Rancangan realiti nyanyian popular, Talk To My Manager (TTMM) baru-baru ini mencipta kejutan apabila pihak produksi mengumumkan penambahan satu minggu lagi bagi menyajikan grand finale istimewa selepas menerima sambutan luar biasa daripada penonton.
Pengumuman itu dibuat oleh pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj. Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil di penghujung konsert minggu akhir yang berlangsung pada Ahad, semalam. Beliau turut mengesahkan bahawa keenam-enam pasangan bintang dan pengurus akan kembali ke pentas untuk episod tambahan yang bakal menentukan juara sebenar TTMM.
“Semua yang terlibat, pengurus, juri, pihak produksi dan penaja, kami berbesar hati untuk menambah satu lagi minggu sebagai grand finale Talk To My Manager. Jadi, siapakah juara kita? Nantikan minggu hadapan,” jelas Pak Nil ketika membuat pengumuman mengejut itu.
Ads
Dalam pada itu, minggu ini menyaksikan pasangan Siti Saerah dan Amad diumumkan sebagai Most Valuable Manager, manakala persembahan terbaik menjadi milik Marsya dan Liza Hanim. Bagi anugerah vokal terbaik turut disandang oleh Siti Saerah dan Amad yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000.
Berikut merupakan kedudukan rasmi peserta bagi minggu ketujuh ‘The Finale’, tempat pertama milik Siti Saerah & Amad, diikuti Liza Hanim & Marsya di tempat kedua, Ameng & Ammar Haikal di tempat ketiga, Ina Naim & Hadie di tempat keempat, Sharifah Shahirah & Auddra di tempat kelima, dan Shuib & Thalita di tempat keenam.
Ads
Apa yang lebih menarik, Thalita yang tidak dapat menghadiri konsert minggu ini akibat dijangkiti virus Influenza A tetap berjaya mara ke pusingan akhir. Selain itu, dalam segmen battle duet, tempatnya digantikan oleh pengurus Amad, iaitu Siti Saerah, yang mempersembahkan lagu Menamakanmu Cinta nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza ft. Govinda dan Hal Hebat oleh Ernie ft. Govinda.
Ads
Sementara itu, antara persembahan yang mencuri tumpuan pada minggu tujuh termasuk Auddra dengan Damelo (Dolla), Ammar dengan Cinta Dewa Dewi (Spider), Hadie menerusi #AwakKatMane (Taufik Batisah), dan Marsya yang memukau dengan Bring Me To Life (Evanescence).
Sekadar info, Talk To My Manager dihoskan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama barisan juri tetap Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal, manakala juri jemputan minggu ini ialah penyanyi ternama Datuk Syafinaz Selamat. Rancangan ini bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenyataan ini mungkin nampak jelik tetapi ternyata dunia sudah di akhir zaman. Jika dahulu umat ini hancur di zaman Nabi Luth tetapi kini bagai disanjung-sanjung, seolah-olah bebas bersuara tanpa merujuk pada Al-Quran Nur Karim.
Sebelum ini, ada lebih 20 negara mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender) terkini Australia menjadi negara kedua selepas Taiwan di benua Asia yang membenarkan perkahwinan sesama jenis ini terjadi.
Hanya orang gila memahami orang gila dan kerana itulah perkahwinan LGBT terjadi- pic giphy
Biar tidak semua negara menyetujui perkahwinan ini malah di Afrika, 37 buah negaranya memperuntukkan undang-undang anti gay. Dikhabarkan, jika ada kehadiran pemimpin gay di sana, merupakan sesuatu yang sukar mahupun dibayangkan.
“Malah, bekas pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe juga pernah suatu ketika dahulu menyifatkan status pasangan hubungan sejenis sebagai ‘lebih rendah berbanding anjing dan babi’.
Baca pandangan dari Naqib Masjid Al Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, Ustaz Shahril bin Abd Samad mengenai isu ini.
Di akhir zaman, manusia hanya pentingkan diri sendiri – Ustaz Shahril
Menurut Ustaz Shahril, isu perkahwinan sesama jenis ini banyak berlaku di luar negara dan Malaysia sama sekali tidak pernah mengiktiraf perbuatan dilaknat Allah ini.
“Biar sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran yang wujud sejak 1400 tahun dahulu yang menjadi panduan dan manual kehidupan manusia, ramai yang tidak menoleh ke belakang dan belajar serta menjadikannya sebagai panduan hidup.
“Apa yang dapat diperkatakan, di akhir zaman ini, manusia hanya mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika isu dinyatakan tidak kena mengena dengan dirinya, maka kenyataannya akan berbaur biasa-biasa saja. Tapi kalau ada kaitan, mereka akan mengulas dan menepis dengan pelbagai cara,” katanya ketika dihubungi.
