Foto: The Diagnosa

Pernah tak korang dengar tentang penyakit gegata, dimana kulit menjadi gatal dan mengeluarkan tanda kemerah-merahan?

Kalau terkena penyakit kulit ini, rasa gatal yang dialami memang bukan ‘biasa-biasa’.

Gegata atau urtikaria adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan, atau faktor lain seperti haba atau senaman.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24 hingga 48 jam dan tidak serius. Pesakit mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh meringankan gejala sehingga ruam hilang.

Ada beberapa jenis urtikaria yang dikenal pasti dapat dikelaskan sebagai akut dan kronik.

Urtikaria akut: Jika ia terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas 24 hingga 48 jam dan boleh berulang pada sebahagian orang.

Urtikaria kronik: Jika ia berterusan lebih lama daripada enam minggu (kronik bermakna berterusan dan berpanjangan)

IKLAN
Kenal Pasti Punca & Rawatan Gegata, Masalah Kulit Gatal Yang Menyiksa
Foto: Healthline

Apakah penyebab gegata akut?

Pencetus (trigger) menyebabkan sel-sel pada kulit melepaskan bahan kimia seperti histamin. Bahan kimia ini menyebabkan cecair keluar dari saluran darah kecil di bawah permukaan kulit. Kolam cecair ini membentuk ‘wheal’. Bahan kimia ini juga menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan kemerahan sekitar ‘wheal’. Tiada pencetus atau punca dapat diketahui dalam separuh daripada kes.

Sesetengah pencetus biasa termasuklah:

Alahan

  • Alahan makanan seperti alahan kepada kacang, strawberi, buah-buahan sitrus, telur, bahan tambahan makanan, rempah, coklat, atau kerang. Kadang-kadang anda boleh mendapat alahan kepada makanan walaupun anda telah makan makanan tersebut tanpa sebarang masalah banyak kali sebelum ini.
  • Alahan kepada gigitan serangga dan penyengat
  • Alahan kepada ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit,anti-radang, dan lain-lain.
Kenal Pasti Punca & Rawatan Gegata, Masalah Kulit Gatal Yang Menyiksa
Foto: FMT

Jangkitan virus

Jangkitan virus yang ringan seperti selesema boleh mencetuskan ruam urtikaria pada sesetengah orang (korang bertindak balas terhadap virus).

IKLAN

Sentuhan kulit

Sentuhan kulit dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh sensitiser termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.

Urtikaria fizikal

Urtikaria fizikal adalah keadaan di mana ruam setempat timbul apabila kulit dirangsang secara fizikal. Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil ‘Dermographism’.

IKLAN

Kadang-kadang ruam urtikaria boleh disebabkan oleh haba, kesejukan, emosi, senaman, atau cahaya matahari yang kuat.

Rawatan untuk gegata akut

Selalunya rawatan tidak diperlukan untuk ruam yang biasa berlaku dalam tempoh 24-48 jam. Tablet antihistamin boleh meringankan tanda gatal. Antihistamin menghalang tindakan histamine yang terlibat dalam menyebabkan urtikaria. Mereka kadang-kadang menyebabkan mengantuk tetapi mungkin berguna untuk mengambil sebelum tidur. Antihistamin moden kurang menyebabkan mengantuk.

Sesetengah orang bertindak balas kepada satu antihistamin lebih baik daripada yang lain. Jika salah satu antihistamin tidak membantu banyak, antihistamin yang berbeza mungkin lebih sesuai dan lebih baik. Korang dinasihatkan supaya mencuba antihistamin selama 1-2 minggu sebelum membuat keputusan ia membantu atau tidak.

Namun, sekiranya korang mempunyai urtikaria yang teruk khususnya ‘anaphylaxis’, korang akan dimasukkan ke hospital dan mungkin dirujuk kepada pakar.

Jadi, sekiranya berlaku perkara ini, tidak perlu panik dan ikut sahaja seperti yang telah dijelaskan oleh doktor ini okay?

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI