Anak mana yang rela melihat ibu jatuh sakit, lebih-lebih lagi untuk bersedia menerima takdir kehilangannya… Sama sekali tidak.
Sama seperti penyanyi dan pelakon berkaliber Kilafairy, yang mengharapkan ada keajaiban berlaku kepada ibunya tercintanya itu.
Ads
Menerusi satu perkongsian di Instagram Stories, pelakon filem popular Hoore! Hoore! itu menitipkan harapan yang tinggi ada keajaiban yang berlaku agar ibunya kembali sihat dan sembuh daripada penyakit tersebut.
Menerusi hantaran berkenaan, bintang itu memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan ibunya.
Ads
Malah, Kilafairy yang lebih disapa Kila turut memaklumkan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk kehilangan ibu tersayangnya.
“Mengharapkan ada keajaiban berlaku. Saya tidak akan biarkan awak pergi, mama,” coret Kilafairy ringkas.
Terdahulu, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu.
Remaja mendoakan agar ibu Kilafairy diberikan kesembuhan seperti sedia kala…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Here comes the dinosaur! Formula yang diguna pakai oleh pembikin filem Hollywood dengan menggabungkan aksi manusia serta monster-like creatures tidak pernah lapuk. Begitu juga dengan filem terbaru ‘Jurassic World: Fallen Kingdom’ (JWFK). Ia merupakan filem kelima daripada francais ‘Jurassic Park’ dan merupakan filem sekuel ‘Jurassic World’ yang ditayangkan pada tahun 2015.
Apa yang membuatkan francasi filem ini berjaya? ‘Jurassic World’ (2015) contohnya menjadi filem pertama yang mendapat jumlah kutipan melebih USD500 juta dalam tempoh seminggu tayangan dan pada ketika tahun tersebut ia melonjak ke kedudukan filem ketiga di carta box office.
JWFK mengambil tempat tiga tahun selepas kemusnahan berskala mega berlaku di Pulau Isla Nubar yang menempatkan taman tema dinosaur, Jurrasic World. Saki baki dinosaur yang tinggal di pulau tersebut kini bebas merayau tanpa sebarang kawalan daripada mana-mana pihak.
Ironi dengan sejarah mereka yang mengalami kepupusan jutaan tahun dahulu, kesemua dinosaur di Isla Nubar kini berdepan ancaman sama selepas sebuah gunung berapi menjadi aktif dan memuntahkan laharnya. Ia hanya menunggu masa untuk meletus dengan hebat lantas melenyapkan terus kewujudan dinosaur buat kali kedua dalam sejarah dunia.
Misi menyelamat Blue the last Velociraptors
Melihatkan perkara tersebut, bekas Pengurus Operasi Jurassic World, Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) menubuhkan sebuah organisasi dikenali sebagai Dinosaur Protection Group demi menyelamatkan dinosaur di pulau tersebut. Demi misi tersebut Claire telah bekerjasama dengan Benjamin Lockwood, bekas rakan kongsi John Hammond untuk memindahkan dinosaur ke Amerika Syarikat.
Owen Grady (Chris Pratt) bekas pelatih dinosaur dan di Jurassic World pula kini bersara dan menjalani hidup di kawasan pedalaman. Untuk menjadikan misi menyelamat menjadi kenyataan Claire telah memujuk Owen untuk turut serta dalam misi ini.
Namun apa yang Claire dan Owen tidak ketahui ialah rancangan jahat yang dirancang oleh Eli Mills (Rafe Spall), pembantu kanan Benjamin Lockwood terhadap kesemua dinosaur yang kononnya ingin diselamatkan oleh syarikat kendaliannya.
Siapakah kanak-kanak misteri di kediaman Lockwood ini?
Apa yang membezakan JWFK dengan filem-filem terdahulu. Bagi REMAJA ia tidak jauh bezanya. Mereka masih menggunakan formula yang sama, which is bukanlah benda yang tak baik tetapi kadangkala plotnya agak predictable.
Dalam filem ini kita sekali lagi diperkenalkan dengan sejenis dinosaur hibrid atau ciptaan yang mempunyai pelbagai potensi pemangsa luar biasa. Menerusi filem ini juga kita dapat melihat bagaimana beberapa point of view berbeza daripada karakter-karakternya terhadap dinosaur.
Claire mewakili padangan seorang yang optimistik tapi pada dalam masa yang sama dia juga agak selfish kerana ingin menegakkan ideologinya tanpa mengira apa musibah yang boleh terjadi selepas itu. Owen pula mewakili pandangan seorang yang simple. Dia hanya lakukan apa yang dia rasa perlu lakukan demi kebaikan semua pihak. Manakala Eli pula mewakili pandangan seorang yang ingin merebut peluang mencari keuntungan terhadap apa yang dianggapnya mempunyai potensi besar untuk direbut.
