Tatkala Kedai Lain Gulung Tikar, Uniqlo Berani Buka Stor ‘Stand-Alone’ Pertama

Share

 

Musim pandemik yang sedang melanda negara sekarang ini telah menggangu kelestarian banyak perniagaan.

 

Baik perniagaan jenama besar mahupun kecil-kecilan, dek kerana permintaan dan jualan yang semakin merundum, kebanyakannya terpaksa mengecilkan skala perniagaan masing-masing.

Bagi sesetengah jenama pula, mereka terpaksa gulung tikar dan menutup operasi cawangan di Malaysia; seperti yang terjadi kepada butik Esprit dan gedung premium, Robinsons.

ARTIKEL BERKAITAN: Robinsons Bakal Buat Jualan Tutup Gudang

Menariknya, jenama pakaian yang satu ini seperti tidak terkesan dengan penangan pandemik Covid-19 dan ‘berani’ untuk membuka satu lagi cawangan mereka tidak lama lagi!

Semua orang mengenali jenama pakaian dari Jepun, Uniqlo bukan? Sejak pembukaan cawangan pertamanya di Fahreinheit 88 Bukit Bintang, Uniqlo Malaysia kekal diminati oleh ramai pelanggan setia mereka kerana faktor keselesaan, kualiti yang bertahan lama dan rekaan minimal yang kreatif.

Menerusi satu posting di Instagram pada hari ini, Uniqlo mengumumkan bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk membuka cawangan butik tunggal atau stand-alone store pertama di Malaysia, pada bulan Disember kelak. Ini bersempena ulang tahun 10 tahun mereka yang disambut pada bulan November ini.

Ilustrasi artis. Sumber: Instagram Uniqlo Malaysia

Menurut Uniqlo lagi, cawangan bersebelahan jalan SA Square @ Damansa Avenue, dekat Bandar Sri Damansara ini direka khas untuk memastikan keluasannya bersesuaian dengan jumlas staf dan bilangan pelanggan yang datang dari kategori keluarga, warga emas, warga kurang upaya dan pelanggan sejagat.

Tinjauan REMAJA terhadap komen yang dimuat naik menunjukkan rasa tidak sabar peminat Uniqlo menantikan pembukaan butik tersebut. Malah, ramai juga menantikan pengumuman promosi atau jualan khas dari Uniqlo sempena pelancarannya.

Baru-baru ini Uniqlo juga telah melancarkan koleksi kolaborasi bersama pereka antarabangsa Jil Sander.

IKLAN