Sebelum ini kebanyakan individu yang tinggal di kawasan Lembah Klang jika mereka ingin beriadah di kawasan pantai, rasanya semua akan ke Port Dickson atau ke kawasan Selangor seperti Sabak Bernam, Sekinchan atau pun Banting.
Namun begitu, kini korang tidak perlu lagi ke kawasan-kawasan itu untuk merasakan suasana pantai kerana pantai berpasir di Anjung Floria, Presint 4 atau dikenali sebagai ‘sandy beach’ telah pun dibuka kepada pengunjung.
Lokasi pantai tersebut berkeluasan 600 meter persegi dengan kepanjangan kira-kira 100 meter boleh memuatkan kira-kira 150 orang dalam satu-satu masa serta menggunakan sepenuhnya air di tasik Putrajaya.
Ia berbeza dengan pantai buatan sedia ada di Presint 5 kerana di sana ialah kolam buatan yang penyelenggaraannya tinggi berbanding pantai berpasir di Anjung Floria ini menggunakan air tasik Putrajaya.
Bagi pengunjung yang ingin beriadah di kawasan pantai Putrajaya ini dinasihatkan untuk menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata. Sama-samalah kita menjaga persekitaran demi melahirkan generasi yang dipupuk dengan nilai-nilai murni.
Ads
Apa lagi guys, hujung minggu ini bolehlah ke Anjung Floria Putrajaya. Selamat berhibur!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam-macam inisiatif perlu difikir bagi memastikan rakyat tidak ingkar perintah duduk rumah yang kebanyakkannya sedang dijalankan oleh hampir seluruh dunia.
Penduduk di wilayah Jawa Timur yang didapati ingkar arahan pematuhan penjarakan sosial bakal berdepan hukuman mengebumikan mayat mangsa koronavirus (Covid-19) atau membersihkan tempat awam.
Jawa Timur menyaksikan lonjakan jangkitan, menjadikannya kawasan kedua terburuk dilanda wabak di negara itu.
Di Tuban dan Sidoarjo, pentadbiran di kedua-dua daerah berkenaan giat mengendalikan pusat pemeriksaan untuk memantau pergerakan keluar masuk ke daerah itu.
Menurut ketua daerah Tuban, Fathul Huda seperti dilaporkan Arab News. Alternatif lain untuk sekatan sosial bagi individu yang melanggar penjarakan sosial berulang kali adalah menjadi sebahagian daripada pasukan yang mengebumikan mayat pesakit Covid-19.
Selain itu penjual dan pelanggan yang tidak memakai topeng muka di pasar pula akan diminta pulang.
Sidoarjo yang merupakan salah sebuah daerah yang mencatatkan jangkitan tertinggi virus di wilayah itu turut mengenakan peraturan sama.
Tuban dan Sidoarjo adalah sebahagian daripada bandar Surabaya di wilayah Jawa Timur yang mengenakan sekatan sosial berskala besar dan berpanjangan.
Sekatan itu dijangka tamat pada 8 Jun ini selepas ia dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak hujung April lalu.
Pergh, tak dapat bayanglah macam mana kena kebumikan mangsa Covid-19 sendiri. Seram!
Sampai begitu sekali pihak kerajaan perlu memikirkan jalan untuk menangani wabak COVID-19. Janganlah degil dan menyusahkan semua pihak. Beri kerjasama untuk sama-sama menghentikan penularan ini.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terdapat pelbagai bentuk permainan yang boleh menajamkan minda kita. Salah satu permainan paling popular adalah Sudoku.
Permainan yang beradal dari Jepun ini berasaskan logik dan bergantung pada memori jangka pendek. Bagi yang tidak pernah bermain, ia menggunakan kotak 9×9 di mana beberapa nombor petunjuk sudah tertera bagi membantu pemain.
Semua ini tercipta hasil kebijaksanaan sang pengasasnya iaitu lelaki Jepun bernama Maki Kaji.
Malang sekali, Maki Kaji dikhabarkan baru saja meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat kanser hempedu.