Dari segi aksi, ia tidak mengecewakan dan seperti biasa kita dihidangkan dengan banyak aksi dinosaur pelbagai spesies di skrin. Filem terbaru pada kali ini juga memperkenalkan seorang pelakon kanak-kanak baru dan karakternya mempunyai sekarah yang cukup misteri.
In theory, you will get what you expected from this film. Dan itulah apa yang REMAJA rasakan selepas selesai menonton filem ini. JWFK akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula esok, 7 Jun 2018.
RATING: 3.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak mendaki populariti menerusi rancangan realiti bakat nyanyian ‘Produce 101’ musim kedua, satu-persatu bekas ahli grup Wanna One mempunyai kelab peminat masing-masing.
Jika pada bulan April lalu, salah seorang ahli grupnya iaitu One Seong-wu telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk acara ‘Fan Meeting’ pertama sejak mereka dibubarkan pada 27 Januari 2019.
Kini tiba giliran seorang lagi ahli grup Wanna One ke Kuala Lumpur iaitu Kim Jae Hwan!
Acara ‘Fan Meeting’ yang dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro itu akan mengambil tempat pada 27 Julai 2019 ini di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada jam 6 petang, sekaligus mengukuhkan lagi kemunculan debut Jaehwan pada tahun ini sebagai penyanyi solo.
Walaupun masih muda berbanding beberapa hyung-nya dalam Wanna One, Jaehwan sememangnya menjadi ikutan ramai peminat yang menggelar diri mereka sebagai WIN:D.
Kini bernaung di bawah label Swing Entertaiment, Jaehwan yang meraih tempat keempat menerusi Produce 101 musim kedua bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi jugaboleh menulis lirik lagu sendiri.
Untuk album debutnya berjudul Another (dilancarkan pada 20 Mei lalu), beberapa buah lagu turut menerima sentuhan Jaehwan dan telah menerima sambutan menggalakkan daripada WIN:D sekalian.
Kalau korang tak nak melepaskan peluang untuk melihat Jaehwan secara up-close, jangan lupa dapatkan tiket secara online bermula 12 Jun ini pada jam 12 tengah hari di laman web rasmi mereka.
Tengoklah zon tiket yang mana mampu untuk korang miliki, hiks!
Korang rasa Jaehwan akan menyanyikan lagu dendangan Wanna One?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah kemalangan escalator bukanlah sesuatu yang baru buat masyarakat di Malaysia mahu pun di seluruh dunia. Terlalu banyak insiden yang kita selalu dengar berkaitan dengan kemudahan awam ini.
Bukan hanya membahayakan kanak-kanak, namun individu dewasa juga tidak terlepas daripada berpeluang untuk mengalami kemalangan yang berpunca daripada eskalator ini juga.
Melihatkan kepada situasi yang semakin membahayakan ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Yasredz telah pun berkongsi antara kesalahan-kesalahan yang selalunya pengguna eskalator lakukan di tempat awam.
Sebagai seorang bekas pelajar yang pernah mengambil subjek Building Support System ketika menyambung pelajarannya di peringkat diploma, sudah pasti Yasredz terpanggil untuk ‘bersuara’ dalam menangani masalah serius seperti ini.
Berikut merupakan sedikit perkongsian dan tip tentang eskalator yang telah dikongsi di laman twitternya.
1. Hati-hati kalau nampak platform lebih daripada dua. Kalau nampak ada 3 platform, janganlah berdiri lama-lama disitu
2. Sebelum dan selepas naik, perhatikan comb plate. Kalau banyak patah pada sebelah kanan, stay sebelah kiri. Kalau sebelah kiri, stay belah kanan
3. Kalau korang perasan, bulu-bulu hitam dekat tepi rails tu bukan tempat gilap kasut. Itu sebagai had kaki supaya jangan melebihi bulu itu sebelum kaki korang kena telan
Fungsi bulu berus tersebut untuk memberi amaran bahawa kaki korang telah dekat dengan bahagian skirt guard escalator dan ia boleh menarik tali kasut atau kasut ke dalam eskalator
4. Nak diingatkan pada kaum perempuan, kalau korang pakai maxi skirt, jubah, long skirt, tolong jaga kain bila menaiki eskalator. Pernah ada satu insiden seorang gadis tersepit antara step escalator dan eskalator menarik habis kain dia, adoi!
Lelaki ini juga turut berkongsi pengalaman-pengalaman beberapa orang pengguna Twitter yang lain tentang insiden mereka berkaitan dengan tragedi eskalator.
Diharap pendedahan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan eskalator.
Malang tidak berbau, tetapi jika boleh dielakkan dengan kesedaran seperti ini, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!