Pengorbanan masa dan tenaga penyanyi Bunga Isme demi menuntut ilmu akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini.
Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari (24) mengakui jadual ketat sebagai artis dan belajar hampir membuatkan dirinya putus asa untuk tamatkan pengajian. Lebih lagi, dia perlu berulang alik dari Damansara, Selangor ke tempat pengajiannya di UiTM Seremban, Negeri Sembilan.
“Banyak kali saya rasa nak putus asa ketika itu ada beberapa subjek saya gagal dan sangat kecewa. Mungkin saya terlalu fokus kepada muzik sehingga tertinggal dalam pelajaran”
“Jadi saya ambil keputusan untuk ketepikan muzik dalam masa setahun.Tapi saya rasa ia satu keputusan yang bagus kerana akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya,” katanya.
Ads
“Selain itu, setiap kali ada kelas saya akan berulang alik dari Damansara Damai ke Seremban. Perjalanan ke sana mengambil masa dua jam dan saya perlu bangun seawal 5 pagi, jadi bagi saya masa dan perjalanan menjadi cabaran saya sepanjang menjadi pelajar” ujarnya.
Dalam pada itu, Bunga Isme juga turut menjadikan kata-kata nasihat pempengaruh terkenal, Khairul Aming sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam pelajaran.
Katanya, seseorang itu juga harus mengetahui niatnya dalam menyambung pelajaran agar apa yang dipelajari dapat diamalkan dan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Ads
“Saya sangat menyokong kepada rakan-rakan artis kalau hendak sambung belajar dan umur itu bukan penentu. Kita boleh belajar sampai ke tua. Kita kena tahu apakah cara dan visi. Kalau semata-mata hendak sijil sahaja susah juga, sebab kita tidak akan mengamalkan perkara yang pelajari,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Bunga mengakui amat teruja menerima skrol tersebut kerana telah lama menantikan momen terindah untuk meraikan konvokesyen bersama rakan-rakannya.
Sekadar info, pelantun lagu ‘Buai’ dan ‘Intan Payung’ itu menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) di Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100 pada Sidang ke 19 di UiTM Shah Alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Zul Ariffin baru-baru ini memohon maaf kepada orang ramai berikutan kontroversi sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang merokok sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga media sosial.
Menurut Zul atau pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin (40), beliau tidak berniat untuk mempromosi apatah lagi mengajak khalayak ramai melakukan tabiat tidak sihat itu serta mengakui perbuatan tersebut sememangnya tidak wajar dicontohi.
Zul ketika ditemui pihak media selepas majlis tayangan perdana filem ‘The Furious: Pertaruhan Maruah’ di Kuala Lumpur berkata, beliau menerima setiap teguran yang disampaikan secara baik malah menganggap perkara tersebut sebagai satu pengajaran buat dirinya.
“Saya nak ambil kesempatan untuk mohon maaf kepada semua yang tegur saya secara baik mengenai tabiat buruk itu sepanjang saya menggunakan media sosial. Kepada pihak KKM juga saya mohon maaf atas kandungan tersebut dan saya berjanji perkara sama tidak akan berulang lagi,” katanya.
Pada masa yang sama, pelakon filem ‘Tarung: Unforgiven’ tersebut bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada individu yang menurutnya sengaja menunggang isu dan meninggalkan komen melampau di media sosial. Jelasnya, setiap komen negatif yang dilemparkan sebenarnya lebih menggambarkan peribadi individu tersebut dan bukannya dirinya.
“Apa yang berlaku ketika itu hanyalah satu tabiat buruk yang saya sendiri tidak pernah berniat untuk menggalakkan atau mempromosikannya kepada orang ramai. Ketika itu saya cuma duduk menikmati angin, minum kopi dan secara spontan minta dirakam kerana suasana sangat cantik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Zul mencuri perhatian selepas memuat naik video memaparkan dirinya sedang merokok menerima pelbagai reaksi warga media sosial termasuk komen daripada akaun tular Public Health Malaysia (PHM) yang mengucapkan tahniah kepada pelakon itu kerana sudah mempromosikan tabiat berkenaan kepada umum.