Memetik laporan The Guardian, Maki Kaji yang terkenal dengan gelaran Godfather of Sudoku dilaporkan berhenti daripada menjalankan tugas sebagai presiden syarikat Nikoli Co. Ltd pada Julai lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merudum.
Untuk pengetahuan, mendiang Maki yang pada asalnya merupakan pelajar yang tercicir daripada universiti memulakan kariernya di sebuah syarikat percetakan di Jepun sebelum mengorak satu langkah ke hadapan dengan mengasas sebuah majalah berbentuk puzzle.
Mengambil asas permainan puzzle sedia ada, Maki mendapat ilham untuk mengolahnya menjadi permainan baharu dan dari situ terciptalah Sudoku.
Permainan yang menguji ketangkasan minda ini mula popular di Jepun sejak zaman 1980-an dan seterusnya menjadi fenomena antarabangsa pada tahun 2005. Sama ada ia kini dimainkan dalam bentuk buku ataupun secara digital di aplikasi telefon pintar, kepuasan yang diperolehi setelah menyiapkan satu teka-teki berbentuk angka ini memang tidak boleh digambarkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang warga emas berusia 61 tahun sekali lagi meraih perhatian selepas membuktikan semangat menuntut ilmu tidak mengenal usia apabila beliau terus menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian.
Menurut Hamidan Yahaya, beliau merupakan bekas pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (rejimen 504 Askar Wataniah) dan keputusan untuk mengambil peperiksaan tersebut bukanlah didorong oleh keperluan kerjaya, sebaliknya minat mendalam terhadap pembelajaran serta keinginan untuk mencabar keupayaan diri.
Anak jati Kampung Bohor Tui, Kuala Perlis ini dilihat konsisten menduduki SPM sejak tahun 2022, sekaligus membuktikan bahawa proses pembelajaran tidak terhad kepada usia tertentu. Malah, usahanya turut menarik perhatian orang ramai sebagai contoh inspirasi dalam kalangan masyarakat.
Menariknya, sepanjang tempoh beberapa tahun itu, beliau mencatatkan pencapaian yang berubah mengikut tahap kesihatan dan persediaan. Antara keputusan yang pernah diperoleh termasuk A dalam Matematik pada 2022, diikuti B+ bagi subjek Sains pada 2023, selain C bagi Matematik pada 2024 serta B Matematik dan C+ Sains pada 2025.
“Saya seronok hendak mencuba, nak uji IQ (darjah kecerdasan otak) walaupun sudah berumur, saya rasa masih mampu belajar macam orang muda,” katanya.
Selain itu, bapa kepada lima orang anak dan datuk kepada tiga cucu ini memilih untuk belajar secara kendiri menggunakan buku rujukan. Bagi Hamidan, perubahan format soalan setiap tahun menjadikan pengalaman menduduki peperiksaan itu lebih mencabar dan menyeronokkan.
Walau bagaimanapun, perjalanan tersebut tidak terlepas daripada cabaran apabila beliau pernah terlibat dalam kemalangan kecil beberapa hari sebelum peperiksaan akibat keadaan jalan yang masih berlopak selepas banjir.
Hamidan Yahaya yang sebelum ini pernah mencuri perhatian selepas menduduki SPM sejak tahun 2022
Disebabkan insiden itu, Hamidan terjatuh ketika menunggang motosikal dan terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan kurang sihat, sekaligus memberi kesan terhadap keyakinannya terhadap prestasi yang mampu dicapai pada ketika itu.
Pada masa yang sama, pengalaman hidup sebagai anak yatim sejak Tingkatan Satu serta kesukaran untuk ke sekolah pada masa lalu menjadi pendorong utama untuk dirinya terus menuntut ilmu pada usia emas.
Intihanya, kisah Hamidan Yahaya membuktikan bahawa peluang pendidikan tidak wajar disia-siakan, malah boleh menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menghargai dan mengejar ilmu tanpa mengira batas usia.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!