Okay kali ini, kami merasakan netizen ada poin yang valid untuk dibahaskan.
Sempena perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu lalu, ramai dalam kalangan kita yang tak terlepas daripada memuat naik foto dan video masing-masing. Iyalah Aidiladha kan datang setahun sekali. Tentulah tak nak lepaskan peluang untuk post sesuatu di media sosial masing-masing.
Sama jugalah dengan selebriti Malaysia yang ‘sakan’ memuat naik pose dan video menarik. Namun dalam banyak-banyak yang dimuat naik itu, ada satu yang telah menarik perhatian ramai orang.
Ia ada video kompilasi yang mengumpulkan pelakon perempuan jelita negara seperti Fatin Afeefa, Betty Rahmad, Elvina Mohamad, Mawar Rashid, Bella Astillah, Ruhainies, Syamim Farid, Amyra Rosli dan Mawar Rashid.
Video yang dimuat naik oleh Bella Astillah di akaun Twitter miliknya itu menyaksikan mereka sekumpulan menarik tali pengikat telekung dari depan ke belakang. Ala, kalau masa Aidilfitri kita sibuk lakukan #DontRushChallenge, kali ini mereka lakukan Telekung Challenge pula.
Tidak ada apa pun yang salah mengenainya. Malah ramai yang memuji pemakaian para pelakon tersebut yang menghormati hari mulia dalam kalendar Islam.
Ads
Namun, yang tak enak didengari adalah apabila ada netizen mempertikaikan pemakaian solekan dan bulu mata palsu oleh beberapa selebriti dalam video tersebut.
Netizen kurang jelas apakah motif merek ‘gian’ memakai bulu mata palsu semasa dalam keadaan bertelekung?
Untuk pengetahuan, sebelum ini beberapa penceramah bebas pernah menyuarakan pendapat mereka mengenai item solekan seperti bulu mata palsu.
Antaranya termasuklah PU Azman yang pernah menyebut tentang hukum haram yang dijatuhkan ke atas bulu mata palsu kerana ia bersifat keterlaluan dan menukar fizikal si pemakai.
Namun, beliau berpendapat ia dibolehkan sekiranya dipakai di dalam rumah sebagai penghias diri untuk sang suami.
Ads
*
Setakat ini, video di akaun Bella Astillah itu telahpun mencecah 466,000 tontonan.
REMAJA merasakan video ini sebenarnya hanyalah untuk tontonan dan hiburan peminat.
Mungkin ada di antara mereka yang benar-benar dalam keadaan berwudhuk dan bertelekung. Manakala ada yang hanya menyarungkannya untuk tujuan merekod video. Wallahualam.
Apapun, ramai yang memuji kecantikan kulit wajah yang dimiliki oleh mereka terutamanya pelakon Amyra Rosli.
Ads
*
Ada benarnya kritikan yang diberikan oleh netizen.
Mereka khuatir sekiranya ada remaja di luar sana yang menganggap adalah okay untuk memakai solekan semasa mendirikan solat. Dalam hal ini, kita perlu bijak membezakan hiburan dan realiti okay guys.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di media sosial aksi dua remaja bergayut ala-ala Supermen di bonet sebuah kereta yang dilihat selamba bergerak di jalan raya di Johor. Lebih ‘ngeri’, kenderaan itu dilihat melanggar lampu isyarat yang nyata boleh membahayakan nyawa pemandu lain kalau bertembung.
Jika ramai tertanya-tanya kenapa dua remaja itu melakukan aksi ala Superman, ternyata jawapan dari bapanya (nama tidak dinyatakan) mengakui dia memenuhkan impian anaknya serta teman untuk bergayut di belakang kenderaan tersebut).
Pasti korang akan rasa marahkan kalau dengar jawapan begini tapi itulah kenyataan dikeluarkan oleh bapa kepada salah remaja yang juga pemandu kenderaan tersebut.
Baca kenyataan penuh dari Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu sepasukan Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor yang disiarkan di fb rasmi JPJ mengenai isu ditularkan.
Bertindak atas aduan awam, sepasukan Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor telah ke lokasi aduan serta rumah suspek. Sebaik tiba di rumah suspek didapati kenderaan yang diadu iaitu JLE882 berada didalam rumah suspek. Pasukan USR telah memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan serta kes yang tular di media sosial.
Hasil temu siasat, didapati suspek yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) telah mengaku pada waktu kejadian bertarikh 20/07/2019 jam 3.30 petang telah memandu kenderaannya di Jalan Persiaran Scientex Pasir Gudang dengan membawa 3 orang budak (2 situasi berbeza) duduk/bergayut di bonet belakang kenderaan.
OKS mengaku video dan gambar yang tular dimedia sosial adalah beliau dan memaklumkan salah seorang dari budak tersebut merupakan anak beliau dan 2 orang lagi merupakan anak jiran/kawan beliau. Pada waktu kejadian juga OKS mengaku tidak mematuhi isyarat lampu merah di Jalan tersebut.
