Hiburan

Tahniah! Mona Allen Umum Hamil Cahaya Mata Kedua

Share

Pelakon berbakat besar, Mona Allen mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.

Berita gembira tersebut dikongsikan isteri kepada aktor, Pekin Ibrahim menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon drama hit Love Elsa itu memaklumkan usia kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.

ARTIKEL BERKAITAN:

“Tidak Sabar Untuk 2024…” – Aiman Hakim Dedah Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua

“Syukur alhamdulillah saya dan suami bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Petra. Insya-Allah awal tahun hadapan.

“Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram,” coretnya.

Justeru, Mona meminta orang ramai mendoakan kesihatan bayi dalam kandungan selain mengucapkan penghargaan atas doa.

“Masyallah tabarakallah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya. Terima kasih juga atas doa semua sahabat.

“Keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya serta keluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” katanya lagi.

Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah buat Mona dan suami.

Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun berkahwin, mereka dikurniakan putera sulung, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.

SUMBER: Instagram Mona Allen

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN