Pasangan pempengaruh, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid dan Marissa Dania Hakim kini sah bukan lagi suami isteri selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan perkara tersebut hari ini.
Menerusi laporan media tempatan, keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Nadia Khamis menerusi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang berlangsung di mahkamah berkenaan.
Ketika ditemui selepas prosiding, Aslam, 27, menyifatkan segala keputusan yang dibuat mahkamah sepanjang perbicaraan yang dilalui sebagai ketentuan terbaik buat semua pihak.
“Saya harap orang ramai tidak lagi berkata apa-apa selepas ini terutama yang buruk dan negatif (tentang perpisahan mereka). Kadang-kadang perkara ini pun membabitkan isteri (pertama) saya, Umisya Mazlan dan anak-anak juga.
“Jadi, kali ini saya dan Marissa juga. Alhamdulillah Allah sudah beri keputusan yang insya-Allah terbaik untuk kita berdua dan saya minta tiada lagi perkara negatif yang timbul,” katanya.
Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu enggan mengulas lanjut mengenai jumlah talak yang dijatuhkan terhadap Marissa.
Ads
“Tidak apalah, itu (jumlah talak) saya tak boleh nak ulas lebih lanjut dan tidak perlu. Apapun, insya-Allah saya doakan yang terbaik buat Marissa.
“Semoga apa yang sudah berlaku ini menjadi pengajaran buat kita berdua dan untuk semua orang yang tengok. Itu sahaja dan saya tidak ada apa-apa nak komen lagi, terima kasih,” katanya.
Ads
Untuk rekod, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi tujuan pengesahan pernikahan mereka yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Perkahwinan tersebut menjadi perhatian ramai apabila difahamkan Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan. Malah, perkahwinan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga Marissa termasuk ibu bapanya, pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.
Ads
Dalam perkembangan berkaitan, Aslam yang diwakili peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri dilaporkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk terhadap Marissa pada awal Mac lalu.
Sebelum ini, Muhammad Ammar dilaporkan berkata anak guamnya pernah melafazkan dua kali lafaz cerai dan rujuk kepada Marissa pada September 2024 sebelum kembali rujuk pada bulan yang sama.
Aslam juga difahamkan pernah melafazkan cerai kali kedua terhadap Marissa pada April tahun lalu sebelum mereka kembali rujuk semulaj.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laporan The Hollywood Reporter semalam menggambarkan bahawa Warner Bros bakal membawa kembali filem Charlie & The Cholocate Factory baharu ke pawagam.
Namun, ia adalah dalam format prekuel di mana kisahnya berlaku sebelum filem pertama yang dilancarkan 15 tahun lalu.
Prekuel berjudul Wonka ini mengisahkan kisah awal Willy Wonka semasa zaman kanak-kanaknya dan pengalaman hidup yang dilalui sebelum membuka kilang coklat terkenal di dunia.
Meskipun masih belum ada pengesahan mengenai siapa yang akan memainkan watak Wonka semasa muda, ura-ura pantas meletakkan nama pelakon Spiderman, Tom Holland dan pelakon kacak serta berbakat, Timothee Chalamat sebagai pilihan utama.
Dari Kiri: Johnny Depp, Tom Holland & Timothee Chamalet.
Sebelum ini, ada juga nama popular lain yang dikatakan bakal memainkan watak Wonka seperti Ryan Gosling (La La Land) dan Ezra Miller (The Fantastic Beast). Namun kami rasakan Tom (24) atau Timothee (25) adalah pilihan yang lebih tepat memandangkan mereka mempunyai kelebihan usia dan pakej yang lebih muda.
Walaupun filem arahan bekas penerbit filem Harry potter iaitu David Heyman ini telah lama dinanti-nantikan oleh peminat Charlie & The Chocolate Factory (come on, setiap tahun pasti ada seseorang yang akan memakai kostum Willy Wonka semasa musim Holloween), ia sebenarnya telah dirancang lebih empat tahun lalu.
‘Wonka’ dijangka menemui pawagam pada 17 Mac 2023.
Jadi korang masih ada 2 tahun untuk memakai kostum Willy tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga daripada ahli kumpulan k-pop yang mempunyai pengaruh besar seluruh dunia, BTS telah pun mengeluarkan koleksi merchandise rekaan mereka sendiri. Pada minggu lalu, Jin dan RM melancarkan koleksi set pajama, wind chime dan juga joggers.
Terbaharu, V melancarkan tas tangan boston mute berwarna coklat dan hari ini giliran Suga pula dengan Guitar Pick Necklace serta Black Note dan Cover set.
Apa yang menariknya, kedua-dua koleksi daripada selebriti ini telah habis dijual dalam masa hanya 1 saat. Difahamkan, ia telah habis dijual sebelum dimuat naik oleh akaun media sosial HYBE. Wow! Memang laku keras.
Tanda pagar SOLD OUT menjadi trending di twitter dan rata-ratanya mengeluh kerana merchandise yang dijual habis dijual dalam masa yang terlalu singkat.
Dengan peminat yang ramai di seluruh dunia, tidak hairanlah sekiranya apa sahaja yang dilancarkan oleh mereka berjaya mendapat perhatian ramai.
Syoknya jadi orang popular, jual apa pun laku ya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa sangka gadis kecil molek ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tercalon dalam senarai 100 Wanita Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021) oleh TC Candler.
Menerusi laman Instagram @tccandler, Tabby telah dicalonkan sebagai salah seorang Faces of 2021. Peminat Tabby boleh memberikan like dan komen sebagai tanda sokong di hantaran tersebut.
Setakat ini, gambar Tabby telah menerima lebih daripada 2,000 komen dan hampir 26 ribu like.
Remaja berusia 21 tahun ini sendiri tidak menyangka bahawa dirinya tercalon, namun mengakui pencalonan ini sedikit sebanyak menjadi pembakar semangatnya.
Katanya menerusi Astro Gempak, dia hanya seperti orang lain, tetapi tetap bersyukur tersenarai dalam pencalonan tersebut walaupun baginya masih ramai lagi wanita cantik di luar sana yang lebih layak.
“Saya sangat bersyukur kerana mendapat nominasi yang besar daripada TC Candler, saya betul-betul terkejut ketika mula-mula tahu mengenai perkara ini. Susah untuk saya percaya perkara ini kerana artis-artis lain semuanya hebat,”
“Bagi saya, seorang yang cantik memiliki hati yang murni dan personaliti menarik, sesiapa sahaja boleh jadi cantik. Ia bermula daripada diri sendiri.. Sayangi diri dan keyakinan itu perkara utama, kemudian barulah paras rupa,” jelas Tabby.
Tabby turut bersaing bersama ahli kumpulan Blackpink, Rose dan Jennie serta selebriti-selebriti Hollywood seperti Emma Watson dan Natalie Portman.