Taman ‘Maze’ Terbesar Malaysia Dibuka, Destinasi Baru Di Perak

Share

 

Hari ini menandakan hari pertama empat buah negeri yakni Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bertukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Biarpun kita semua masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri, sekurang-kurangnya pergerakan kita tidaklah terlalu disekat dan jika kita berdisplin dalam menjaga SOP harian, tidak mustahil sempadan negeri bakal dibuka kelak.

Sekiranya perkara itu terjadi tidak lama lagi, tidak mustahil tarikan terbaru di Tanjung Tualang, Perak ini bakal menjadi tumpuan ramai pelancong dalam negara.

Sumber Foto: Facebook.

Terletak kira-kira 40 minit daripada bandar Ipoh, Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) Perak bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah di Perak.

Di sana, terdapat sebuah kapal korek berusia lebih 82 tahun yang telah bertukar fungsi sebagai muzium bersejarah.

Untuk menambah tarikan di sana, sebuah taman ‘maze’ yang dikhabar merupakan taman terbesar seakannya di Malaysia kini telahpun siap dibina dan bersedia menerima kunjungan pelancong. Konsep taman tersebut sendiri terbahagi kepada bahagian terbuka dan berteduh.

Sumber Foto: Facebook.

Sumber Foto: Facebook.

Sumber Foto: Facebook.

Sumber Foto: Facebook.

Dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, REMAJA merasakan bahawa kawasan TT5 ini akan menjadi salah satu pusat persinggahan orang ramai yang ingin mencari kelainan semasa meluangkan masa cuti kelak.

Bukan hanya ia indah untuk korang potretkan OOTD masing-masing di Instagram. Malah korang juga meraih ilmu baharu berkenaan sejarah kegemilangan industri perlombongan di Perak satu ketika dahulu.

Tapi sebelum itu, kita perlulah pastikan jumlah kes baharu positif COVID-19 dapat dilandaikan serta-merta. Barulah dapat ke sini.

ARTIKEL BERKAITAN8 ‘Snek Dalam Kereta’ Pilihan REMAJA Semasa Bercuti, Dari Family Mart – REMAJA

IKLAN