Tangisan Asmat Ara, Pelarian Rohingya Lari Dari Kekejaman Myammar Dinobat Gambar Terbaik Dunia 2018

Share

Hari ini rakyat Malaysia banyak berbicara kisah remaja, Syukor Khamis, 14 tahun pelajar dari SMK Padang Midin, Kuala Terengganu  yang dilihat mampu “berkawan rapat” dengan binatang peliharaan ayahnya iaitu kerbau yang jumlahnya mencecah 100 ekor lebih. Syukor dilihat langsung tidak kekok malah begitu bersahaja dengan reaksinya termasuk dia cuba berlaga tanduk dengan kambing peliharaan ayahnya.

Melalui gambar bidikan jurugambar profesional Mohd Nazri Sulaiman, gambar ini telah memenangi tempat pertama pertandingan  Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 dan dinobatkan sebagai 20 gambar terbaik dunia dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018.

Selain kisah Syukor yang viral, korang tentu nak tahu gambar mana lagi yang diangkat sebagai gambar terbaik dunia 2018 kan.

Jom tengok, mana tahu jadi inspirasi pada korang dan lepas ni bolehlah berjinak-jinak dalam dunia fotografi dan menang pertandingan dunia pula. Rezeki orang tak siapa tahukan!

REMAJA senaraikan 20- gambar terbaik yang dipilih dalam pelbagai kategori. Untuk makluman korang, anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards menerima 48,000 penyertaan peserta melibatkan  156 buah negara.

Para hakim telah meneliti kesemua foto paling menarik, hebat dan mengagumkan untuk dinobat sebagai pemenang terbaik bagi tahun 2018, dalam 11 kategori yang dipertandingkan. Tentu korang teremosi bila melihat gambar pemenangnya nanti.

  1. Berkongsi emosi (Anugerah Istimewa, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)
Jurugambar : Mohd Nazri Sulaiman

2.Musang Artik, Amerika Syarikat (3rd place Kategori Haiwan Dalam Persekitaran Semula jadi)

Kredit : sipacontest.com

3. Bayangan badak sumbu, Kenya (Sebutan Kehormat, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

Kredit : sipacontest.com

4. Pemandangan dalam air, musim salji di Lofoten (Anugerah Istimewa, Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

Kredit : Сергей Луканкин

5. Bunga liar kosmik, Brazil (Sebutan Kehormat, Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

Kredit : Marcio Cabra

6. El Calbuco, Chile (1st Runner up Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

Kredit : Francisco Negroni

7. Perkampungan Permainan, Russia (1st Runner Up Kategori Ruang Bandar & Seni Bina)

Kredit : Fyodor Savintsev

8. Nemo di dalam rumah(Anugerah Istimewa Kategori Haiwan Dalam Persekitran Semula Jadi)
#9. Perjalanan tuah dan kekayaan, Vietnam (Sebutan Kehormat, Kategori Pancuran Warna Warni)
Kredit : Sian Koi Kua

#10. Larian comel! (Anugerah Istimewa, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

Kredit :Christoph Kaula

#11. Kumpulan unta di gurun, Mongolia (Tempat Kedua, Kategori Warna Am)

Kredit : Weiguo Hu

#12. Ombak 12 meter di perairan Antartika (Tempat Ketiga, Kategori Perjalanan dan Pengembaraan)

Kredit : Lorraine Turci

#13. Haus dan minum, China (Sebutan Kehormat, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

Kredit : Jing Hu

#14. Kanak-kanak dalam dakapan ukiran tangan dan kraftangan, Ethiopia (Tempat Pertama, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

Kredit : David Nam Lip Lee

#15. Pasar terapung, Indonesia (Tempat Pertama, Kategori Pancuran Warna Warni)

Kredit : Sina Falker

#16. Menerima realiti, Pulau Pleneau, Semenanjung Antartika (Tempat Pertama, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

Kredit : Amos Nachoum

#17. Pemandangan Padang Bola Sepak Henningsvaer, Norway (Tempat Kedua, Kategori Ruang Bandar dan Seni Bina)

Kredit : Misha De-Stroyev

#18. Peserta triathlon, Pelabuhan Duesseldorf Media, Jerman (Tempat Pertama, Kategori Warna Am)

Kredit : Klaus Lenzen

#19. Nelayan mendayung sampan di Tasik Inle, Myanmar (Tempat Pertama, Kategori Bawah 20)

Kredit : Yinzhi Pan

#20. Mangsa konflik dan pertikaian, Bangladesh (Anugerah Foto Terbaik, Siena International Photo Awards 2018.)

Kredit : K M Asad

Ya, inilah gambar terbaik dunia. Ketakutan dan tangisan seorang kanak-kanak Bangladesh, Asmat Ara begitu trauma dengan keganasan dan penghapusan etnik yang sedang berlaku di Myanmar dinobat gambar terbaik dunia di dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018. Foto ini diambil di kem pelarian Rohingya Tenkhali, di Bangladesh oleh K.M Asad.

IKLAN