Untuk perkembangan terkini, Zul Ariffin bakal tampil dalam filem ‘The Furious: Pertaruhan Maruah’ yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Mei ini. Antara barisan pelakon yang turut membintangi filem tersebut termasuk Sky Iskandar, Ikmal Amry, Marisa Yasmin dan Zamarul Hisham.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis luar negara mendapat sambutan yang baik di negara kita kerana rentak iramanya yang menghiburkan. Namun, mungkin kebanyakan daripada masyarakat kita terlepas pandang tentang pengisian lirik yang disampaikan.
Lagu-lagu antarabangsa kadang-kala membawa unsur yang tidak baik seperti mempunyai perkataan lucah dan sebagainya. Jadi, tugas kita sebagai orang dewasa perlu memastikan sama ada lagu-lagu yang didengari itu mempunyai maksud yang baik atau tidak kerana ia juga turut menjadi ikutan kanak-kanak.
Baru-baru ini, juara Akademi Fantasi musim pertama, Vincent Tan telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya dengan menjelaskan bahawa lagu popular yang dimainkan di TikTok itu sebenarnya membawa maksud yang tidak baik.
Vince turut berpesan kepada ibu bapa untuk berhati-hati menggunakan lagu nyanyian Busta Rhynes, Touch It yang sering digunakan oleh ibu bapa untuk menari bersama anak-anak mereka di TikTok dan Reels menggunakan lagu tersebut.
Penyanyi itu juga menjelaskan dia hampir sahaja menggunakan lagu tersebut tetapi niatnya terhenti kerana tidak mahu anak-anaknya terbabit dalam video yang mempunyai lirik lucah ini. Tambahnya lagi, lagu itu mempunyai rentak melodi yang bagus tetapi saya tidak menyokongnya.
Vince bersama isteri dan anak-anaknya
Antara lirik lagu tersebut adalah seperti berikut:
For the record, just a second, I’m freakin’ it out, While she tryin’ to touch, See, I was peepin’ it out, She turned around and was tryin’ Put my d*** in her mouth, I let her
Ya selama ini mungkin ada diantara kita yang tidak begitu menghayati lirik serta bait-bait lagu yang didengar dan kerana itu kita sering terlepas pandang tentang isu-isu berkaitan seperti ini.
Di harap selepas ini, sebagai individu yang lebih dewasa, kita lebih peka terhadap pilihan lagu-lagu yang dimainkan di media sosial sebelum menggunakannya, apa lagi jika membabitkan kanak-kanak bawah umur.
Tiga tahun telah berlalu sejak Gantung The Series ditayangkan menerusi platform penstriman atas talian.
Begitupun, pengaruh dan populariti novel Gantung yang diadaptasi menjadi sebuah drama bersiri 16 episod kekal di ingatan serta hati semua pembaca serta penontonnya.
Bagi kelompok peminat setia Gantung, keinginan untuk menonton sekuel bagi siri ini tentulah ada. Begitu juga semangat buat pasukan produksinya yang tercari-cari momen terbaik untuk meneruskan jalan cerita menerusi pembikinan filem Gantung The Movie pula.
Bercakap di sesi Facebook Live Reunion dengan para pelakon Gantung seperti Randy Pangalila, Ikmal Amry, Brandon Salim, Mentari De Marelle, Hafreez Adam dan Gita Sucia bersama-sama orang penting di belakang tabir iaitu Shamyl Othman serta Susan Lankester, penulis novel Gantung iaitu Nadia Khan menyifatkan sokongan peminatlah yang terus membakar semangat mereka bagi menjayakan projek ini.
