Puasa hari putih dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan setiap bulan Islam (Hijriyyah). Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun.
Bagi bulan November ini, puasa ini boleh dilakukan bermula esok iaitu 15 hingga 17 November ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Puasa
“Ayyamul Bidh” bermaksud “hari-hari putih,”
Istilah “Ayyamul Bidh” bermaksud “hari-hari putih,” merujuk kepada waktu ketika bulan purnama bersinar terang. Antara kelebihan Puasa Ayyamul Bidh adalah mendapat ganjaran pahala sepanjang tahun.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Ads
Kelebihan berpuasa menurut sains
Kajian yang dilakukan oleh Profesor Valter Lango, Universiti Southern California mendapati sistem ketahanan badan yang berpuasa berada dalam keadaan bagus daripada sebelumnya.
Difahamkan juga risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser adalah lebih rendah kerana sistem imunisasi badan anda berada di tahap yang bagus berbanding biasa.
Ads
Jadi, jangan lupa untuk rebut peluang ini dan berpuasa pada 15,16 serta 17 November.
Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini, memaparkan seorang remaja lelaki yang tekun mengulang kaji pelajaran sambil menjaga ibunya yang terlantar di hospital.
Remaja berkenaan, yang dikenali sebagai Nazrin, menunjukkan ketenangan dalam mengimbangi antara tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan anak yang prihatin terhadap keadaan ibunya.
Menerusi hantaran tersebut, Nazrin kelihatan begitu fokus mengulang kaji pelajaran di hospital, sambil memastikan ibu tercinta sentiasa terjaga. Menurutnya, situasi yang dialaminya ini adalah ujian yang mengajarnya untuk menjadi lebih matang.
“Sebab itulah, kita dalam hidup ini kan, bila kiti diuji dengan banyak gila dugaan, janganlah anggaplah itu sebagai dugaan semata-mata.
“Anggaplah itu sebagai satu ‘journey’ untuk kau menjadi lebih matang dan pasti ada hikmah disebaliknya,” katanya.
Tindakan Nazrin mendapat perhatian ramai di ruangan komen, di mana ramai netizen memberikan kata-kata semangat serta doa untuk kelancaran urusan dan kesejahteraan keluarganya.
“Strong kau bang, moga dipermudahkan segala urusan selalu,” komen seorang pengguna.
“Semoga syurga buatmu bang! Teruskan semangat, doa ibu tidak pernah putus,” kata seorang lagi.
Ada juga yang memberi dorongan untuk tidak memberi alasan dalam mengulang kaji pelajaran.
“Okey jadi tiada alasan tak study, goodluck,” tulis seorang pengguna lain.
“Confirm straight A++,” komen juga yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Nazrin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi trend di Malaysia apabila banyak restoran mahupun speedmart yang menjual makanan dari negara Korea dan Jepun kerana ia sememangnya mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat kita.
Francais Family Mart antara yang menjadi pilihan utama bagi individu yang gemarkan makanan dari Jepun/Korea. Ini kerana seleksi makanan yang ditawarkan adalah sangat sesuai bagi mereka yang inginkan makanan yang sedap, berbaloi dan mudah untuk didapati.
Instagram: FamilyMart Malaysia
Setakat 30 Julai 2020, Family Mart telah pun membuka sebanyak 200 buah cawangan di seluruh negara dan menjangkakan pada tahun 2025, mereka sudah memiliki 1,000 cawangan di Malaysia.
Terbaru, FamilyMart secara rasminya telah mengumumkan di media sosial mereka bahawa cawangan drive-thru pertama sudah mula operasi di Berkeley Uptown, Klang. Cawangan drive-thru ini masih lagi di peringkat percubaan, tetapi sudah bersedia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
Wah, untunglah orang Klang dan disekitarnya dapat drive-thru sahaja. Kami pasti ini adalah berita baik buat pelanggan di kawasan tersebut kerana ia memudahkan lagi mereka untuk mendapatkan makanan dan minuman daripada speedmart tersebut.
Instagram: FamilyMart Malaysia
Nah, harap-harap lepas ni lebih banyak lagi cawangan drive-thru yang dibuka di seluruh negara. Senang sikit nak membeli kan. Selain itu, bolehlah kita jaga jarak dan tidak perlu bersesak-sesak di dalam kedai. Hiks!
Sedia maklum, nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ia bukan saja mudah untuk didapati malah sesuai dimakan dengan apa jenis masakan. Makanlah dengan lauk apa sekalipun, pasti akan tetap berselera!
