
Hubungan rapat antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah akhirnya mendapat jawapan terus daripada empunya badan.
Menerusi satu temu bual, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak menafikan kehadiran Bella dalam hidupnya telah membawa kebahagiaan dan kegembiraan.
Walaupun terbuka berkongsi soal perasaan, Syed Saddiq lebih selesa sekiranya hal jodoh dan masa depan bersama dibincangkan secara tertutup antara dua keluarga.
“Tentang cerita-cerita lain, apa yang berlaku, bila itu saya cuma mohon doa yang baik-baik sahaja kerana saya bukan manusia yang sempurna, banyak perlu saya belajar tapi memang saya nak mengikuti apa yang ibu dan ayah saya ada.
“Bahagia tapi perancangan pada masa yang akan datang apabila melibatkan dua buah keluarga, perkara sebegini biarlah dibincangkan secara tertutup.
“Apa yang saya boleh minta adalah doa sahaja supaya semua berjalan dengan baik,” ujarnya.
Syed Saddiq juga mengakui pernah memikirkan tentang soal mendirikan rumah tangga. Bahkan, itulah sebab beliau menolak cadangan untuk menjadi presiden parti demi memberi ruang kepada kehidupan peribadi dan keluarga.
“Tipulah kalau saya kata tak fikir tentang nak bina rumah tangga sendiri. Sebab itu contohnya baru-baru ini apabila parti saya mencadangkan saya untuk menjadi presiden dan saya kata berikan sedikit ruang dan masa kerana saya pun nak ambil masa sedikit untuk diri saya, keluarga, yang bila saya dilanda kontroversi, mereka juga terpalit sama
,” tambahnya lagi.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.