“Alhamdulillah. Selepas beberapa tahun berlalu, peminat novel dan siri Gantung masih terus setia menyokong karya ini. Jadi, reunion pada hari ini adalah untuk semua peminat yang pastinya gembira dapat melihat para pelakon Gantung kembali bersama.
“Peminatlah yang memastikan Gantung kekal relevan dan dibincangkan di semua platform media sosial. Oleh itu, doakan segalanya berjalan lancar buat kami semua dari team Gantung,” ujarnya pada sesi tersebut.
BANYAK perkara-perkara menarik yang sempat dibincangkan. Malah, ada juga poin-poin penting yang akan membuatkan korang tersenyum mengetahui.
Lets see some of the scoops we gained from this reunion.
.
Bilakah Penggambaran Gantung The Movie Akan Bermula?
“Semuanya bergantung kepada keadaan semasa kerana sekarang kita semua masih dalam era pandemik COVID-19. Jadi pertama sekali, kita perlu memastikan semua pihak dalam keadaan yang selamat untuk kita menjalankan penggambaran.”
Adakah Jalan Cerita Lebih Serius?
“Menerusi pembikinan filem ini, saya rasa kita (penonton) sudah bersedia untuk membincangkan isu-isu penting yang memerlukan kesedaran di kalangan remaja.”
Kongsikan Sesuatu Yang Istimewa Tentang Gantung The Movie
“Kita sedang dalam proses rakaman runut bunyi original bagi filem ini. Dan siapa tahu jika ada di antara pelakon filem Gantung akan menyanyikannya.”
And What Else.. *Come On Nadia & Shamyl*
“Selain itu, ada beberapa babak menarik yang kami sedang rancang. Kami juga akan menambah lebih banyak babak di luar set sekolah kerana akan ada beberapa acara istimewa sepanjang filem ini. So we will get to dress them up a little bit and that will be really fun.”
“Masih ada beberapa karakter dalam filem ini yang masih belum ditemukan dengan pelakon yang sesuai. Watak-watak utama yang ditonton dalam siri terdahulu akan kembali. Dan kita juga akan melihat beberapa watak cameo tapi belum waktunya lagi untuk kami dedahkan siapa.
Rindu Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang
“Bercakap mengenai lokasi penggambaran di sekolah, pihak produksi sedang cuba untuk mendapatkan lokasi yang sama demi mengekalkan visual jalan ceritanya.
Bagaimana Proses Pelakon Dari Indonesia Untuk Ke Malaysia?
“Sebaik saja para pelakon ditempatkan di ruang kuarantin selama tujuh hari (besar kemungkinan hanya untuk pelakon dari Indonesia seperti Randy Pangalila, Brandon Salim, Mentari De Marelle dan Gita Sucia), produksi akan mempelbagaikan aktiviti agar mereka tidak merasa bosan dan terus produktif. Malah, sesi pembacaan skrip juga akan dilakukan semasa kuarantin.”
*
Fuhh, banyak juga ‘rahsia’ menarik yang dikongsikan oleh Nadia dan Shamyl sepanjang lebih dua jam mereka bertemu secara virtual di Facebook pada hari ini.
Sebelum mengakhiri sesi berkenaan, Nadia mewakili para pelakon dan produksi Gantung telah berterima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan reunion pada hari ini.
“Saya tahu kita sudah lama menantikan projek ini untuk diteruskan. Penantian itu ternyata adalah satu penyiksaan; bukan saja buat penonton tetapi juga kepada kami yang terlibat dalam pembikinan filem ini.
“Tapi kami tetap bersemangat meneruskan produksi ini demi memastikan peminat mendapat buah tangan dari kita semua. Gantung The Movie adalah sebuah filem yang mendapat dana sepenuhnya daripada orang ramai.
“Oleh itu, paling kurang yang boleh kami janjikan buat peminat Gantung adalah untuk melakukan yang terbaik demi kepuasan tontonan mereka,” simpulnya dalam sesi live tersebut.
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...