
Susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) sebagai inisiatif baru bagi memastikan subsidi petrol sampai terus kepada penerima yang layak. Warganegara Malaysia kini digalakkan untuk menggunakan MyKad secara langsung di pam minyak sebagai salah satu kaedah pengesahan.
Selain menggunakan MyKad, pengguna juga mempunyai pilihan untuk menebus subsidi melalui aplikasi mudah alih yang disediakan oleh syarikat minyak. Di mana pendekatan ini memberikan lebih banyak fleksibiliti dan pilihan mengikut keselesaan masing-masing.


Dalam pada itu, variasi mekanisme ini juga dilihat mampu mengurangkan kesesakan di stesen minyak hanya dengan proses pengesahan automatik, pengguna tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter hanya untuk menuntut subsidi.
Menerusi sebuah perkongsian video oleh usahawan terkenal, Shairan Huzani Husain yang lebih mesra dikenali sebagai Pakcik Shell baru-baru ini. Beliau sempat memaparkan cara mudah menebus subsidi melalui MyKad. Demonstrasi tersebut menunjukkan prosesnya ringkas, cepat dan tidak mengambil masa yang lama.
Berikut adalah langkah mudah yang boleh diikuti:
- Sentuhkan kad debit/kredit pada terminal untuk membuat pembayaran.
- Masukkan MyKad ke dalam slot mesin untuk pengesahan subsidi.
- Jika ada, sahkan kad mata ganjaran seperti BonusLink.
- Angkat nozel dan terus mengisi minyak seperti biasa.



Langkah ini bukan sahaja dilihat menjimatkan masa, malah memudahkan pengguna yang tidak mahu melalui proses tambahan di kaunter. Keseluruhan urusan dapat dilakukan hanya dengan beberapa sentuhan di mesin terminal yang sudah dinaik taraf perisiannya.
Berbanding cara lama yang pernah tular sebelum ini dan menyebabkan orang ramai menunggu lama, sistem ini jelas lebih efisien dan mesra pengguna. Ia juga menambah baik pengalaman pelanggan ketika mengisi minyak.
Intihanya, pelaksanaan BUDI95 dilihat sebagai langkah moden yang memanfaatkan teknologi untuk kepentingan rakyat. Ia bukan sahaja memudahkan urusan pengguna, malah memastikan pengurusan subsidi negara lebih teratur dan telus.
View this post on Instagram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!





















