
Jika sebelum ini ramai yang tergila-gilakan minuman bubble tea, sampai ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman viral tersebut.
Kini, salah sebuah antara jenama bubble tea terkenal, The Alley telah pun melancarkan minuman tersebut dalam botol besar bersaiz 5 liter. Dijual dengan harga RM79 sebotol, korang juga berpeluang untuk menyertai cahabaran yang dianjurkan oleh mereka dan sebagai ganjaran, korang bakal memenangi 5 liter lagi minuman bubble tea favorite korang.
Siapa peminat bubble tea mesti excited kan?
Cabaran pertama yang korang kena hadapi ialah tongue twister, baca ayat berbelit yang terdapat dimana-mana store mereka, dan dapatkan diskaun sebanyak 12% untuk minuman 5 liter tersebut.




Seterusnya, kongsikan gambar korang bersama minuman 5 liter itu di media sosial dan pemenang akan diberi hadiah berupa minuman 5 liter dengan percuma.
Lepas ni korang tak perlu lagi nak beratur panjang hari-hari sebab nak dapatkan bubble tea. Beli saja botol 5 liter tu buat stok untuk seminggu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anzalna & Suami Bersedih Dengan Pemergian Adik Luth, Tidak Sempat Terima Rawatan Luar Negara

Pemergian kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM), Mas Muhammad Luth Muhammad Arif pada jam 12.14 tengah hari tadi telah ditangisi oleh orang ramai yang berharap agar dirinya sihat dan dapat dirawat di luar negara.
Berita pemergian Luth, 5 dikongsikan oleh keluarga kanak-kanak berkenaan di Instagram.
“Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, dukacita kami ingin maklumkan bahawa Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff sudah kembali ke rahmatullah jam 12.14 tengah hari di Subang Jaya Medical Centre.
“Kami sekeluarga menerima takdir ini dengan reda dan mohon semua mendoakan roh Allahyarham Luth ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikasihi Allah SWT,” catatnya.

Dalam pada itu, pelakon jelita Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki turut bersedih serta bersimpati dengan berita tersebut.
“Turut berdukacita namun Allah SWT lebih tahun yang terbaik. Ya Rabb, permudahkan jangan Kau sulitkan buat kami semua. Amin ya Rabb,” kongsi Hanif di bahagian Instagram Story sebelum ia dikongsikan pula oleh Anzalna.
Terdahulu pada minggu lepas, Anzalna mengakui terkesan dengan kisah penderitaan yang dilalui oleh Luth yang mengidap penyakit tumor di kepala yang paling jarang dijumpai dalam dunia.
Biarpun sudah menjalani pembedahan bagi membuang bahagian agresif itu pada 31 Januari lepas, malangnya keputusan ujian MRI yang diterima selepas menjalani rawatan susulan seperti radioterapi dan kemoterapi kurang memberangsangkan.

Memetik laporan temubualnya dengan BH Online, Anzalna sudahpun mengenali Luth sejak kecil lagi memandangkan ibu Luth, Hazirah merupakan kenalan rapatnya yang bergelar ibu tunggal kepada tiga cahaya mata.
Lantas, Anzalna dan suami cuba mengusahakan pengumpulan dana bagi membawa Luth mendapatkan rawatan doktor pakar di United Kingdom yang merupakan satu-satunya institut perubatan di dunia yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit tersebut. Apatah pula, Hazirah sendiri sudah mengeluarkan kesemua simpanan yang ada bagi tujuan rawatan.
“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit berkenaan jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberi rawatan,” ujarnya.
Sebagai info, kira-kira hanya 10 peratus sahaja pesakit ‘high grade glioma’ mampu bertahan dan peluang untuk hidup pula hanyalah maksimum selama setahun sekiranya tidak mendapat rawatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas ‘Tersasul’ Sebut 500 Negara, Video 15 Negeri Pula Tular

*facepalm*
Okay jujurnya, tidak semua di kalangan kita telah menguasai ilmu pengetahuan geografi secara terperinci.
Cuba korang teka di apakah nama ibu negara Colombia? Bagaimana pula dengan kedudukan Estonia, adakah negara itu terletak di benua Afrika, Eropah ataupun Asia?
Ada kan yang teragak-agak untuk menjawabnya .*Okay me too*
Jadi sekiranya ada di kalangan Menteri Malaysia yang kurang berpengalaman menjawab soalan berkaitan geografi, kita tidaklah boleh 100 peratus menghentam beliau.
Semalam Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba muncul di carta tertinggi trend yang diperkatakan netizen apabila beliau ‘tersasul’ menyebut 500 buah negara yang terdapat di dalam dunia.
Ia terjadi sewaktu beliau sedang berdiskusi bersama presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerus panggilan video dan jelas, ia merupakan kesilapan yang pantas dipetik oleh rakyat.
Tidak gaiss, dunia MASIH memiliki 195 buah negara saja ya. Dan Datuk Seri juga telah menjelaskan semalam bahawa beliau telah tersalah sebut 500 orang peserta sebagai 500 buah negara.
Case closed? Not so fast minister mister.
Belum reda dengan isu video 500 negara, sekali lagi Datuk Seri Dr Adham Baba melakukan kesilapan sewaktu sidang media melibatkan Kementerian Kesihatan.
Menerusi video yang kini tular di media sosial, beliau menyebut 15 negeri di Malaysia, sedangkan Malaysia hanya memiliki 14 buah negeri termasuk wilayah persekutuan.
Tahukah anda sebelum dunia berpecah kepada 500 negara, Malaysia juga mempunyai 15 buah negeri.
Marang agaknya satu lagi. pic.twitter.com/Lj41GLDgQm
— MuktamarLagaCawan (@LagaCawan) April 19, 2020
Netizen bertalu-talu memberikan pendapat masing-masing. (Kami terpaksa tapis dahulu kerana kebanyakannya memang tidak mempunyai belas kasihan, err..)
@aliamelorr berkata dia selalu tertanya-tanya mengapa hanya Ketua Pengarah Kesihatan negara, Dr Noor Hisham Abdullah sahaja yang muncul di kaca televisyen untuk sidang media, namun kini dia memahaminya.
@haiehadid pula bersyukur generasi Y selalu menonton rancangan Joe Jambul semasa kecil, jadi pengetahuan geografi sebahagian rakyat Malaysia masih baik.
Takpelah gaiss, mungkin ia merupakan kesilapan innocent sekali lagi. Harapnya selepas ini, teks ucapan beliau akan diteliti dengan lebih cermat sebelum majlis berlangsung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vaksin Pertama COVID-19 Telah Tiba & Disimpan Di 16 Lokasi Seluruh Negara

Hari yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Malaysia telah pun tiba, vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah pun selamat tiba di KLIA seawal jam 10 pagi tadi. Perjalanan vaksin ini dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.
Vaksin ini dilaporkan berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Menurut KKM, Malaysia akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaanpada 24 Februari 2021 (Rabu ini). Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan.

Terdapat tiga peringkat Program Imunisasi, iaitu;
Fasa 1 (Februari-April 2021): Petugas barisan hadapan
Fasa 2 (April-Ogos 2021): Warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi
Fasa 3: Mei 2021-Februari 2022): Penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin juga menjelaskan bahawa kumpulan vaksin berkenaan akan dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan vaksin di seluruh negara melalui kenderaan darat.

Namun begitu, beliau tidak boleh mendedahkan 16 lokasi itu yang membabitkan Johor, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.
Penghantaran kumpulan kedua vaksin berkenaan pula akan diterima pada 26 Februari ini dan penghantaran seterusnya setiap dua minggu sehingga menerima jumlah keseluruhan tempahan daripada Pfizer dan tidak termasuk vaksin lain.
Marilah kita sama-sama berdoa agar program imunisasi yang dijalankan ini berjaya dan dapat mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19.
Sumber: KKM, Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

