Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sering menjadi bahan perbandingan dengan artis lain.

Penyanyi berusia 60 tahun itu, sebaliknya memilih untuk kekal berfikiran positif dan menganggap segala bentuk perbandingan sebagai satu pembakar semangat buat dirinya untuk memberikan persembahan terbaik kepada para peminat.

Tak Tertekan Jika Dibandingkan Dengan Artis Lain, Ella Kekal Positif Jelang Konsert Di SNBJ

“Tak ada tekanan, sebenarnya lebih memberi kita semangat untuk pergi lebih jauh.

“Jadi saya fikir benda itu kita ambil positif dan rasa macam lagi seronok dan semangat. Semua kawan-kawan pun bagi semangat,” katanya kepada Remaja ketika ditemui pada majlis makan tengah hari bersama Ella di Cili Kampung, Sunway Pyramid.

Mengulas mengenai persediaan mental berdepan kritikan serta perbandingan daripada netizen, pelantun lagu popular Retak itu enggan membuang tenaga dengan perkara yang tidak memberi manfaat.

Tak Tertekan Jika Dibandingkan Dengan Artis Lain, Ella Kekal Positif Jelang Konsert Di SNBJ

Ads

“Tapi kita semua tahu yang netizen memang suka buat macam itu (bandingkan). Biar sajalah.

“Jadi, saya rasa mereka dapat nilaikan. Kalau nak kena komen dan sebagainya, dia tetap akan berterusan sampai bila-bila, yang baik kita ambil, yang tak baik kita tak perlu tengok pun.

Ads

“Setakat ini pun saya tak ada apa-apa respons. Kalau rasa benda itu tak beri semangat, bagi manfaat jadi kita biarkan saja,” jelasnya.

Untuk rekod, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ini dan bakal menampilkan beberapa penyanyi sebagai tetamu jemputan, antaranya Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider serta kumpulan The Boys (Ella & The Boys).

Ads

Tak Tertekan Jika Dibandingkan Dengan Artis Lain, Ella Kekal Positif Jelang Konsert Di SNBJ

Lebih mengujakan, Ella turut memberi bayangan bakal ada kejutan dengan kemunculan beberapa lagi penyanyi dalam konsert solo berskala mega tersebut.

Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, tiket konsert berkenaan dilaporkan telah terjual sehingga 90 peratus sejak mula dibuka kepada umum pada 8 Disember lalu.

Tak Tertekan Jika Dibandingkan Dengan Artis Lain, Ella Kekal Positif Jelang Konsert Di SNBJ
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti
TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads