Berita

Tak Kekok Jawab Dalam Bahasa Melayu, Beregu Negara Chen Tang Jie & Toh Ee Wei Buat Ramai Bangga

Share

Tindakan berani pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, menjawab soalan pengacara dalam bahasa Melayu walaupun diajukan dalam bahasa Inggeris nyata mencuri perhatian ramai.

Momen itu dirakam ketika pasangan ini ditemu bual semasa Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, sebelum dikongsikan oleh pengguna platform X,

@adamyusuf88.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei tetap memilih untuk menggunakan bahasa kebangsaan sepanjang sesi temu bual berkenaan, sekali gus menampilkan keyakinan dan jati diri sebagai atlet Malaysia di pentas antarabangsa.

“Wow! Mantap. Malaysia boleh! Ini barulah Madani. Pengacara tanya dalam bahasa Inggeris tapi dua pemain ini jawab dalam bahasa Malaysia.

“Ini benar-benar memartabatkan bahasa kerana penonton juga faham. Indonesia dan Malaysia serumpun,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tindakan spontan namun penuh makna itu sekali gus memberi impak besar apabila perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial.

Rata-rata memuji sikap pasangan beregu negara ini yang berani dan bangga menggunakan bahasa kebangsaan, sekali gus dilihat sebagai satu usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Lebih membanggakan, langkah itu juga dianggap mudah difahami oleh penonton serantau, memandangkan

Malaysia dan Indonesia berkongsi akar bahasa dan budaya yang sama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath