
Pelakon kacak, Idris Khan, baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan kenyataan berani mengenai trend pemakaian kanta lekap berwarna. Menurutnya, gadis Melayu jauh lebih menawan apabila mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa perlu bergantung pada contact lenses berwarna.
Cantik Itu Bila Kekal Asli
Menerusi satu hantaran di Threads, Idris, 36, menjelaskan dia tidak berniat untuk menghakimi sesiapa, sebaliknya hanya berkongsi pemerhatiannya sebagai seorang lelaki.

“Sekadar berkongsi, jangan ada yang marah atau terasa. Tapi bagi saya, ada gadis Melayu yang sebenarnya kelihatan jauh lebih cantik dan menawan tanpa memakai contact lenses berwarna,” tulisnya.
Menurut aktor itu lagi, kecantikan sebenar terpancar bila seseorang yakin dengan wajah dan diri sendiri, bukan daripada aksesori kecantikan luaran semata-mata.
Pesanan Dari Hati
Idris turut menekankan bahawa dirinya bukanlah jenis yang suka menghakimi. “Anda semua tetap cantik walau bagaimana sekali pun, cuma saya rasa lebih indah bila kecantikan asli itu dipelihara,” ujarnya dengan ikhlas.
View this post on Instagram
Tambahnya, pandangan ini seharusnya diterima daripada sudut positif. Bagi Idris, setiap gadis mempunyai keunikan tersendiri yang lebih menawan jika dikekalkan seadanya.
Inspirasi Untuk Remaja
Buat pembaca remaja khususnya gadis muda, mesej Idris ini boleh dijadikan motivasi. Trend kecantikan memang berubah mengikut masa, tetapi keyakinan diri adalah sesuatu yang kekal. Senyuman asli, personaliti menarik dan aura positif adalah kecantikan sebenar yang tak mampu digantikan walau dengan warna mata biru, hijau atau kelabu.
Tak perlu jadi orang lain untuk kelihatan cantik. Jadi diri sendiri, kekalkan keaslian, kerana itulah yang menjadikan gadis Melayu sentiasa menawan di mata semua.
SUMBER : Threads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!