Dimaklumkan tujuan OKS berbuat demikian kerana memenuhi permintaan anaknya yang mahu melakukan demikian. Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, didapati kenderaan itu merupakan yang Asal/Memuaskan dan didaftarkan atas nama orang lain (beli sambung bayar).
Saman JPJ (P)22 telah dikeluarkan atas kesalahan :-
1) Cuai Semasa Memandu
2) Gagal Patuhi Isyarat Lampu Merah
dan diserahkan kepada OKS. Untuk makluman pasukan PDRM dari IPD Sri Alam juga turut hadir pada waktu di siasat.
Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di dalam kalangan masyarakat. Pihak JPJ ingin menasihati dan mengingatkan mana-mana pemilik/pemandu kenderaan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Diharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biskut almond London pastinya antara kegemaran ramai setiap kali hari raya. Sudah banyak resipi di kongsikan di media sosial cara pembuatannya. Dengan buah badam sebiji yang dibakar sebelum dibalut adunan ia sudah cukup membangkitkan selera. Selepas siap dibakar kita perlu menyalutkan dengan coklat yang sudah dicairkan terlebih dahulu.
Malah selepas coklat mencair, kita akan mencelupkan kuih tersebut sebelum dimasuk ke dalam paper cup.
Cara lama membuatkan tangan kita akan comot kerana coklat akan melekat di tangan bila kita alihkan biskut yang telah dicelup ke dalam paper cup.
Biskut almond london sering dapat permintaan tinggi dari peminatnya
Perkongsian dari Zarra Ezani di Blog Masak Apa Hari Ini (MAHN) menggunakan bekas sos/ kicap untuk kerja topping biskut almond London nampak cukup mudah dan mendapat komen dari lebih 1.4 ribu komen dari pengguna yang berasa teknik tersebut sangat mudah.
Hanya perlu menuangnya ke atas biskut yang sudah disusun di dalam paper cup. Walau biskut tidak dibalut menyeluruh tapi ia sudah cukup menyelerakan tambah jika hanya ahli keluarga saja yang memakannya time PKPB ini.
Ya, yang pastinya tangan pun tak comot bila coklat yang sudah dicairkan ini dimasukkan ke dalam bekas di mana kita perlu menuangnya satu persatu.
Tonton video di bawah.
Just nak sharing Cara Sy topping coklat ntuk almond London.. tahun2 sblum ni Sy tuang coklat pki sudu ja.. lmbt n plg x best,comot abis paper cup n jari2 Sy..Tahun ni try piping guna botol sos.. xcited sbb cpt n plg best x comot lagi dahh..
Dengan arahan kuatkuasa ‘total lockdown’ yang dilakukan di seluruh negara, sudah tentu mencetuskan kerisauan di hati sebahagian rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kepada peniaga yang mungkin ‘kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Walaupun dibenarkan beroperasi, namun hasil jualan yang diterima tidaklah terlalu memberangsangkan, malah ada yang mengatakan nak balik modal pun susah ketika berniaga waktu pandemik ini.
Oleh yang demikian, pasangan suami isteri Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri mengambil peluang untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini dengan memuat naik hantaran di IG story bagi mempromosikan perniagaan mereka secara percuma.
Nina turut menjelaskan di laman Instagram sekiranya ada peniaga kecil, instashops, restoran dan sesiapa sahaja yang berniaga, kalau nak meminta bantuan untuk dia promosikan di IG story, bolehlah whatsapp gambar kepada nombor 019-3020060.
Katanya lagi, tidak perlu hantar barang atau hadiah, dia hanya perlukan details seperti link website supaya boleh melakukan ‘swipe up’.
Bagi peniaga kecil yang tidak ada khidmat penghantaran, mereka juga boleh register di @heyho.my dan buat masa sekarang, khidmat ini diberikan percuma oleh suaminya, Jovian Mandagie.
Sehingga kini, sebanyak 200 mesej yang telah masuk dan ada yang marah kerana tidak membalasnya. Nina menjelaskan pihaknya memang tidak akan membalas kerana tidak mahu menganggu giliran. Setiap hari, dia akan mengambil 20 hingga 30 perniagaan yang paling bawah dahulu untuk dimuat naik.
Sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu ramai peniaga yang terkesan dan kami doakan agar Nina dan suami dimurahkan rezeki. Diharap agar bantuan ini dapat meringankan beban peniaga dan semoga rezeki mereka sentiasa lancar dan dipermudahkan.
Pada individu yang masih berkemampuan, mungkin korang juga boleh memainkan peranan untuk menyokong perniagaan kecil mereka. Walau tak banyak mana, setidaknya dengan satu atau dua pembelian dapat membuka rezeki peniaga-peniaga ini. InsyaAllah!