Berita

Tak Kekok Langsung! Anak Azhar Sulaiman Dipuji Rendah Diri, Kasih Leia Mesra Santuni Penduduk Orang Asli

Share

Nama anak kepada Azhar Sulaiman, Kasih Leia Ixora menjadi sebutan warganet selepas satu video memaparkan kemesraannya bersama penduduk Orang Asli tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, seorang individu memuat naik rakaman yang menunjukkan Kasih Leia menghadiri majlis perkahwinan kenalannya di sebuah perkampungan Orang Asli.

Namun, bukan sekadar kehadirannya yang menjadi perhatian, sebaliknya sikapnya yang cukup merendah diri dan mesra ketika bergaul dengan penduduk kampung.


“Anak Azhar Sulaiman, Kasih ini memang merendah diri betul. Dia nampak mesra dan selesa dengan penduduk Kampung Orang Asli Simpai ini.

“Kata pengantin, dia boleh tinggal bersama-sama dengan keluarga Orang Asli ini berminggu-minggu dan berbulan-bulan.

Dia menangis tengok kawan dia kahwin,” katanya.

Difahamkan, anak sulung kepada pelakon itu sebelum ini pernah menjalankan kajian di kawasan tersebut, sekali gus menjadikan hubungannya dengan penduduk kampung berkenaan sangat akrab.

Dia juga dilihat tidak kekok langsung berada di perkampungan itu.

“Dia tak kekok langsung duduk di kampung Orang Asli.

Katanya dia pernah tinggal lama di kampung ini sambil buat penyelidikan ketika menyambung pelajaran dahulu.

“Tadi nampak dia berjalan kaki keliling kampung dengan kawan,” katanya lagi.

Rata-rata warganet memuji sikap rendah diri yang ditonjolkan Kasih Leia, apatah lagi apabila dia selesa menyantuni masyarakat setempat tanpa sebarang jurang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath