Kerajaan menegaskan bahawa tak perlu hukuman mati untuk pemandu mabuk diperkenalkan ketika ini, walaupun tekanan daripada masyarakat semakin meningkat susulan beberapa kes kemalangan maut yang mengundang perhatian ramai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pendirian tersebut selari dengan langkah kerajaan sebelum ini yang telah memansuhkan hukuman mati mandatori bagi beberapa kesalahan berat.

Menurut beliau, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani kes serius melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, termasuk kemungkinan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika terdapat bukti kukuh.

“Setakat ini, kerajaan sudah menghentikan hukuman mati mandatori. Jadi, perkara ini bukan dalam pertimbangan kami,” katanya selepas menghadiri program keselamatan jalan raya di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT).

Desakan ini timbul selepas beberapa insiden tragis, termasuk kejadian pada 29 Mac lalu di Klang yang meragut nyawa seorang penghantar makanan, Amirul Hafiz Omar, selepas terlibat dalam kemalangan dengan pemandu disyaki mabuk.

Tak Perlu Hukuman Mati, Kerajaan Tegas Kekal Pendirian Kes Pemandu Mabuk

Kejadian seumpama ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan orang ramai, malah menimbulkan persoalan sama ada hukuman sedia ada cukup memberi pengajaran dan keadilan kepada mangsa serta keluarga mereka.

Ads

Pampasan Kepada Mangsa Lebih Diutamakan

Walau bagaimanapun, kerajaan menegaskan bahawa pendekatan ini adalah lebih seimbang dengan memberi keutamaan kepada kebajikan keluarga mangsa.

Menurut Anthony, antara cadangan pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) adalah untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pesalah membayar pampasan terus kepada keluarga mangsa selepas disabitkan kesalahan.

Langkah ini dilihat mampu meringankan beban keluarga mangsa tanpa perlu melalui proses saman sivil yang panjang, rumit dan melibatkan kos tinggi.

“Jika didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda, pesalah juga bertanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga mangsa,” jelasnya.

Ads

Cadangan tersebut kini sedang diperhalusi bersama Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen Jun ini.

Undang-Undang Sedia Ada Masih Kukuh

Ketika ini, di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah yang menyebabkan kematian ketika memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000.

Bagi kesalahan berulang, hukuman lebih berat boleh dikenakan, menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada masih relevan dan berkesan tanpa perlu memperkenalkan tak perlu hukuman mati sebagai langkah baharu.

Ads

Dalam situasi tertentu, pesalah juga boleh didakwa atas pertuduhan membunuh, sekali gus memberi ruang kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman lebih berat bergantung kepada fakta kes.

Selain memperketatkan undang-undang, kerajaan turut menekankan kepentingan kesedaran awam dan penguatkuasaan berterusan bagi mengurangkan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Perbincangan mengenai isu ini dijangka akan terus berlanjutan, namun kerajaan kekal dengan pendirian bahawa pendekatan yang lebih menyeluruh dan praktikal adalah lebih berkesan berbanding memperkenalkan hukuman mati.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads