Sejarah dicatatkan oleh pasukan badminton Indonesia di kejohanan Piala Thomas pada malam ini setelah mereka menewaskan juara bertahan 2018, China dengan keputusan 3-0. Ini sekaligus membolehkan skuad Garuda menamatkan kemarau 19 tahun mereka.
Tentunya, China tidak membiarkan Indonesia menikmati jalan mudah sebelum menjulang trofi Piala Thomas apabila saingan bagi setiap perlawanan yang mereka tempuhi adalah cukup sengit dan pada satu ketika, China seolah-olah mampu untuk mencuri mata kemenangan dalam kedua-dua acara perseorangan lelaki.
Namun, Indonesia tidak mudah mengalah dan mempunyai prestasi stamina serta mertaliti yang sama hebatnya dengan China.
Kali terakhir Indonesia dinobatkan sebagai juara Piala Thomas adalah pada tahun 2002 setelah Indonesia mengenepikan Malaysia 3-2. Dengan kejayaan kali ini, Indonesia secara rasminya telah memenangi Piala Thomas sebanyak 14 kali sejak 1958.
Arena Ceres di Aarhus, Denmark juga menjadi titik tolak kepada kemaraan pemain generasi baharu Indonesia. Kebanyakan daripada pemain mereka yang yang diturunkan berusia di bawah 26 tahun.
Ads
Anthony Sinisuka Ginting, 24.
Sebagai contoh, para pemain yang berjaya menjulang Indonesia malam ini ialah Anthony Sinisuka Ginting (24 tahun), Jonatan Christie (24 tahun), Fajar Alfian (26 tahun) dan Muhammad Rian Ardianto (25 tahun).
Jonatan Christie, 24.Fajar Alfian, 26 dan Muhammad Rian Ardianto, 25.
Trend menurunkan pemain muda ini juga adalah strategi sama beberapa lagi negara yang menyertai Piala Thomas pada kali ini termasuklah Malaysia dan China.
Ads
Ini demi memberikan mereka pengalaman berharga yang boleh menjadi kelebihan bagi perlawanan Piala Thomas pada tahun hadapan.
Secara tidak langsung, ini dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam dunia sukan di mana negara seperti Indonesia, China dan Malaysia tidak lagi mengharapkan keringat ‘kuda tua’ hanya disebabkan kejayaan lampau yang pernah mereka kecapi. Peluang menurunkan atlet muda ini jelas berbaloi. Buktinya, China dan Indonesia mampu tiba ke peringkat akhir.
Skuad muda Malaysia kali ini juga telah menunjukkan semangat serta mempunyai masa depan yang cerah. Tidak mustahil mereka mampu menyinar lagi selepas ini berbekalkan peluang yang diberikan ini dan di kejohanan seterusnya.
Semalam kita telah menyaksikan sejarah tercipta apabila Malaysia menerima Perdana Menteri Malaysia ke-10. Namun bak kata pepatah di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita hebat di sisinya.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 70, kini bergelar first lady of Malaysia yang dikagumi ramai. Kerana apa? Perjuangannya yang tidak kenal erti penat dan lelah. Umum mengetahui selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1998, beliau menjadi ketua yang mengepalai pergerakan Reformasi.
Bukan calang-calang orangnya, Jom kita kenali serba sedikit tentang diri beliau;-
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura yang kini dikenali sebagai KK Women’s and Children’s Hospital.
Merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Bapa beliau, Allahyarham Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood merupakan seorang pegawai kerajaan manakala ibunya pula, Allahyarhamah Datin Mariah Khamiss merupakan suri rumah tangga.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St Nicholas, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pengajian di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan (TKC). Datin Seri Rosmah Mansor merupakan senior beliau di TKC.
Bersama bekas-bekas pelajar TKC yang lain dalam majlis meraikan persatuan murid tua (OGA).
Cemerlang dalam peperiksaan. Datuk Seri Dr Wan Azizah Kemudiannya menyambung pengajian ke luar negara pada 1973. Beliau menjadi pelajar dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons, Ireland.
Berjaya memperolehi ijazah dalam bidang obstetric dan ginekologi, beliau juga dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik sekaligus dianugerahkan Pingat Emas MacNoughton-Jones pada 1977.
Datuk Seri Wan Azizah bergelar seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Walaupun begitu beliau tidak lagi berkhidmat setelah suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993.
Beliau merupakan wanita pertama Malaysia bergelar Timbalan Perdana Menteri pada Mei 2018 sehingga Februari 2020 apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan sebelum dijatuhkan oleh gerakan yang digelar ‘Langkah Sheraton’.
Pada pilihan raya umum ke-15 yang lalu, beliau telah bergelar Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur apabila berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi 9817.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Bagi rumah yang tiada penghawa dingin lebih terasa kehangatannya.
Memetik laporan dari BERNAMA, tidak lama lagi, Malaysia bakal dilanda dengan cuaca panas dan kering apabila berlakunya Monsun Barat Daya!
Keadaan cuaca panas itu dijangka bermula pada 18 Mei ini dan akan berterusan sehingga pertengahan September nanti — menyebabkan kurangnya pembentukan awan yang menghasilkan hujan dalam tempoh berkenaan.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata — kecuali negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak yang akan menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Ogos dan September.
Manakala, kawasan barat dan pedalaman Sarawak dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Mei dan Jun.
Sementara di timur Sabah dijangka menerima hujan sedikit bawah purata pada bulan September dan Oktober.
Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat.
Jerebu tempatan atau merentas sempadan boleh berlaku sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak terkawal.
Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.
Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak heran lah kalau selebriti terkenal dan kaya raya seperti Lisa BLACKPINK ni tambah lagi satu rumah dalam koleksi dia. Tapi yang jadi topik panas, rumah baru Lisa kali ni bukan kat Seoul, Korea Selatan tapi dia pilih kawasan elit Beverly Hills, California, kat Amerika Syarikat pulak tu!
Memang pandai menyimpan aset wanita yang pernah dinobat tercantik di dunia ni!
Rumah baru Lisa yang terletak di atas tanah seluas 1.3 ekar di Coldwater Canyon ini telah dibeli dengan harga RM19 juta. Ejen hartanah yang menguruskan urusan pembelian ini menggambarkan tempat tinggal Lisa sebagai sangat tenang dan ‘tersorok’ dari kesibukan.
Rumah tersebut dilengkapi dengan empat bilik tidur, kawasan yang dipenuhi dengan pokok hijau yang luas, dan juga sebuah kolam renang. Para netizen turut terpukau dengan dekorasi dalam dan luar yang kelihatan begitu mewah.
Sebelum ini, Lisa juga telah mencuri perhatian peminat dengan mendedahkan rumahnya yang terletak di Seongbuk-dong, Seoul, yang dibeli dengan harga RM25 juta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Foto Via : Gavin Cater (@caterphotography)
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.