Menjadi-jadi pula kes rokok elektrik dan vape, isu ini menjadi hangat balik selepas susulan beberapa kes yang melibatkan remaja dan kalangan pelajar termasuk murid sekolah rendah hingga menimbulkan keresahan masyarakat termasuk ibu bapa dan guru-guru.
Kerajaan mula membuka mata dansemakin memandang serius perkara berkaitan isu e-rokok. Buktinya baru-baru ini kerajaan mengeluarkan larangan penjualan kepada individu bawah 18 tahun .
Bukan itu sahaja, semua jenis produk rokok sama ada konvensional dan elektronik di negara ini menetapkan garis panduan sama iaitu dilarang keras dalam kalangan murid serta pelajar sekolah menunjukkan pihak kerajaan memandang serius usaha ini
Ads
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya menggubal perundangan baharu dan kini di peringkat penelitian Jabatan Peguam Negara dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
“Kita menyedari wujud kajian terkini yang menunjukkan kesan sampingan susulan penggunaan rokok elektronik dan vape, termasuk beberapa kematian yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).
“Satu kajian terperinci perlu dibuat untuk meneliti semula keperluan dalam menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan vape secara menyeluruh.
Ads
Beliau percaya dengan usaha ini kerajaan dapatmembendung penjualan produk berkenaan dalam kalangan pelajar. Selain, mempertimbangkan langkah penguatkuasaan penjualan rokok elektronik dan vape secara menyeluruh.
Ads
Tambah beliau langkah mengenakan cukai terhadap penjualan vape di pasaran tidak wajar mengetepikan aspek kepentingan menangani isu kesihatan yang terbukti bakal merudum jika produk sedemikian terus dibiar berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar.
Pihak kerajaan memandang serius perkara ini demi memastikan kesihatan remaja dan rakyat Malaysia berada pada tahap optimum lebih-lebih lagi dari segi kesihatan kardiovaskular.
Remaja sokong tindakan kerajaan ni..!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri Ghosbuster bakal kembali menemui penonton di pawagam dengan filem terbaharu, Ghostbusters: Afterlife.
Menceritakan tentang seorang ibu tunggal dan dua anaknya yang tiba di sebuah bandar kecil, mereka mula menemui kaitan dengan hantu asal dan warisan rahsia yang ditinggalkan oleh datuk mereka. Filem terbaharu ini merupakan kesinambungan dari Ghostbusters 1984.
Jika korang mahu lebih ‘feel’ menonton filem terbaharu ini, sebaiknya tonton dahulu dua filem awal ‘Ghostbusters’ yang ditayangkan sekitar tahun 80-an, namun seandainya korang tidak pernah menonton mana-mana siri ini, masih tidak mengapa kerana jalan ceritanya yang mudah untuk difahami dan tidak terlalu sarat dengan penceritaan daripada kisah sebelum ini.
Foto: Sony Pictures
Apa yang menariknya, filem kali ini lebih banyak bermain dengan emosi penonton kerana menceritakan tentang kisah keluarga Egon Spengler, seorang ghostbusters yang menjalani kehidupan bersendirian kerana masyarakat menganggapnya gila. Selepas kematiannya, misi menghapuskan ‘hantu-hantu’ itu diteruskan lagi oleh cucu dan anak perempuannya yang terpaksa berhadapan dengan situasi ‘misteri’ di rumah peninggalan datuk mereka.
Foto: Sony Pictures
Babak akhir filem ini digarap dengan baik dan dapat menyentuh hati penonton dengan memaparkan penutup cerita yang mantap dan penuh emosi. Secara keseluruhannya, filem ini memang berbaloi untuk ditonton di pawagam kerana kisah ekpedisi pencarian hantu ini turut diselitkan elemen humor yang mampu mencuit hati penonton.
Foto: Sony Pictures
Dibintangi oleh Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Annie Potts dan Paul Rudd, Ghosbusters: Afterlife bakal menemui penonton pada 2 Disember 2021.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.
“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Terdahulu tindakan Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing dalam InstaStory miliknya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.
Lebih mengejutkan, adik kepada pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah itu kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung haiwan yang diharamkan sentuhan bagi orang Islam tanpa keperluan dalam urusan kehidupan itu.
