Karya terbaharu lakonan bintang hebat tanah air, beto Kusyairy, Diana Danielle dan arahan Nik Amir Mustapha berjudul Imaginur kini menjadi fenomena di media sosial kerana dikatakan jalan cerita yang menyentuh hati dan menarik.
Menerusi platform Twitter, tidak sampai sejam menawarkan tiket percuma filem tersebut kepada pengguna bertuah, tawaran daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendapat sambutan hangat dan ‘licin’.
“Slot telah penuh! Hanya mereka yang berjaya akan dihubungi beserta dengan maklumat program. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai!,” ciapnya ringkas tanda penghargaan.
Menerusi ciapannya pada sejam yang lalu, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan menerusi Twitternya berkata, dia ingin belanja sebanyak 50 keping tiket wayang percuma kepada pengikutnya.
Ads
“Saya mahu belanja tengok wayang Imaginur pada hari Rabu (esok), pukul 9.15 malam, berdekatan kawasan Lembah Klang.
Ads
“Jom semua, kalau nak sertai mesej terus saya ‘Saya nak tengok Imaginur!’. Siapa cepat dia dapat, saya belanja 50 orang tiket percuma,” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Untuk pengetahuan korang, tarikh 4 Julai ini sangat penting buat peminat Stranger Things kerana musim ketiga drama itu keluar pada tarikh tersebut.
Antara sebab peminat excited sangat nak tonton musim ketiga ni sebab kena tunggu lebih setahun tau untuk tahu kesinambungan drama yang dikeluarkan di Netflix itu. Lagipun, di hujung musim kedua sebelum ini menunjukkan kesemua karakter bakal berdepan dengan raksasa yang lebih menyeramkan.
Dalam pada itu, Netflix Malaysia turut berkongsi video salah seorang pelakonnya yang membawakan watak Billy Hargrove iaitu Dacre Montgomery untuk mencuba slang Malaysia.
Boleh tahan hebat juga Dacre meneka slang-slang itu. Ada yang betul tapi ada juga yang salah.
Sementara itu, netizen juga kelihatan terhibur dengan video tersebut malah tidak kurang juga yang cuba meneka maksud-maksud slang Malaysia itu. Maklumlah, negara kita ini kan berbilang kaum.
Stranger Things masih mengekalkan karakter asal iaitu Elevan, Mike,Dustin, Will, Lucas, Max, Joyce, Bill, Nancy, Jonathan, Billy dan Steve Harrington di mana mereka bakal didatangi masalah yang lebih besar berbanding dengan dua musim sebelum ini.
Mampukah mereka semua menghadapinya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah padahnya jika terjebak dengan ‘najis’ dadah ini.
Kalau korang perasan, dua tiga hari ini viral dan tular di media sosial apabila sekumpulan orang masjid memandikan seorang remaja seperti mayat kerana disyaki mencuri tabung masjid.
Malah, remaja tersebut turut dikenakan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majisret semalam.
Isnin lalu, tular video memaparkan seorang remaja dimandikan seperti ‘jenazah’ selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid.
Namun, persoalan tentang kenapa remaja tersebut mencuri tabung tersebut terjawab apabila Polis menafikan dakwaan tindakan seorang remaja yang tular kerana mencuri dana tabung masjid untuk membeli ubat datuknya, sebaliknya adalah bagi kegunaan membeli dadah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri duit tabung untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.
Foto Via Kosmo
“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.
“Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya, berdasarkan pengakuan remaja terbabit, dia telah terjebak dalam penagihan dadah sejak kira-kira setahun. Sebelum ini, video remaja tersebut dihukum dengan mandikan seperti jenazah turut tular sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Penyalahgunaan dadah menjadi isu besar di Malaysia. Umum mengetahui kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: sinar harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kebanyakan media sosial memberikan “laluan” kepada kisah seorang lelaki bertindak diluar kewarasan apabila sanggup mengambil nyawa isteri dan anak kecilnya kerana desakan hidup.
Daripada laporan Sinar Harian, didapati dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari semalam, mangsa Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya Hans Mohd Thakif Amir ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di luar rumah teres didiami pasangan muda itu.
Tempat kejadian. Foto Via Sinar Harian
Malah, punca pemuda tersebut bertindak demikian dikatakan kerana mengalami tekanan dan desakan hidup. Pastinya membaca berita seperti ini membuatkan kita berasa kecewa dan sedih, apa lagi perasaan ahli keluarga yang berhadapan kejadian tersebut. Perasaan yang sama juga turut dirasai Ustazah Asma yang tampil meluahkan rasa, mendokan dan berkongsi amalan yang boleh dilakukan jika berhadapan kesempitan hidup di laman Facebooknya.
Malah, menurut pendakwah bebas ini ada beberapa doa dan amalan yang perlu diamalkan.
“Ada sebuah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW supaya ALLAH SWT hilangkan segala kesedihan yang kita alami, bebanan hutang, rasa gelisah, dan lain-lain.
“Diceritakan oleh Abu Sa’id al-Khudiri R.A satu hari Baginda SAW berkata kepada Abu Umamah yang sedang dalam kesedihan, “Mahukah aku ajarkan doa yang apabila kamu ucapkan maka Allah SWT akan menghilangkan kegundahanmu dan melunaskan hutangmu?” Dia berkata, “Ya wahai Rasulullah”.
“Maksudnya: Baginda bersabda, “Apabila kamu berada di pagi dan petang hari maka ucapkanlah, “Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan daripada orang lain.”
“Beliau (Abu Umamah R.A) berkata: “Maka aku pun melakukannya dan ternyata ALLAH SWT menghilangkan kegundahanku dan melunaskan hutangku.” (HR Abu Daud, hadis Hasan)
“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Hajar Nursyahirin, khususnya buat ibu ayah atas kehilangan anak dan cucu.
“Terus kuat dan bersabar, semoga arwah ditempatkan bersama orang soleh lalu dihimpunkan di dalam Syurga tanpa hisab.
“Semoga kita semua dikurniakan Husnul Khatimah saat menghadapi kematian nanti,” doanya.
Justeru, Ustazah Asma’ berkongsi doa yang boleh diamalkan agar diberi pengakhiran yang baik;
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”
Sama-sama kita ambil pengajaran dan ikhtibar dari apa yang telah berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
S. Sivasangari Juara Terbuka Australia 2026 selepas menewaskan Marina Stefanoni di final. Kejayaan ini menamatkan kemarau gelaran dan membanggakan Malaysia di pentas skuasy antarabangsa.