Tak Perlu Risau Baki Cukup Atau Tidak, Waze Perkenal Semak Harga Anggaran Tol!

Share

Tidak dinafikan aplikasi waze sangat memudahkan urusan perjalanan ‘atas jalan raya’ sebab korang nak pergi mana pun, tak perlu pening kalau tak tahu jalan, tanya saja pada Mr. Waze semua boleh settle

.

Terbaru, aplikasi navigasi yang popular digunakan rakyat Malaysia iaitu Waze ini telah melancarkan ciri baharu bagi pengguna setia mereka.

 

Waze telah menambah data mengenai anggaran harga tol pada aplikasi mereka yang membantu pengguna mengurangkan masalah kebimbangan tentang bayaran tol yang dikenakan.

Dengan ciri tambahan ini, pengguna membuat carian arah perjalanan ke sesuatu destinasi turut akan melihat paparan harga anggaran tol yang terlibat untuk perjalanan berkaitan.

Harga anggaran tol yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada info yang dikongsi komuniti Waze. Menerusi ciri baharu ini, pemandu boleh membuat perancangan dengan lebih baik untuk memilih perjalanan yang diingini.

Pengguna kini boleh mengemaskini aplikasi Waze sekarang.

Baguskan, so tak ada alasan lagi untuk korang tak cukup kredit dalam kad touch n go!

Sumber: MalayMail

IKLAN