Merujuk kepada satu hadis sahih daripada Abu Musa al-Ash’ari r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda, “tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita melainkan mereka adalah berzina dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga (sedang) berzina.
Ternyata jelas dan nyata, perbuatan LGBT ini menjurus kepada perbuatan berzina dan hukumnya berdosa besar.
Dalam pada itu Ustaz Shahril berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada al-Quran kerana semakin banyak tanda-tanda besar kiamat sudah kenampakan jelasnya bakal berlaku.
“Dari dulu lagi banyak bukti dinyatakan. Namun manusia yang hanya mementingkan diri cuma menolak kenyataan ini. Banyak perkara sudah ditunjukkan dan semoga kita semua menjadi umat Islam yang mampu berpegang pada al-Quran dan hadis sebagai panduan kehidupan,” katanya yang mahu umat islam lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan nafsu kehidupan.
Dunia sudah semakin gila. Pesta gay di Taiwan
Semak, senarai negara yang mengiktiraf perkahwinan sesama jenis ini. Ternyata dunia sudah akhir zaman. Semoga pelakunya bertaubat dan menerima hidayah Allah.
1) Belanda, 2001
Belanda merupakan negara pertama di dunia yang mengubal undang-undang pernikahan sejenis. Ia sudah diterima seawall 2000 lagi tetapi secara sahnya diiktiraf pada 2001.
2. Belgium, 2003
Langkah Belanda segera menjadi ikutan oleh Belgium dua tahun kemudian. Pada 1 Jun, Undang-undang ini diwartakan. Lebih mengejutkan, Perdana Menterinya, Elio de Rupo yang terpilih sebagai Perdana Menteri 2011, mengakui dirinya adalah gay.
3. Sepanyol, 2005
Negara yang terkenal dengan sukan lasak matador ini membenarkan pengikut LGBT berkahwin pada 3 Julai 2005. Isu ini dibawa ke Parlimennya pada kali pertama oleh bekas Perdana Menterinya dan pemimpin Parti Sosialis, José Luis Rodríguez Zapatero.
4. Kanada, 2005
Selepas melihat ada negara mula mengiktiraf perkahwinan sejenis, Kanada menjadi negara keempat membenarkan perkahwinan terlaknat ini. 20 Julai 2005, undang-undang negaranya meluluskan perkahwinan ini.
6. Afrika Selatan, 2006
Benua Afrika merupakan benua yang terbesar kedua setelah benua Asia. Benua Afrika merupakan benua yang dikatakan paling tandus daripada benua- benua lainnya serta dipenuhi banyak gurun pasir. Tapi ternyata Afrika Selatan menjadi negara di Benua Afrika yang membenarkan perkahwinan ini. . rang undang-undang ini telah ditandatangani oleh Wapres Phumzile-Mlambo Ngcuka pada 30 Jun 2006. Tandatangan ini disebabkan Presiden Afrika Selatan ketika tu, Thabo Mbeki sedang menghadiri KTT Uni Afrika.
Pesta gay yang diadakan di Thailand
7. Norway, 2009
Norway mengiktiraf perkahwinan sejenis ini pada 1 Januari 2009. Menjadikan negara ini sebagai negara pertama di wilayah Skandinavia.
8. Sweden 2009
Lima bulan selepas itu, Sweden mengikut jejak negara jirannya, Norway. Secara rasminya negara ini membenarkan perkahwinan sejnis pada 1 Mei 2009.
9) Portugal 2010
Bayangkan kalau Cristiano Ronaldo menjadi gay. Mahu menangis perempuan-perempuan di luar sana kerana terkasima dengan kekacakkannya. Namun Perdana Menteri Portugal menyifatkan kebenaran perkahwinan sesama jenis ini adalah dari segi persamaan hak dan keadilan. Tak hairanlah pada 5 Jun 2010, Portugal menjadi negara ke 8 mengiktiraf perkahwinan menggelikan ini.
Cintanlah sangat. gaduh jugak..konon. pix giphy
10) Iceland 2010
Sangat mengejutkan apabila Perdana Menteri Iceland Johanna Sigurardottir dan pasangan sejenisnya, Jonina Leosdottir merasmikan pernikahan mereka selepas rang undang-undang ini diiktiraf pada 27 Jun 2010. Johanna menjadi pemimpin negara dunia pertama yang mengakui dirinya lesbian sejak sekian lama.
11) Argentina 2010
Argentina menjadi negara di Amerika Selatan yang mengiktiraf perkahwinan sejenis pada 22 Julai 2010. Empat tahun selepas rang undang-undang ini dibenarkan, ada 9362 pasangan sejenis mengesahkan pernikahan masing-masing.
