Selepas dua tahun tidak bersiaran, tahun ini pencarian Dewi Remaja 2022 diteruskan dengan menampilkan 16 lagi finalis yang berjaya melepasi sesi ujibakat. Istimewanya tahun ini, team Remaja membuka peluang kepada lebih ramai peserta untuk menyertai pencarian Dewi Remaja kerana sesi ujibakat telah pun diadakan di empat buah negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Lembah Klang.
Buat julung kalinya juga, pencarian Dewi Remaja 2022 memperkenalkan hos tetap, Fikry Ibrahim dan juri tetap, Rozita Che Wan. Fikr Ibrahim dipilih atas kriteria karisma, kebolehan mengendalikan program televisyen realiti dan pakej yang ditampilkan bersesuaian dengan imej program.
Manakala, pemilihan Rozita Che Wan sebagai juri tetap tunggal pada musim ini menyuntik satu kelainan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau diberikan tugas tersebut. Rozita Che Wan merupakan salah seorang finalis pada edisi pencarian Dewi Remaja 1994/1995 yang dimenangi oleh Wan Khatijah Wan Othman dan sejak itu telah meletakkan jenamanya sebagai pelakon, pengacara, usahawanita dan jurucakap produk terkenal di Malaysia.
Satu kelainan telah pun dibuat pada edisi pencarian Dewi Remaja kali ini apabila team produksi dan Remaja bersepakat untuk memilih 16 orang finalis bagi memastikan saingan menjadi lebih sengit di samping memberi pilihan yang luas buat juri tetap dan juri jemputan pada setiap minggu.
Siapakan 16 finalis bertuah tahun ini? Jom kita semak senarai finalis Dewi Remaja 2022 yang baru sahaja diumumkan pada sidang media yang berlangsung di Z Botanica by Nicsmann One Utama sebentar tadi.
AUNI
Siti Auni Safiya bt Yusri
22, Selangor
Pendidikan : Sarjana Muda Penyiaran, UiTM Shah Alam
Dengan menampilkan sokongan daripada jenama Kinohimitsu dan WonderDewi by WonderLab sebagai penaja bersama, pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 16 Julai, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran episod yang ditayangkan, 16 finalis terpilih juga bertanding dari aspek populariti menerusi undian peminat yang dibuka bermula 8 Julai 2022 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Dewi Favourite 2022. Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/dewi/
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dari dulu lagi, pencarian Dewi Remaja terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat dan ini terbukti apabila kami juga turut mempunyai barisan finalis yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah Cina dan India.
Pada tahun ini, sesi uji bakat Dewi Remaja 2022 sekali lagi mendapat perhatian daripada gadis berbangsa Cina yang turut mencuba nasib dalam menjadi salah seorang finalis yang kami cari.
Liu Jiun Er atau lebih mesra dikenali sebagai June merupakan seorang gadis Cina yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Peserta berusia 24 tahun ini sanggup memandu kereta seorang diri pagi tadi semata-mata untuk tidak ketinggalan menyertai sesi uji bakat yang dijalankan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
“Memang dari kecil saya suka menonton drama-drama Melayu dan saya tahu tentang Dewi Remaja ini sejak tahun 2018 tetapi pada waktu itu saya tidak ada rezeki untuk datang ke sesi uji bakat kerana masih belajar,”
”Ada dua sebab saya hadir ke uji bakat Dewi Remaja ini, pertamanya saya ingin menjadi contoh untuk merapatkan perpaduan antara kaum di Malaysia,”
”Yang kedua, saya seorang yang sangat peka tentang alam sekitar, jadi saya rasa kalau saya cuba menyertai program ini, saya mempunyai satu platform yang sangat besar untuk saya sebarkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar,” jelas June.
June juga mengakui dia mula minat menonton drama Melayu sejak berusia 13 tahun lagi dan ketika itu dia sudah mula bersekolah di sekolah jenis Kebangsaan.
Meminati bidang pengacaraan, June menjadikan Ain Edruce sebagai sumber inspirasi untuk lebih berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya itu.
“Kalau tanya tentang selebriti Malaysia, penyanyi saya meminati Khai Bahar, pengacara pula saya sangat mengagumi Ain Edruce dan daripada segi lakonan pula saya suka pelakon Remy Ishak,”
”Sebelum ke sesi uji bakat hari ini, saya banyak juga membuat research berkaitan dengan industri hiburan Malaysia, selain daripada mengikuti perkembangan isu-isu semasa,” tambahnya lagi.
Selamat maju jaya kami ucapkan kepada June dan semoga gadis ini terus bersemangat untuk mencapai cita-citanya masuk ke dalam industri hiburan tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon meningkat naik, Adrina Kamaruddin memaklumkan dirinya telah mengambil keputusan untuk berehat seketika dalam industri seni tanah air kerana ingin memberi fokus terlebih dahulu terhadap latihan siswazah sebagai seorang doktor.
Menerusi laporan media tempatan, bekas peserta Dewi Remaja 2023 itu bakal berehat selama dua tahun.
Dia bagaimanpun memberitahu dirinya akan kembali untuk bersaing di dalam industri seni sebaik sahaja tempoh latihan itu selesai.
“Saya akan berehat sebentar daripada industri seni bermula Oktober ini kerana saya perlu selesaikan ‘housemanship’ atau latihan siswazah sebagai seorang doktor. Saya kena kembali menjalankan tugas sebagai doktor.
“Pada masa sama, saya akan cuba mengisi masa dengan apa sahaja tawaran dalam industri seni. Selepas dua tahun housemanship, saya akan kembali fokus seratus peratus sebagai anak seni,” katanya.
Dalam pada itu, Adrina turut memberitahu dirinya telah mempunyai perancangan untuk membuka klinik sendiri dan pada masa sama boleh memberikan tumpuan untuk bergelar pelakon.
Dia juga memaklumkan dirinya juga sudah membuat persiapan rapi dari segi fizikal dan mental untuk bagi latihan siswazah berkenaan.
“Saya akui memang penat dan enam tahun saya menuntut ilmu dalam bidang perubatan. Namun, bila saya sudah tamat housemanship, saya boleh merancang untuk buka klinik sendiri dan boleh bekerja ikut masa sendiri. Pada masa sama, saya boleh menceburi bidang seni juga.
“Saya akui housemanship merupakan satu tempoh yang sangat sukar dan mencabar. Seperti semua sedia maklum, ada yang akan berhenti separuh jalan. Sama juga seperti nak mula belajar dahulu, ramai yang kata bidang perubatan ini sangat susah.
“Ramai akan berhenti tapi disebabkan minat, saya lulus sekali jalan sahaja. Saya sudah setkan di kepala, apa jadi sekalipun, saya tetap kena habiskan housemanship ini dalam masa dua tahun kerana saya nak kejar semula impian dalam industri seni,” tuturnya.
Mengakui agak risau sekiranya namanya bakal tenggelam, pelakon berusia 25 tahun ini tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan oleh yang Maha Esa buatnya.
“Saya sebenarnya agak risau dan sedih juga. Namun, saya berpegang kepada rezeki. Saya selesaikan housmanship kerana sudah belajar lama dan nak bahagiakan ibu bapa saya.
“Jadi, saya harap bila saya buat semua ini, Allah akan tolong murahkan rezeki saya bila saya kembali ke dalam industri semula,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepadatan jadual kerja juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae sebagai hos rancangan Hlive dan pensyarah separuh masa tidak menghalang personaliti ini daripada terus memberikan komitmen di lokasi penggambaran drama yang dibintanginya.
Terbaru, Shaza turut membintangi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang yang melakukan penggambaran di sekitar Kuantan dan Kemaman. Dengan tugas-tugas harian yang perlu dilakukan di Kuala Lumpur, sudah tentu ia memerlukan pembahagian masa dan penjadualan yang teratur bagi menguruskan segala pekerjaan di luar kawasan.
“Alhamdulillah, rezeki saya kali ini dapat bekerjasama sekali lagi dengan Uqasha Senrose dan beberapa pelakon hebat lain seperti Kamal Adli dan Uyaina Arshad. Penggambaran drama ini kebanyakannya dilakukan di Kuantan dan Terengganu, adakalanya saya terpaksa balik hari kerana mempunyai komitmen yang lain,”
“Tidak dinafikan walaupun agak sedikit memenatkan namun dengan disiplin dan dedikasi yang saya berikan dapat menyuntik kembali semangat untuk sentiasa memberikan komitmen terhadap drama bersiri ini. Boleh dikatakan kehidupan saya sekarang ini memang dipenuhi dengan kerja sahaja, kerana hampir setiap hari ada sahaja kerja yang perlu diselesaikan. Namun, saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ini dan kadang kala ada juga masa yang saya akan selitkan untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan tersayang,” jelas Shaza.
Memegang watak sebagai Yaya dalam Perempuan Tanpa Dosa, Shaza berkongsi bahawa dia sangat suka dengan watak gadis bernama Yaya kerana karakternya dalam drama ini banyak berkembang dan bukannya watak statik.
“Pada permulaan drama ini mungkin penonton menganggap watak Yaya sebagai seorang kawan yang jahat, namun sebenarnya dia seorang kawan yang baik dan penonton perlu menonton drama ini sehingga ke episod akhir untuk mengikuti perubahan yang berlaku pada watak Yaya,”
Shaza turut berkongi pengalamannya pertama kali bekerja dibawah arahan pengarah terkenal, Michael Ang.
“Tidak dinafikan pada mulanya saya berasa agak gementar dan dalam masa yang sama excited untuk bekerja bersama pengarah hebat seperti Michael Ang. Dia seorang yang garang tetapi banyak membantu para pelakon untuk memberikan hasil lakonan terbaik. Saya mengambil peluang yang diberikan ini untuk mengaut segala pengalaman dan ilmu daripada beliau,” jelasnya lagi.
Drama yang mempunyai 28 episod ini telah pun ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 6 Oktober 2020 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...