Hati memang teringin nak menyiapkan kek yang sedap untuk keluarga sendiri. Tapi tak oven tak ada weh!

Nak guna oven sekali rosak pula. So, REMAJA kongsikan 5 resepi mudah (dan gerenti licin) agar korang boleh cuba tanpa menggunakan peralatan yang terlalu complicated. Tak perlu bakar pun.

1. Kek Batik Ultimate Dengan OREO & Cadbury

Tak Ada Oven Pun Boleh ‘Baking’, Ini 5 Resepi Kek Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan

150g Golden OREO cookies, patahkan kepada 4
100g CADBURY Dairy Milk Chocolate Neaps
30g Serbuk koko
50g Mentega tanpa garam
100g Susu Pekat
50g Gula Kastor
2 Biji telur
Untuk hiasan

Biskut OREO original, patahkan kepada 4
Biskut OREO golden, patahkan kepada 4

Cara Penyediaan

IKLAN
  1. Cairkan CADBURY DAILY MILK Chocolate Neaps, serbuk koko, mentega, susu pekat dan gula di dalam periuk kecil dengan api sederhana perlahan.
  2. Gaulkan campuran coklat berterusan sehingga cair sempurna dan sekata. Alihkan daripada api.
  3. Kacau masuk telur dan pukul sehingga sekata.
  4. Campurkan biskut OREO golden dan kacau sehingga semua disalut sempurna.
  5. Mampatkan campuran ke dalam tin kek dan taburkan bahan-bahan hiasan.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit atau semalaman.
    Apabila sudah sedia, potong dan hidangkan.

2. KEK COKLAT MOIST KUKUS

Tak Ada Oven Pun Boleh ‘Baking’, Ini 5 Resepi Kek Mudah Dan Sedap
Sumber Gambar : phoenixhillna.org

Bahan-bahan:
Tepung gandum – 1 1/2 cawan (#)
Baking powder – 1 sudu teh (#)
Soda bikarbonat – 1 /2 sudu teh (#)
Serbuk koko – 1/2 cawan (#)
Minyak masak – 1 cawan
Susu cair – 1 cawan
Susu pekat – 1/2 cawan
Gula – 7 sudu makan
Garam – 1 sudu teh
Ovalette – 1 sudu makan
Telur Gred A – 2 biji

Cara Memasak:

  1. Ayak bahan-bahan yang bertanda (#) dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan-bahan yang tidak bertanda (#) ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuang adunan tersebut dalam bahan yang diayak tadi. Kacau sehingga sekata.
  4. Kemudian, sapukan marjerin di loyang dan tuang adunan kek tersebut.
  5. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bagi elakkan wap air menitis atas kek.
  6. Menggunakan periuk kukus yang dipanaskan terlebih dahulu, kukus selama 1 jam.
  7. Untuk topping, panaskan susu cair, susu pekat dan coklat masakan menggunakan kaedah double-boil. Apabila coklat dah larut, masukkan sedikit shortening.
  8. Apabila kek sudah dimasak, biarkan ia suam terlebih dahulu sebelum menuang topping di atasnya.
  9. Tuang separuh dahulu di atasnya dan simpan kek dalam peti sejuk selama 30 minit.
  10. Lebihan topping tadi dituang selepas kek dikeluarkan dari peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

3. KEK PISANG GUNA KUALI

IKLAN
Tak Ada Oven Pun Boleh ‘Baking’, Ini 5 Resepi Kek Mudah Dan Sedap
Sumber Gambar : Puan Hasliza Dza

Bahan-bahan:
(A) Bahan Blender

Pisang – 1 cawan dilecek
Gula – 3/4 cawan
Minyak masak – 1 cawan
Limau nipis – 1 sudu besar
Garam – secubit
(B) Bahan Ayak

Tepung gandum – 1 1/2 cawan
Baking soda – 1 sudu kecil
Baking powder – 1 sudu kecil

Cara Memasak:

IKLAN
  1. Blender bahan-bahan (A) kecuali pisang selama 2-3 minit.
  2. Apabila dah sebati, masukkan pisang dan blend sekejap sehingga hancur
  3. Kemudian satukan bahan-bahan (B), ayak dalam satu bekas dan kacau sebati.
  4. Ambil bahan-bahan (A) yang telah blend dan tuangkan ke dalam adunan (B) dan kacau lagi sehingga kedua-dua bahan sebati.
  5. Sapukan marjerin pada loyang dan tuang adunan tersebut.
  6. Hiaskan bahagian atas adunan tersebut dengan hirisan nipis pisang di atasnya.
  7. Letak loyang tersebut di atas tungku dalam kuali yang dipanaskan.
  8. Tutup kuali dengan rapat dan bakar tanpa air.
  9. Masak selama 30-40 minit dan cucuk lidi pada kek untuk lihat sama ada kek dah masak atau belum.
  10. Sejukkan dahulu sebelum makan.

4. KEK KEJU LEMON

Tak Ada Oven Pun Boleh ‘Baking’, Ini 5 Resepi Kek Mudah Dan Sedap
Sumber Gambar : mumspantry.com

Foto – Mum’s Pantry
Bahan-bahan:
Mentega – 250gm
Biskut Marie – 1 paket
Cream cheese – 250gm
Lemon – 2 biji

Cara Memasak:

  1. Patahkan dan kisar sehingga hancur biskut Marie.
  2. Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan biskut Marie yang dikisar. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.
  4. Kemudian padatkan adunan tersebut menggunakan gelas. Biarkan seketika.
  5. Menggunakan mixer, putar cream cheese, jus lemon dan susu pekar sehingga sebati dan berbentuk cream.
  6. Selepas itu masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang mempunyai adunan biskut.
  7. Ratakan dan simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dihidangkan.

5. KEK SUSU KUKUS

Tak Ada Oven Pun Boleh ‘Baking’, Ini 5 Resepi Kek Mudah Dan Sedap
Sumber Gambar : Resepi Bonda

Bahan-bahan:
Tepung gandum – 2 cawan
Gula halus – 2 cawan
Susu pekat manis – 3 sudu besar
Susu cair – 1 cawan
Telur saiz A – 3 biji
Esen vanila – 1 sudu teh
Ovalette – 1 sudu besar
Garam halus – 1/4 sudu teh
Minyak jagung – 1/4 sudu teh

Cara Memasak:

  1. Menggunakan mixer, putarkan telur, gula, ovalette, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam sehingga gebu.
  2. Masukkan minyak jagung dan tepung gandum dan kemudian putar sehingga menjadi sebati.
  3. Bahagikan adunan tersebut dalam 4 mangkuk sama saiz atau beberapa hidangan yang kamu mahu. Warnakan dengan pewarna kuning, coklat, merah dan hijau. Kacau rata.
  4. Sapukan mentega pada loyang dan tuang adunan yang diwarnakan secara berselang-seli.
  5. Letakkan loyang tersebut dalam periuk kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Tutup dengan rapat. Tudung periuk diikat dengan kain supaya kek tidak menjadi bantat.
  7. Kukus selama 35 minit menggunakan api sederhana.
  8. Bila dah masak, angkat dan sejukkan sebelum dimakan.

Selamat mencuba, kalau jadi jangan lupa bagi penulis sikit tau…hiks

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI