Selepas menjadi tular dalam insiden sidang media mengenai kemalangan yang membabitkan dua tren LRT. Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman telah ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebagai pengerusi bukan eksekutif Prasarana. Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan apabila satu surat bertarikh 26 Mei 2021 telah tular di media sosial.
Dalam surat berkenaan tertulis, “Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.”
Ads
Sebelum ini tular dimedia sosial apabila satu petisyen supaya beliau diturunkan jawatan tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 136,201 tandatangan telah diturunkan oleh warganet yang mahukan beliau meletak jawatan.
Tajuddin merupakan ahli parlimen Pasir Salak dan telah dilantik sebagai pengerusi Prasarana bermula 11 Mei 2020 bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020.
Sebuah majlis penghormatan untuk mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand telah diadakan semalam orang orang ramai semalam.
Dalam majlis yang dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum dan agama itu, mereka semua berdiri untuk mendengar beberapa ucapan dan alunan bacaan ayat suci Al-Quran bagi memperingati mangsa dan sebagai tanda solidariti.
Suasana sayu jelas dapat dirasa ketika menonton sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Mohd Shahrizan. Di dalam video tersebut, Shahmi Aiman yang merupakan seorang pelajar Universiti of Christchurch, New Zealand memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah ayat 155-156.
Pelajar yang berasal dari Pasir Mas Salor, Kelantan itu nyata meruntun jiwa netizen yang menonton di media sosial apabila mereka akui bertambah sebak sebaik habis menonton.
REMAJA kongsikan terjemahan ayat tersebut di sini.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah 2:156)
Upacara pengebumiaan para mangsa dijadualkan berlangsung bermula hari ini.
Al-Fatihah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa lebih memilukan apabila diuji dengan kehilangan orang tersayang. Lebih menyedihkan pemergian anak dikasihi itu jatuh pada tarikh lahir sang ibu yang mana sebelum itu arwah sudah berjanji akan meraikan sambutan itu bersama-sama.
Perasaan sebak kehilangan anak, Mohd Azwan Azlan, 24 yang maut semalam dan selamat dikebumikan pagi tadi akibat dihempap traktor membuatkan hati seorang ibu merintih kesedihan.
Ini kerana majlis sambutan hari jadi yang dirancang bertukar menjadi majlis tahlil.
Kedua ibu bapa ini redha atas pemergian sang anak yang disifatkan sangat baik dan penyayang
Siti Hajar Harun, 49, yang sepatutnya meraikan ulang tahun kelahirannya bersama anak-anak berkata, hatinya luluh selepas menerima perkhabaran tersebut, apatah lagi selepas sejam arwah anaknya, Mohd Azwan Azlan, 24, memberi ucapan selamat hari lahir kepadanya menerusi status WhatsAppnya sebelum dikhabarkan meninggal dunia.
Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, Mohd Azwan meninggal dunia di tempat kejadian selepas traktor dipandunya terbabas lalu terperosok ke dalam parit di Jalan Parit, Sungai Haji Dorani di sini.
Siti Hajar berkata, anak-anaknya sebelum ini merancang berkumpul bagi meraikan ulang tahun kelahirannya dengan mengadakan majlis makan malam di rumah, namun takdir sebaliknya terhadap mereka sekeluarga.
“Luluh hati saya bila mengenangkan tarikh istimewa kelahiran bertukar menjadi detik memilukan seperti ini,” katanya.
Traktor dipandu Mohd Azwan terbabas lalu menghempapnya
Siti Hajar turut berkongsi ucapan hari lahir arwah kepadanya sambil memberitahu anaknya itu juga turut mendoakannya supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Sementara itu bapa mangsa, Azlan Rasidi, 54, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan abangnya yang tinggal berhampiran rumah.
“Arwah selalu cakap nak berhenti kerja bawa traktor dan dua minggu lepas ada kata nak ikut kawan dia bekerja sebagai pemandu kapal korek di Pahang.
“Saya nasihatkannya supaya bekerja di kampung kerana di sini pun ada kerja yang bersesuaian, tambahan pula dia minat membawa jentera berat,” katanya.
Traktor dipandu Mohd Azwan terbabas lalu terperosok ke dalam parit di Jalan Parit, Sungai Haji Dorani petang semalam.
Traktor dipandu Mohd Azwan terbabas lalu terperosok ke dalam parit di Jalan Parit, Sungai Haji Dorani petang semalam.
Bagaimanapun, katanya, dia reda pemergian Allahyarham Mohd Azwan yang disifatkan seorang anak baik dan tidak pernah melawan ibu bapa.
“Arwah juga seorang periang dan suka bergurau selain mengambil berat hal keluarga,” katanya.
Jenazah Mohd Azwan disembahyangkan di kediamannya pada jam 9.30 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 11 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu traktor terbabas dan terjunam ke dalam parit mengakibatkannya meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan arahan kuatkuasa ‘total lockdown’ yang dilakukan di seluruh negara, sudah tentu mencetuskan kerisauan di hati sebahagian rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kepada peniaga yang mungkin ‘kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Walaupun dibenarkan beroperasi, namun hasil jualan yang diterima tidaklah terlalu memberangsangkan, malah ada yang mengatakan nak balik modal pun susah ketika berniaga waktu pandemik ini.
Oleh yang demikian, pasangan suami isteri Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri mengambil peluang untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini dengan memuat naik hantaran di IG story bagi mempromosikan perniagaan mereka secara percuma.
Nina turut menjelaskan di laman Instagram sekiranya ada peniaga kecil, instashops, restoran dan sesiapa sahaja yang berniaga, kalau nak meminta bantuan untuk dia promosikan di IG story, bolehlah whatsapp gambar kepada nombor 019-3020060.
Katanya lagi, tidak perlu hantar barang atau hadiah, dia hanya perlukan details seperti link website supaya boleh melakukan ‘swipe up’.
Bagi peniaga kecil yang tidak ada khidmat penghantaran, mereka juga boleh register di @heyho.my dan buat masa sekarang, khidmat ini diberikan percuma oleh suaminya, Jovian Mandagie.
Sehingga kini, sebanyak 200 mesej yang telah masuk dan ada yang marah kerana tidak membalasnya. Nina menjelaskan pihaknya memang tidak akan membalas kerana tidak mahu menganggu giliran. Setiap hari, dia akan mengambil 20 hingga 30 perniagaan yang paling bawah dahulu untuk dimuat naik.
Sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu ramai peniaga yang terkesan dan kami doakan agar Nina dan suami dimurahkan rezeki. Diharap agar bantuan ini dapat meringankan beban peniaga dan semoga rezeki mereka sentiasa lancar dan dipermudahkan.
Pada individu yang masih berkemampuan, mungkin korang juga boleh memainkan peranan untuk menyokong perniagaan kecil mereka. Walau tak banyak mana, setidaknya dengan satu atau dua pembelian dapat membuka rezeki peniaga-peniaga ini. InsyaAllah!
Kerajaan Selangor tawar kelas bahasa percuma Selangor bermula 2026 melibatkan Mandarin, Tamil dan bahasa antarabangsa secara dalam talian untuk semua rakyat.