“Tak ada cita-cita, sebenarnya kita sudah mati” merupakan ungkapan tegas yang dikongsikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika mengulas tentang kepentingan azam tahun baharu dalam kehidupan seseorang.
Pesanan ini bukan sekadar kata-kata motivasi, sebaliknya satu peringatan mendalam agar manusia tidak menjalani kehidupan tanpa tujuan dan arah yang jelas.
Azam Tahun Baharu Bukan Sekadar Senarai Impian
Setiap kali berakhirnya satu tahun, ramai yang mula memasang azam baharu. Namun, tidak sedikit juga yang menjadikan azam tahun baharu sekadar senarai impian tanpa perancangan dan pelaksanaan yang konsisten.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menurut Dr Zulkifli, azam yang sebenar perlu dibina dengan kesungguhan kerana ia berperanan sebagai pemangkin kepada perubahan positif dalam hidup seseorang.
Tanpa azam, seseorang mudah hanyut, hilang arah dan sekadar menjalani rutin harian tanpa matlamat jangka panjang.
Dua Jenis Azam: Besar dan Kecil
Dalam perkongsian beliau, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa azam terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu azam besar dan azam kecil.
Ads
“Pada saya, ada dua azam. Yang pertama azam besar dan satu lagi azam kecil. Azam besar adalah sasaran utama yang kita nak capai,” jelas beliau.
Azam besar merujuk kepada matlamat utama yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu, manakala azam kecil pula merupakan langkah-langkah praktikal yang perlu dilakukan secara berterusan bagi merealisasikan azam besar tersebut.
Gambar Hiasan AI
Contoh Praktikal Membina Azam Yang Realistik
Sebagai contoh, Dr Zulkifli berkongsi sasaran untuk menunaikan umrah sebagai azam besar. Namun, untuk merealisasikannya, seseorang perlu membina beberapa azam kecil sebagai persediaan.
Antara azam kecil tersebut termasuk perancangan kewangan yang tersusun, menyimpan wang secara konsisten setiap bulan, meningkatkan ilmu berkaitan ibadah umrah serta memperbaiki diri dari segi rohani dan akhlak.
Gambar Hiasan AI
Beliau turut menekankan kepentingan membaca buku, menghadiri kuliah dan membuat persediaan mental agar perjalanan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Ads
Azam Melahirkan Disiplin dan Ketekunan
Tambah Dr Zulkifli, apabila azam tahun baharu ditetapkan dengan jelas, ia secara tidak langsung akan melahirkan sikap disiplin, rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Azam juga berfungsi sebagai kompas kehidupan, memberi hala tuju yang jelas dan mengelakkan seseorang daripada hidup sekadar mengikut arus tanpa tujuan.
Mereka yang berazam akan sentiasa menilai kemajuan diri dan berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
Ads
Hidup Tanpa Azam Ibarat Jasad Tanpa Roh
Dalam pada itu, Dr Zulkifli menegaskan bahawa hidup tanpa azam atau cita-cita ibarat jasad tanpa roh. Sekurang-kurangnya setiap individu perlu memiliki satu matlamat yang jelas dalam kehidupan.
Lebih utama, beliau menekankan kepentingan memiliki cita-cita untuk akhirat. Keinginan untuk menjadi insan yang lebih baik, berilmu, berakhlak mulia serta memberi manfaat kepada orang lain merupakan antara azam yang wajar dipupuk.
Kesimpulan
Kesimpulannya, azam tahun baharu bukan sekadar tradisi tahunan, tetapi satu komitmen jangka panjang untuk berubah dan memperbaiki diri.
Seperti yang ditekankan oleh Dr Zulkifli, membina azam dengan perancangan yang baik, usaha berterusan dan niat yang ikhlas adalah kunci untuk memastikan kita bukan sekadar hidup, tetapi benar-benar mempunyai tujuan dalam kehidupan.
Seorang lagi anak Malaysia membuktikan yang negara ini memiliki permata yang cukup berharga. Pavit Coran, 19, pelajar di Universiti Multimedia cawangan Melaka telah muncul juara dalam pertandingan pengucapan awam English Speaking Union yang berlangsung jumaat lalu.
Beliau yang mewakili The English-Speaking Union of Malaysian (ESUM) telah mengalahkan 35 peserta lain dari 33 buah negara pada pusing peringkat akhir. Dalam pembentangan selama lima minit itu, Pavit telah mengetengahkan isu kadar kenaikan kes melibatkan tekanan mental sedunia dan menggesa kerajaan untuk mengambil berat tentang isu tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan ESUM, Pavit berkata “Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding, penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baharu buat saya selain turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet,” katanya.
Menyifatkan pengalaman ini sebagai menarik kerana dia boleh berjumpa peserta seluruh dunia secara maya dari rumah sediri dan mendengar buah fikiran semua peserta dalam interpretasi tersendiri bertunjangkan tema yang sama.
Ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi anugerah tersebut pada kejohanan tahunan itu selepas Marina Tan memenanginya sepuluh tahun lalu. Pengerusi ESUM Tunku Dara Tan Sri Naquiah yang meluahkan rasa gembiranya atas kejayaan Pavit, berkata “anak muda itu memang berhak menang dan kemenangannya adalah untuk Malaysia.”
Sumber: Facebook ESUM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres dan usahawan jelita, Anzalna Nasir berkongsi pengalaman peribadi yang cukup menyentuh hati apabila mengakui sering terjaga di tengah malam untuk menunaikan solat Tahajjud tanpa bantuan jam loceng.
Menurut bekas peserta Dewi Remaja itu, perkara berkenaan bukan satu kebetulan sebaliknya tanda kasih sayang Allah SWT yang memanggilnya untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
“Saya jauh daripada sempurna. Tapi entah bagaimana, Allah selalu bangunkan saya untuk solat Tahajud tanpa jam loceng. Itu bukan kebetulan, tapi jemputan daripada-Nya untuk saya bercakap dengan Dia.
“Hati saya rasa sebak dengan rasa syukur. Walaupun saya banyak kekurangan, Dia tetap mengizinkan saya hadir di hadapan-Nya pada saat paling sunyi di malam hari.
“Besarnya rahmat dan kash sayang daripada Yang Maha Pengasih,” tulisnya panjang di media sosial.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengikut yang turut meluahkan rasa kagum serta mendoakan agar Anzalna terus kekal istiqamah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa mengambil kira status ekonomi, bangsa atau agama seseorang graduan universiti, Perdana Menteri; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini telah mengumumkan bahawa graduan ijazah sarjana muda kelas pertama akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
Keistimewaan ini akan diberikan kepada peminjam yang menamatkan pengajian mereka bermula tahun 2019 sebagai dorongan kepada pelajar untuk terus bersungguh-sungguh mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian masing-masing.
Dalam perucapan Perdana Menteri di majlis sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN itu, beliau mengharapkan agar pihak PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini terutamanya dari aspek peruntukan.
“Saya melihat PTPTN telah memberikan tumpuan kepada aspek penabungan dengan kerjasama strategik. Justeru, PTPTN juga boleh melaksanakan inisiatif yang sama untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman.
“Saya difahamkan sehingga akhir bulan lepas, lebih 2 juta atau 82.04 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion. Terima kasih saya ucapkan kepada para peminjam yang komited membuat bayaran balik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada warga PTPTN atas segala khidmat bakti dan komitmen yang dicurahkan selama 25 tahun sejak ia ditubuhkan agar memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...