Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu
Meskipun gagal meraih sebarang piala di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37), penyanyi dan pelakon popular Naim Daniel berjaya mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai individu pertama yang menyanyi secara terbalik dalam persembahan langsung di Malaysia.
Persembahan Naim Daniel dalam keadaan terbalik dan tergantung selama tiga minit di pentas AJL yang lepas.
Penyanyi berusia 26 tahun itu meluahkan rasa kesyukurannya di akaun media sosial beliau malam semalam dan menganggap bahawa pengiktirafan itu sebagai satu pembukaan yang baik buat dirinya sempena bulan Ramadan tahun ini.
“Terima kasih diatas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal hingga ke hari ini.
Ads
“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni, dan ianya takkan berhenti disini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan.
“Saya hadiahkan kejayaan ini buat semua anak seni yang sentiasa berani dalam mencuba,” tuturnya menerusi kemas kini di laman Instagram beliau.
Pada AJL yang lepas, pelakon Project High Council itu menyanyikan lagu “Mainan” yang ditulis dan digubah sendiri oleh Arisz Abdul Rahman, Firdaus Rahmat, Omar K, dan Mas Dewangga, sambil digantung dari kabel yang melekat pada kaki dan badannya.
Ads
Persembahan yang digelar paling ‘gila’dan ‘berani mati’ oleh tuan badan itu sendiri ternyata membuahkan hasil. Bukan sahaja ianya diterima dan disukai oleh para peminat, pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) ini juga membuktikan bahawa kreativiti dalam berkarya adalah satu perkara yang penting dan dihargai.
Sijil pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) kepada penyanyi tersebut.
Namun ujar penyanyi muda itu, beliau berharap agar orang ramai tidak mengulangi aksi lagak ngeri yang dilakukannya ketika mempersembahkan lagunya di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lepas. Menurut beliau juga, sebelum persembahannya yang tular itu berlangsung, tahap pernafasannya dipantau rapi dan paramedik juga ditugaskan untuk berjaga-jaga bagi memastikan keselamatannya.
Sehingga kini, klip muzik video ‘Mainan’ telah meraih hampir 1.4 juta tontonan dan 23,000 tanda suka di laman akaun Youtube beliau. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru sahaja pada minggu lalu, REMAJA melaporkan mengenai insiden dua penari kumpulan Hong Kong popular, MIRROR yang cedera setelah skrin gergasi di pentas konsert jatuh ke atas mereka.
Hanya selang beberapa hari sahaja, satu lagi tragedi telah mengejutkan dunia hiburan antarabangsa.
Kali ini, ia membabitkan seorang petugas lelaki di tapak konsert ‘Summer Swag’ oleh penyanyi Korea Selatan, PSY yang berakhir pada Ahad lalu.
Sehari selepas konsert berakhir, petugas berusia dalam lingkungan 20-an dari Mongolia itu sedang sibuk mengemas dan membuka semula set pentas konsert di salah satu ‘menara’ set konsert dekat Stadium Gangneung, Korea.
Pada ketinggian 15 meter, dia dilaporkan terjatuh ketika sedang mengalihkan salah satu lampu yang digunakan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan, namun disahkan meninggal dunia setelah mengalami serangan jantung; menurut laporan portal Korea Joongang Daily.
Dalam pada itu, agensi P Nation yang mewakili PSY menyatakan rasa dukacita mereka di atas insiden yang berlaku ini. Kenyataan mereka pada 31 Julai lalu berbunyi, “Kami mengucapkan takziah kepada pekerja yang telah meninggal dunia setelah berlakunya satu insiden secara mengejut. Kami juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarganya.
“Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku lagi, dengan penuh rasa tanggungjawab,” catat P Nation.
Diharap, kejadian yang berlaku di konsert MIRROR dan PSY dijauhkan daripada konsert-konsert yang dijadualkan berlangsung di ibu negara sepanjang tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang pop popular, Taylor Swift mengukuhkan lagi khabar angin dirinya sedang bercinta dengan pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce selepas dilihat bersama ibu lelaki itu pada aksi Liga Bolasepak Nasional (NFL) baru-baru ini.
Penyanyi pop itu dilaporkan menghadiri perlawanan tuan rumah, Kansas City Chiefs menentang Chicago Bears dan berada di kawasan tempat duduk khas bersama ibu Travis Kelce, Donna.
Dia juga dirakam bersorak riang apabila ‘kekasihnya’ itu berjaya menangkap hantaran touchdown tiga ela daripada quarterback, Patrick Mahomes pada suku ketiga.
Terdahulu, ketua jurulatih, Andy Reid bergurau bahawa dia telah memperkenalkan pasangan itu.
“Saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini — saya yang mengaturkannya,” katanya kepada pemberita.
Sehingga kini, kedua-duanya yang berumur 33 tahun masih belum mengulas secara rasmi atau mengumumkan percintaan itu.
Sekadar info, penyanyi terkenal tersebut sedang berehat daripada jelajah dunia yang bermula pada Mac lalu dan akan bersambung semula pada November ini sehingga lewat tahun depan.
Sebuah dokumentari konsert, “Taylor Swift: The Eras Tour” turut dijadualkan untuk tayangan pada 13 Oktober ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada lima tahun lalu, kini selebriti Korea yang merupakan penyanyi, pelakon dan penari, Bi Rain sekali lagi bakal kembali ke sini untuk membuat persembahan sempena Betadia Night di Axiata Arena Bukit Jalil.
Difahamkan, konsert yang berlangsung pada 27 Ogos ini turut menampilkan dua penyanyi tempatan iaitu Andrew Tan dan Jess Lee yang bakal berkongsi pentas bersama selebriti popular Korea itu.
Andrew merupakan penyanyi Mandapop yang sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak tahun 2006 selepas memenangi pertandingan Astro Talent Quest di Malaysia dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.
Jess Lee pula memulakan karier menyanyi selepas menjadi juara dalam pertandingan nyanyian televisyen popular One Million Star musim ketujuh dan berjaya mengumpulkan markah tertinggi serta memecah rekod pada pusingan akhir.
Apa yang menariknya, Betadia Night adalah persempahan percuma yang memberi peluang kepada peminat menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket dalam talian secara percuma.
Bagaimana caranya? Korang perlu mendaftar secara oline dan untuk mendapatkan maklumat serta cara mendaftar, ikuti laman Facebook Betadia Malaysia
So guys, kalau korang peminat Rain jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket menonton persembahan selebriti Korea ini. Rebut tiket selagi masih ada!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!