12) Denmark 2012
Setahun senyap tanpa ada negara membuat pengiktiraf paling gila ini, 15 Jun 2012, Denmark menjadi negara ke 11 mengiktirafnya biar dianggap semua agama menentang perkahwinan mengarut ini.
13) Brazil 2013
Perkahwinan sejenis di Brazil ini agak kontroversi kerana 48 peratus warganya dalam satu kutipan pendapat, Pew research Center menolak perkahwinan sejenis ini. Namun undang-undang ini tetap diterima dan ditermetrai pada 14 Mei 2013 membolehkan perkahwinan sejenis dibenarkan.
Serpihan dari kaum Sadom ini bergembira meraikan majlis sesama mereka di Amerika Syarikat
Selain negara di atas, ada lagi negara seperti New Zealand, Perancis, Inggeris, Uruguay, Scotland, Luxembourg, Finland, Slovenia, Ireland, Mexico dan Amerika Syarikat.
Selepas kegilaan terjadi di benua Eropah, benua Amerika terkini, gejala teruk lagi hodoh ini sudah menular ke Benua Asia pula. Ermmm, semakin dekat dengan Malaysia nampaknya.
Taiwan dikatakan menjadi negara pertama di Benua Asia yang secara rasmi mengiktiraf perkahwinan sesama jenis ini. Parlimen mereka mengambil masa dua tahun untuk menyetujuinya.
Terkini, Australia menjadi negara ke 25 yang mengiktiraf perkahwinan ini. Dalam perbahasan Parlimen baru-baru ini, seorang dari anggota Parlimennya. Tim Wilson telah membuat lamaran terhadap pasangan hidupnya Ryan Bolger dalam dewan mulia ini. Uewkkk. Ternyata kasih selama 10 tahun, akhirnya pasangan ini akan bergelar suami isteri. Tak tahulah siapa yang akan dipanggil Mummy dan sapa nak dipanggil Daddy. Memang dunia semakin gilaaaaa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, 14 tahun telah berlalu sejak drama bersiri Korea, Coffee Prince menjadi kegilaan ramai.
Dengan skrip yang original dan lakonan mantap SEMUA pelakon di dalam tersebut, tak hairanlah Coffee Prince mudah diminati ramai malah menjadi karya klasik; sehinggakan banyak negara luar termasuk Malaysia dan Thailand yang mengadaptasi drama tersebut ke dalam bahasa masing-masing.
Versi Malaysia lakonan Fattah Amin dan Janna Nick.Versi Thailand.
Penulis tertanya-tanya, apa telah jadi dengan pelakon Coffee Prince sejak tahun 2007? Cer tengok.
01
Gong Yoo (Choi Han-gyul)
Choi Han-gyul yang dimainkan oleh pelakon kacak. Goon Yoo ialah pengurus kedai kopi yang cuba untuk melawan kehendak keluarga. Walaupun keluarganya mengharapkan Han-gyul mewarisi perniagaan kopi mereka dan berkahwin dengan perempuan berstatus tinggi, dia menggunakan Eun-Chan yang diingatnya sebagai lelaki sebagai kekasih tipu.
Masih dengan potongan rambut yang seakan sama, Goong Yoo sudahpun berusia 42 tahun tetapi masih hot! Antara lakonan terbarunya yang menjadi hit ialah drama Goblin, filem Train To Busan dan terbaru menerusi cameo dalam drama tular Netflix, Squid Game.
02
Yoon Eun-hye (Eun-Chan)
Comel dan berbakat besar dalam lakonan! Eun Chan merupakan watak perempuan yang sedaya upaya menyembunyikan identitinya dan bertukar menjadi lelaki demi mendapatkan kerja di kedai kopi yang hanya mengambil pekerja lelaki.
Hebatnya penangan Eun Hye sebagai pelakon pada kali ini sehinggakan ramai remaja perempuan yang memotong rambut menjadi pendek.
Comel Eun-hye ni sebenarnya! Dengan wajah yang lebih feminin, satu perkara je yang tak berubah. Eun-hye masih kekal muda seperti dulu.
03
Lee Sun-gyun (Choi Han-Sung)
Serius penulis ingatkan watak Choi Han-Sung ini akan mendapat Eun-Chan pada akhir drama ini, sesuai kot!
Lee Sun Gyun memainkan watak produser muzik yang tertarik dengan karakter Eun-Chan. Pada masa yang sama dia masih sayangkan ex-girlfriend yang (wow) cantik. Apa yang membuatkan watak Han-Sung menarik adalah personalitinya yang laid back, nerdy dan rumahnya yang cantik.
Tiga tahun lalu, Sun-gyun pernah berlakon di dalam drama My Mister dengan wajah yang sedikit berlainan. Untuk watak serius ini, dia memotong rambut pendek dan membela misai. Pada tahun lalu, namanya kembali popular apabila tampil dalam filem yang memenangi kategori Filem Terbaik di Anugerah Oscars, Parasite. Sun-gyun memainkan peranan sebagai ayah dalam keluarga Park.