Sumber Gambar : Rajesh TP from Pexels
Namun, kalau diperhatikan kini sesetengah masyarakat Malaysia juga cuba mengelak daripada memakan nasi kerana dikatakan mengandungi kalori yang tinggi. Selain itu, pengambilan nasi yang banyak juga boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan penyakit serius seperti diabetes.
Dah tu macam mana pula kita nak diet kalau tak makan nasi ni? Ini 6 makanan yang boleh korang ganti dalam menu harian.
Soba
Sumber Gambar : Polina Tankilevitch from Pexels
Makanan ini popular di kalangan masyarakat Jepun, mi soba selalunya dimakan dengan light soy dipping sauce dan hanya sayuran segar sahaja.Patut la orang Jepun sihat-sihat!
Mengandungi indeks glisemik yang rendah dan sesuai untuk mereka yang menjaga bacaan gula dalam darah kerana ia diperbuat diperbuat daripada tepung gandum dan buckwheat.
Mi soba dapat menurunkan jumlah kolestrol dan berfungsi dalam mengurangkan penyerapan kolestrol yang berlaku dalam usus. Jadi mungkin boleh ambil mi soba berbanding spaghetti nanti.
2. Brokoli
Sumber Gambar : Buenosia Carol from Pexels
Penulis selalu melihat orang yang tengah diet menjadikan brokoli ini sebagai nasi. Kalau korang nak tahu sayur ini boleh jadi salah satu alternatif yang terbaik penganti nasi.
Mempunyai kandungan yang hampir sama dengan nasi kobis bunga, iaitu setengah cawan brokoli mengandungi hampir 15 kalori dan 2 gram serat. Selain mengandungi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan kuat dalam membantu mencegah kerosakan sel dalam badan dan tingkatkan kesihatan imun.
3. Quinoa
Sumeber Gambar : BBC Good Food
Makanan ini mungkin agak asing di kalangan masyarakat kita. Namun, Quinoa yang disebut sebagai “keen-wah”, mempunyai rasa dan tekstur seperti biji-bijian yang bebas daripada gluten dan mempunyai kandungan protein, zat besi dan serat yang sangat tinggi.
Menjadi sumber protein yang lengkap, ini membawa maksud quinoa mengandungi 9 amino acid penting yang diperlukan oleh badan kamu. Dan dalam pada masa yang sama, ia menjadi makanan yang sangat bagus untuk vegetarian.
4. Ubi Keledek
Sumber Gambar : Valeria Boltneva from Pexels
Pengganti nasi yang terbaik. Ubi keledek sangat popular dalam kalangan rakyat Jepun dan mereka yang tengah diet. Makanan ini dapat membantu dalam mengatasi masalah lapar, craving terhadap gula.
Ubi keledek ini bukan sahaja manis secara semula jadi, malah ia mengandungi serat yang tinggi dan karbohidrat kompleks yang berfungsi dalam menstabilkan gula dalam darah kamu.
Menjadi rahsia kepada umur yang panjang, ubi keledek ini dapat meningkatkan kekebalan diri seorang individu dengan kandungan Vitamin C dan Vitamin A yang kaya dengan kandungan beta-carotene.
5. Kobis Bunga
Sumber Gambar Karolina Grabowska from Pexels
Dijadikan sebagai nasi kobis bunga, kamu boleh menghancurkan sayuran ini dalam food processor untuk dijadikan sebagai nasi. Ini kerana kobis bunga boleh menjadi alternatif pengganti nasi yang rendah karbohidrat dan kalori.
Untuk satu hidangan nasi kobis bunga, kamu akan memperolehi jumlah Vitamin C yang mencukupi untuk sepanjang hari. Dalam pada masa yang sama, kobis bunga ini juga mengandungi Vitamin K yang mencegah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
Jika mengikut diet keto, nasi kobis bunga ini boleh menjadi pengganti nasi putih yang paling sesuai.
6. Roti Gandum
Sumber Gambar : Marta Dzedyshko from Pexels
Selalunya roti gandum adalah 100% lebih sihat berbanding dengan roti putih.
Ini kerana roti gandum mempunyai kandungan serat yang tinggi, nilai pemakanan yang tinggi dan kandungan kalori yang rendah.
Walaupun kamu ingin mengambil roti gandum dalam diet harian, kamu perlu berhati-hati dalam jumlah pemakanannya. Kalau kamu mahu tahu, dua keping roti gandum mempunyai nilai kalori yang sama dengan setengah cawan nasi putih.
Jadi moga info ini bermanfaat kepada korang diluar sana yang sedang berdiet. Selain rendah dalam jumlah kalori, makanan-makanan ini sesuai buat diet dan menggantikan nasi dalam diet harian.
Sumber : healthline.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.