Tak Perlu Ke Hong Kong, Petaling Street Ada Lokasi OOTD Baru

Share

 

Dah bosan asyik ke kompleks membeli-belah, menonton wayang di pawagam atau lepak di kafe sama di Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu?

 

Apa kata korang cuba pula untuk hang out di sebuah kawasan yang baru dibuka ini!

Instagram

Terletak di antara Lorong Panggung dan Petaling Street Kuala Lumpur, kawasan bernama Kwai Chai Hong ini adalah pilihan terbaru REMAJA jika korang ingin mengambil foto OOTD pada waktu hujung minggu.

Lihat sajalah foto sebelum dan selepas yang terjadi di sepanjang Lorong Panggung ini.

Ketara perbezaan yang berlaku selepas kerja transformasi dilakukan pada akhir tahun lepas.

Instagram

Di sepanjang lorong Kwai Chai Hong, terdapat beberapa mural yang dilukis pada dinding bangunan untuk mengimbas kembali budaya jalanan masyarakat berbangsa Cina sekitar era 60-an dahulu.

Sambil mengambil gambar di sudut mural, korang juga pasti ‘gatal’ tangan untuk membeli dan mengunyah ‘jajan’ lagenda yang popular sekitar 80-an dan 90-an. Iyalah, bukan senang nak dapat snek seperti itudi kedai sekarang.

Instagram

Sedikit sebanyak, pengunjung boleh membandingkan lorong Kwai Chai Hong ini dengan suasana lorong berseni di Jonker Street Melaka, di Ipoh Perak dan di Pulau Pinang.

Ada juga yang menyamakannya dengan beberapa lorong bersejarah di Hong Kong. Di sana, mereka turut menjaga baik suasana era lama negara tersebut untuk tontonan dan pengalaman pengunjung terutamanya pelancong asing.

Instagram

 Cumanya, ia hanya dibuka kepada pengunjung dari jam 9 pagi hingga 6 petang saja setiap hari, memandangkan pihak pengurusan ingin betul-betul memelihara lorong yang telah diubah suai ini.

Why not kita jumpa di sana pada hujung minggu ini.

Masuk adalah percuma. Jika ke sana dengan menaiki pengangkutan awam, lorong Kwai Chai Hong hanya terletak 5 minit dari Stesen LRT Pasar Seni dengan berjalan kaki.

Jika korang turun di Stesen Monorail Maharajalela pula, ia hanyalah terletak 10 minit berjalan dari sana.

IKLAN