengalaman beli-belah keseluruhan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di majlis pelancaran.
Manfaat hari bertema hebat, termasuk Jualan Hebat Mengejut
Ads
Mulai 27 Ogos, pengguna boleh menikmati acara beli-belah maraton tanpa henti selama 14 hari, dengan hari bertema setiap 24 jam secara berturut-turut. Setiap hari, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai promosi dengan tema harian, bermula dengan Pesta Jenama Hebat (Super Brands Festival) pada 27 Ogos.
Dalam Pesta Jenama Hebat, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan tawaran luar biasa dengan potongan sehingga 99% untuk produk paling hangat daripada pelbagai jenama kegemaran ramai termasuk Nestle, L’Oreal, Russell Taylors, honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons dan PETPET.
Ads
Kerjasama dari rakan strategik seperti Siek Kar Teck (PayNet)), Abdul Sani (RHB), Andrew Tan (KL Fashion Week), How Lih Ren (Digi) dan Catherine Mak (XES) bersama Mr Ian Ho
Tambahan lagi, Shopee telah berganding bahu dengan rakan korporat seperti Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan BHP untuk terus menambah nilai bagi pelanggan selepas mereka tidak lagi berada dalam talian.
Pengguna boleh merebut tawaran hebat produk selebriti paling hangat di Shopee Celebrity Squad. Sejak pelancaran pada bulan Mei, Shopee Celebrity Squad telah mendapat sambutan hangat daripada peminat bintang-bintang tempatan termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Emma Maembong.
Pastikan anda mengingati tarikh 9 September kerana Shopee akan mengadakan 9 pusingan menarik Jualan Kilat (Shocking Sale) yang menjanjikan potongan 99% bagi produk paling popular. Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan baucar eksklusif menawarkan diskaun besar bagi pelbagai kategori produk termasuk Barangan Pengguna Laris (FMCG), Fesyen, Elektronik, dan Gaya Hidup.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua individu dikurniakan bakat seni seperti melukis. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kebolehan melukis sudah tentu ini menjadikan satu kelebihan buat mereka.
Seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai @wafanorsyazana telah pun berkongsi tentang seorang rakannya yang bekerja di Secret Recipe yang mempunyai bakat melukis yang luar biasa.
Biasanya jika membeli kek, hanya ucapan seperti Happy Birthday sahaja yang akan ditulis dengan tulisan berangkai seumpamanya. Namun, rakannya Aina ini mampu untuk melukis di atas kek dan dia juga telah merealisasikan permintaan adik Wapa yang meminta gambar Unicorn di kek hari lahirnya.
Perkongsian ini telah pun mendapat hampir 13 ribu tanda suka dan 9 ribu retweets di laman sosial tersebut.
Wapa juga turut berkongsi antara hasil seni lukisan atas kek yang dihasilkan oleh rakannya itu.
Memang terbaik dan sangat kreatif!
Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana kek itu boleh dipegang secara menegak, Wapa juga menerangkan bahawa kek itu sebenarnya fake cake atau lebih dikenali sebagai dummy cake. Kebiasaannya, dummy cake ini digunakan oleh staff untuk belajar menulis di atas cake. Aina mencurahkan bakatnya atas kek tersebut dan icing cream yang berwarna itu juga disediakan sendiri oleh Aina kerana ingin saja-saja melukis.
Walau bagaimanapun, tidak semua cawangan Secret Recipe menawarkan servis lukisan kek seperti ini. Khabarnya, Aina bekerja di cawangan Star Avenue, Subang. Sama ada caj tambahan dikenakan atau pun tidak, korang kenalah tanya sendiri okay. Hiks!
Hm, selepas ini kami pun nak singgah ke Secret Recipe Star Avenue jugalah. Hehe!
Melihat selebriti bergaya sakan di Paris Fashion Week, timbul pula rasa cemburu bila ramai diantara mereka yang berpeluang menghadirkan diri ke salah sebuah pertunjukan fesyen paling dinanti setiap tahun.
Barisan selebriti yang hadir juga bukan calang-calang orangnya. Mana kan tidak, pelakon Anzalna Nasir juga teruja bila dapat bertemu dengan idolanya dari Hollywood iaitu Eva Longoria.
Berkongsi foto di laman Instagram dengan kapsyen, ‘Desperate housewives, I terlupa pulak nak pakai bulu mata palsu!, foto ini mendapat lebih 25,000 tanda suka dan 200 komen di IG.
Malah, ada yang mengatakan bahawa Anzalna nampak lebih cantik berbanding Eva. Wah, mesti sis suka kan? Hiks!
Hadir sebagai duta produk L’Oreal bagi pertunjukan fesyen Karl Lagerfeld x L’Oreal, Anzalna juga turut sempat bertemu dengan ramai selebriti popular lain seperti Aishwarya Rai, Camilla Cabello, Janine Gutierrez dan model Victoria’s Secret, Doutzen Kroes.
Ramai yang meninggalkan komen memuji kecantikan Anzalna dan tetap berpendapat bahawa gadis Asia juga yang paling menyerlah di antara yang lain. Ehem, biasalah wanita Asia memang semuanya cantik-cantik belaka kan?
Bertuahnya badan bila dapat berpeluang bertemu dengan selebriti popular dunia kan?
Tarikh 15 Mac kedengaran seperti baru saja berlalu. Namun, tempoh hampir dua bulan itu dirasakan amat panjang bagi penduduk Christchurch, New Zealand yang masih terkesan dengan serangan pengganas di 2 buah masjid terbabit.
Masjid Linwood serta Masjid Al Noor di Christchurch menjadi saksi kepada kejadian berdarah yang meragut 51 nyawa (angka terkini) pada hari Jumaat mulia.
Menurut laporan media di stuff.co.nz, ahli jawatankuasa Masjid Linwood yang terkesan dengan serangan tembakan rambang itu berharap agar bulan Ramadan ini akan menjadi ‘bulan terapi’ bagi komuniti Islam di kejiranan tersebut.
Imam Abdul Lateef berkata, mereka telah memasang lantai serta karpet baru untuk menyambut kehadiran Ramadan. Begitu juga dengan dinding yang sudah dicat baru. Ini semua bagi menerima kunjungan jemaah yang akan memenuhi ruang legar bagi menunaikan solat sunat Tarawikh.
”Ya, kami masih trauma dan sukar untuk lupakan ‘luka mendalam’ itu. Tapi apabila komuniti di sini semakin kuat dan bersatu, kami boleh mengharapkan antara satu sama lain,” kata beliau.
***
Di Masjid Al Noor Christchurch pula, orang ramai termasuklah yang bukan beragama Islam masih mengunjungi pada setiap hari untuk memberikan penghormatan dan sokongan. Orang ramai kelihatan tak kekok untuk memasuki ke pekarangan masjid yang kini dikawal oleh anggota polis selama 24 jam itu.
Aktiviti keagamaan seperti sesi tutor fardhu Ain, bersolat dan menjemput tetamu bukan Islam menyarungkan tudung sebelum melawat masjid itu berjalan lancar seperti biasa.
Masjid yang menjadi saksi kepada 41 jemaah terkorban seakan menyatukan umat Islam dan pada masa yang sama menarik minat orang luar terhadap Islam.
REMAJA rasakan kita sendiri boleh mengambil contoh bagaimana komuniti Islam di sana mengimarahkan masjid mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran bulan Ramadan ini.
Masjid menjadi tempat mereka berteduh, bergaul dan menuntut ilmu. Mungkin kita sebagai penerus generasi juga seharusnya berbuat sedemikian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.