Sun-gyun berasa para pelakon Parasite semasa memenangi kategori Barisan Pelakon Filem Terbaik di acara Screen Actor Guild Awards.
04
Chae Jung-An (Han Yoo-Joo)
Jadi cantik pun, boyfriend pandang perempuan lain. Haihh..
Tapi pelakon Chae Jung-An memang nampak cantik menerusi drama Coffee Prince ini sehinggakan ramai penonton lelaki yang terpikat dengannya. Wataknya, Yoo-Joo merupakan cinta pertama Gong Yoo.
Memasuki tahun 2021, pelakon ini masih cantik seperti sedia ada. Seriously, apa yang dimakan oleh pelakon drama Korea eh? Semuanya semakin cantik bila berusia.
Jung-an juga muncul dalam drama berbentuk peguam, Suits (versi Korea) dan mempunyai penampilan yang lebih matang.
Rindunya dengan Coffee Prince! Agak-agak, macam mana pelakon drama popular seperti Squid Game akan kelihatan 10 tahun dari sekarang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan rock alternatif, Coldplay khabarnya bakal terlibat dalam pembikinan lagu baru kumpulan k-pop lelaki popular Korea Selatan, BTS.
Wah tak sabarnya…
Menerusi laman Twitter, British rock band ini telah memuatnaik teaser image untuk single mereka akan datang, My Universe yang bakal menampilkan BTS. Difahamkan, ia bakal dirilis pada 24 September ini.
Perkara ini turut disahkan sendiri oleh vokalis Coldplay, Chris Martin yang menyatakan bahawa beliau sangat menyukai BTS dan tidak akan pernah mengatakan tidak untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop tersebut.
My Universe juga akan tersedia sebagai two track CD single edisi terhad, dan cover didalamnya akan memuatkan lirik hasil karya oleh Coldplay dan BTS. .Dua lagu tersebut adalah My Universe versi original dan versi instrumental.
Sebelum-sebelum ini juga BTS kerap melakukan kolaborasi dengan penyanyi barat untuk memperluas jangkauan pendengar mereka. Ini 6 selebriti yang pernah berkerjasama dengan BTS.
1. The Chainsmokers
Foto Via Soompi
The Chainsmokers adalah duo EDM yang telah bekerjasama dengan BTS. Andrew Taggart dan Alex Pall berkolaborasi dengan BTS dalam lagu berjudul Best Of Me. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2018.
2. Halsey
Foto Via Pride
BTS dan Halsey bekerjasama untuk menyanyikan lagu utama di album Map of The Soul, berjudul Boy With Luv. Lagu kolaborasi BTS dengan Halsey pertama kali dirilis pada tahun 2019. Mereka dilaporkan saling mengenali sejak 2017 di Billboard Music Awards.
3. Steve Aoki
Foto Via Koreaboo
BTS bertemu Steve Aoki, seorang DJ dan producer dari Amerika Syarikat. Pertemuan BTS dengan Steve Aoki juga menghasilkan kolaborasi untuk menghasilkan karya baru.
Steve Aoki menghasilkan dua judul lagu dengan kerjasama BTS. Lagu dari kolaborasi Steve Aoki dan BTS berjudul Waste It On Me dan Mic Drop.
4. Troye Sivan
Foto Via Koreaboo
Troye Sivan juga termasuk dalam senarai penyanyi yang pernah bekerjasama dengan BTS. Troye Sivan adalah komposer dan penulis lirik untuk lagu BTS, Louder Than Bombs. Lagu Louder Than Bombs adalah lagu ke-10 dari album BTS: Map of the Soul 7.
5. Sia
Foto Via Capital FM
Bukan hanya Troye Sivan yang berkolaborasi dengan BTS di album BTS: Map Of The Soul 7. Penyanyi Chandelier juga berkolaborasi pada salah satu lagu di album tersebut, berjudul ON. Kerjasama Sia dengan BTS dianggap sebagai kolaborasi yang tidak dijangka dari peminat BTS. Sebabnya, tidak pernah ada interaksi antara Sia dan BTS sebelum ini. Walaupun begitu, peminat BTS masih teruja dengan lagu kolaborasi mereka.
6. Ed Sheeran
Foto Via DNA India
Ed Sheeran dan BTS pernah berkolaborasi dengan menuliskan lagu ‘Make It Right’ daripada album ‘Map of the Soul: Persona’ pada tahun 2019.
Pasti peminat sudah tidak sabar menantikan single terbaru kolaborasi BTS bersama Coldplay ini. Sama-sama kita nantikan 24 Setember nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.