SUMBER FOTO: Instagram Sharifah Sakinah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi popular K-Pop, Chaeyoung TWICE mendedahkan detik paling sukar dalam kerjayanya sebagai seorang idol, termasuk ketika beliau hampir mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut.
Menerusi sebuah episod ke-74 rancangan di aplikasi YouTube SPNS TV berjudul “Chaeyoung and Shoes Off ‘Idols Are People Too’” yang disiarkan pada 9 Oktober lalu telah menampilkan Chaeyoung atau nama sebenarnya Son Chaeyoung (26) bersempena ulang tahun ke-10 sejak debutnya bersama TWICE.
Kredit foto: YouTube SPNS TV
Di dalam sesi perbualan itu, Chaeyoung berkata secara terbuka, bahawa beliau mengetap gigi dan terus bertahan. Meskipun beliau amat mencintai pekerjaan yang dilaksanakan, penyanyi itu tetap menganggap ia sebagai suatu tanggungjawab profesional, dan mengingatkan diri bahawa tidak semua perkara yang digemari boleh dilakukan sentiasa olehnya.
“Apabila jadual terlalu padat, tubuh saya menjadi sangat letih, namun saya tetap perlu melakukan perkara yang saya tidak mahu. Saya bertahan sambil cuba menjaga diri saya dari dalam,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang bahagian paling sukar dan mencabar sepanjang kerjayanya, Chaeyoung mengaku bahawa masalah utama adalah kekurangan tidur.
“Masa yang paling sukar adalah ketika promosi lagu ‘Cheer Up’ dan ‘TT’. Saya hanya sempat tidur sekitar 30 minit dan masih perlu ke sekolah,” ujarnya.
“Ada satu ketika, saya cakap ‘Saya rasa saya tak mampu terus bersama TWICE lagi’ Saya betul-betul tidak tahu sama ada saya boleh meneruskannya. Hal itu sangat serius, malah saya sering bergaduh dengan ibu saya tentang perkara itu,” jelas Chaeyoung.
Namun, ibu Chaeyoung menegaskan dirinya bahawa pelantun lagu ‘SHOOT (Firecracker)’ itu telah usaha keras selama tiga setengah tahun, sambil mempersoalkan kerugian yang akan dirasai sekiranya berhenti pada ketika itu.
TWICE ketika era Cheer Up yang melonjakkan populariti mereka sebagai salah satu girl groupTT yang dilancarkan pada tahun 2016
Pendedahan tersebut menggambarkan tekanan besar yang terpaksa dilalui Chaeyoung ketika promosi lagu-lagu yang menyumbang kepada populariti TWICE seperti ‘Cheer Up’ dan ‘TT’ di mana kekurangan tidur dan jadual padat membuatkan dirinya berdepan konflik emosi sehingga hampir menyerah.
Walaupun begitu, Chaeyoung meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada rakan-rakan kumpulannya.
“Semua ahli sangat baik dan mengambil berat. Jika ada masalah, kami akan berbincang. Keputusan dibuat berdasarkan undian majoriti, dan apabila sesuatu sudah diputuskan, tiada siapa akan merungut selepas itu,” tambahnya.
Pada masa yang sama, Chaeyoung turut menggambarkan dinamika dalam kumpulan TWICE, dengan menyebut Nayeon dan Sana sebagai ‘mood booster’, manakala Jihyo pula berperanan menguruskan perkara yang memerlukan ketelitian.
“Kami masing-masing ada peranan sendiri. Peranan saya adalah menjadi maknae yang comel dan menerima banyak kasih sayang,” ujarnya berseloroh.
Sementara itu, pengakuan jujur daripada Chaeyoung ini telah mengundang pelbagai reaksi para peminat terutama ONCE dan ia juga membuka mata orang ramai mengenai realiti pahit di sebalik kerjaya gemilang seorang idol.
Kredit foto: YouTube SPNS TVKredit foto: YouTube SPNS TV
Namun, semangat kekeluargaan dalam TWICE ternyata menjadi kekuatan utama yang membuatkan Chaeyoung kekal bersama kumpulan itu hingga ke hari ini.
Sekadar info, TWICE yang dianggotai oleh sembilan gadis cantik seperti Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung, dan Tzuyu dijadualkan bakal kembali bertemu peminat di Kuala Lumpur menerusi siri jelajah dunia ’This Is For’ yang dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober ini di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!