Nampaknya, peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 sudah pun habis dan mesti ada di antara korang yang sudah pun rancang nak buat aktiviti apa sementara menunggu keputusan SPM keluar, betul tak?
Dah alang-alang ada masa lapang, apa kata korang cuba isi masa lapang itu dengan aktiviti yang boleh menambah pendapatan dan pengalaman di masa akan datang. Sebagai contoh, mungkin korang boleh melakukan kerja part time dan jangan risau, kalau tak tahu nak kerja apa, REMAJA akan kongsi beberapa idea best untuk anda!
Pembantu Pentadbir
Bekerja sebagai pembantu pentadbir atau admin assistant ini bukan sahaja beri peluang untuk anda pelajari kemahiran penting dalam pentadbiran dan pengurusan syarikat. Walaupun mungkin ada tugasan seperti sediakan kopi, jawab telefon tetapi anda juga boleh belajar cara untuk menyedia dan menyusun fail serta dokumen penting syarikat dimana kemahiran ini mungkin berguna untuk dipraktikkan pada kerjaya korang pada masa akan datang selepas habis belajar di universiti nanti.
Ads
Pembantu Jualan
Industri runcit sentiasa mencari tenaga kerja sementara untuk membantu dalam operasi harian kedai. Jadi, waktu ini jugalah peluang terbaik korang untuk cuba bekerja di kedai serbaneka, kedai pakaian, kedai buku dan sebagainya. Selain ada waktu yang fleksibel (shift), anda juga berpeluang untuk tingkatkan kemahiran komunikasi dengan cara berinteraksi bersama pelanggan.
Ads
Tutor Tuisyen
Antara yang paling mudah nak buat! Dengan menjadi tutor tuisyen kepada pelajar sekolah rendah atau menengah, korang ada peluang untuk kongsi ilmu pengetahuan dan bantu pelajar junior korang tau! Selain itu, masa juga lebih fleksibel sebab jadual boleh ditetapkan sendiri antara korang dan pelajar. Gaji juga lebih lumayan sebab ia bergantung dengan jumlah jam, bilangan pelajar dan juga subjek yang diajar.
Ads
Pelayan
Untuk pengetahuan anda, industri makanan dan minuman (F&B) sentiasa memerlukan tenaga kerja sambilan, terutamanya semasa musim sibuk seperti cuti sekolah. Tidak kira sama ada korang pilih untuk bekerja sementara di restoran tempatan atau antarabangsa, ini merupakan peluang yang baik untuk mempelajari kerja pasukan, mengasah kemahiran pelanggan, dan memahami operasi harian dalam industri makanan.
Nah, jadi itu antara kerja part time yang patut korang cuba sebagai lepasan SPM. Sebenarnya tak perlu kerja yang susah pun, sekadar ambil pengalaman dan belajar kemahiran baru pun sudah cukup sebab nanti ia juga sedikit sebanyak membantu korang untuk lengkapkan resume bila nak mohon kerja lain di masa hadapan terutamanya untuk korang yang ada rancangan nak sambung belajar itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas pemain kebangsaan Perancis yang pernah mewakili negaranya di Piala Dunia 1998, David Trezeguet turut mengharapkan agar Lionel Messi mengetuai pasukan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022.
Dalam perlawanan akhir yang baru sahaja tamat sebentar tadi dengan kemenangan berpihak kepada Argentina 3-3 (jaringan penalti 4-2) menentang Perancis, jelas sentimen penyokong di seluruh dunia mengharapkan kemenangan berpihak kepada Argentina amat dirasai; termasuklah bagi Trezeguet sendiri.
David Trezeguet di Piala Dunia 1998.
Akuinya, beliau ingin melihat Lionel Messi menjulang trofi Piala Dunia 2022 di penghujung kerjaya profesionalnya sebagai pemain bola sepak kebangsaan Argentina.
“Saya orang Perancis, tetapi saya ingin Messi mengangkat trofi Piala Dunia kerana dia layak mendapatkannya sepanjang kerjayanya. Kita akan melihatnya, tapi pada hari ini (apa yang kita boleh lihat pada Messi dan pasukan Argentina) adalah sikap seorang pemimpin dan semangat pasukan yang mempunyai karakter,” katanya kepada Fox Sport.
Trezeguet yang berdarah Argentina dan membesar di Buenos aIRES tetapi merupakan warganegara Perancis mengakui hatinya ‘terbelah’ untuk menyatakan sokongan kepada salah satu pasukan, malam ini.
Trezeguet bersama Messi.
“Sukar untuk saya secara peribadi, secara emosi. Ia sesuatu yang saya tidak mahu (menyokong mana-mana pasukan) namun (perlawanan akhir ini) akan menjadi parti dan final terhebat. Ia adalah sesuatu yang kita semua harapkan kerana karakter, sejarah.. kedua-duanya adalah pasukan terbaik di Piala Dunia,” ulasnya lagi.
Tambah Trezeguet, Lionel Messi umpama insan yang membuatkan penyokong bola sepak bermimpi bahawa tiada apa yang mustahil di padang.
Sokongan Trezeguet terhadap Messi ini juga hadir daripada realiti kerjayanya menghampiri penghujung sedangkan pemain Perancis yang semakin meningkat naik, Kylian Mbappe mempunyai masa depan yang terbentang luas disebabkan usia mudanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Impian yang ada dalam diri tidak satu pun yang tidak sah. Semuanya boleh dicapai sekiranya kita berusaha. Begitulah juga dengan gadis keturunan bajau berusia 18 tahun yang berasal dari Filipina ini.
Rita Gaviola mula menjadi terkenal apabila wajahnya telah dirakam oleh jurugambar ketika dia sedang mengemis pada tahun 2016. Ibarat kisah dongeng, bidikan jurugambar yang dikenali sebagai Topher Quinto itu merubah nasib gadis ini.
Sejak tularnya gambar tersebut, kecantikan asli raut etnik wajahnya menjadi bualan ramai. Sehinggakan selepas itu dia telah dijemput untuk menjadi salah seorang peserta bagi rancangan realiti The Big Brother versi Filipina.
Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan itu namanya semakin mekar dan menjadi seorang pelakon dan juga pepengaruh media sosial dengan lebih 190 ribu pengikut.
Terbaru, dia menyatakan hasratnya untuk menyertai pertandingan Miss Universe Phillippines menerusi satu hantaran di Instagram yang berbunyi, “Kecantikan tidak sempurna, ia bahkan menyinari kekurangan anda. Miss ‘Universe’ tidak lama lagi.”
Rata-rata pengikutnya teruja dengan hantaran tersebut dengan menyifatkan dia memiliki kelebihan kerana latar belakangnya dan juga kecantikan asli yang dimiliki. Antara mereka ada yang menyuruhnya gadis ini mula berlatih dari sekarang.
Sedikit info mengenai gadis ini. Keluarganya berasal dari Zamboanga dan kemudiannya berhijrah untuk tinggal di Bandar Lucena, Quezon yang terletak di bahagian selatan Metro Manila.
Bapanya bekerja sebagai seorang pemungut sampah manakala ibunya merupakan seorang seorang suri rumah sepenuh masa. Jika tidak perlu ke sekolah dia selalu menolong ibunya dan juga mengemis untuk meraih sedikit wang.
Untungnya pelajar dari Malaysia apabila mereka kini ditawarkan dengan satu bentuk biasiswa tanpa had oleh Universiti Islam Madinah.
Berita gembira itu telahpun dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari ini dalam lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
Di sana, beliau telah bertemu dengan Presiden universiti itu iaitu Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud dan tawaran ini hadir hasil daripada pertemuan tersebut.
Universiti Islam Madinah.
Menariknya, universiti itu bukan saja menawarkan biasiswa dalam bidang agama dan syariah semata. Sebaliknya, ia juga menawarkan biasiswa untuk bidang seperti kejuruteraan sains dan lain-lain.
“InsyaAllah, saya ambil maklum perkara ini dan akan berbincang dengan pihak berkepentingan untuk hantar pelajar terbaik kita mendalami pelbagai ilmu di kota suci Munawwarah.
“Universiti ini telah melalui banyak fasa perubahan sehingga mampu meletakkannya dalam kelompok terbaik dunia.
“Ketika ini, universiti ini bukan saja menawarkan buku-buku terkini. Malah, sistem pendidikan yang maju mengikut peredaran teknologi terkini,” kata beliau yang juga merupakan alumni universiti tersebut, hari ini.
Tambah beliau lagi, pihak universiti juga berhasrat untuk mengadakan program pertukaran pelajar bersama universiti di Malaysia.
Untuk pengetahuan, di antara kelebihan biasiswa dari Universiti Islam Madinah ini adalah kemudahan elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan kepada pemilik biasiswa.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.