Tak Perlu Pergi Jauh, Tarikan Terbaharu Pantai Floria Kini Di Putrajaya

Share

Sebelum ini kebanyakan individu yang tinggal di kawasan Lembah Klang jika mereka ingin beriadah di kawasan pantai, rasanya semua akan ke Port Dickson atau ke kawasan Selangor seperti Sabak Bernam, Sekinchan atau pun Banting.

Namun begitu, kini korang tidak perlu lagi ke kawasan-kawasan itu untuk merasakan suasana pantai kerana pantai berpasir di Anjung Floria, Presint 4 atau dikenali sebagai ‘sandy beach

’ telah pun dibuka kepada pengunjung.

Lokasi pantai tersebut berkeluasan 600 meter persegi dengan kepanjangan kira-kira 100 meter boleh memuatkan kira-kira 150 orang dalam satu-satu masa serta menggunakan sepenuhnya air di tasik Putrajaya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ia berbeza dengan pantai buatan sedia ada di Presint 5 kerana di sana ialah kolam buatan yang penyelenggaraannya tinggi berbanding pantai berpasir di Anjung Floria ini menggunakan air tasik Putrajaya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bagi pengunjung yang ingin beriadah di kawasan pantai Putrajaya ini dinasihatkan untuk menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata. Sama-samalah kita menjaga persekitaran demi melahirkan generasi yang dipupuk dengan nilai-nilai murni.

Apa lagi guys, hujung minggu ini bolehlah ke Anjung Floria Putrajaya. Selamat berhibur!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN