Graduan tertua, Dr. Mohd Tahir Ahmad berjaya mengenggam Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada usia 86 tahun.

Beliau telah menerima Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan daripada Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Majlis Konvokesyen Ke-35 UUM.

Pesara dari Bank Pertanian itu memaklumkan, umur bukan limitasi buat dirinya untuk terus memperoleh ilmu baharu selain berjaya menggenggam sebuah kejayaan yang diimpikan selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Wakil Anak Terlantar Sakit Kanser Untuk Terima Segulung Ijazah Undang Sebak Hadirin

Tahniah! Graduan Berusia 86 Tahun Ini Berjaya Peroleh Doktor Pentadbiran Perniagaan UUM

Age is an issue of mind over matter. If you don’t mind, it doesn’t matter. Ramai yang bertanya, sudah tua buat apa belajar lagi?

IKLAN

“Tetapi saya merasakan apabila sudah tua, lagi mudah belajar kerana kita ada tujuan sebenar. Jadi, umur bukanlah satu masalah. Dalam merasakan diri tidak belajar lagi, ’empty mind is devil’s workshop/paradise’.

“Justeru, kita perlu belajar lagi kerana banyak perkara yang boleh kita tahu, tambahan pula sekarang pembangunan pesat dan banyak perkara baru. Kalau kita tidak belajar, tidak mungkin akan dapat mengetahuinya,” katanya.

Selain itu, Dr. Mohd Tahir turut berkata jika hendak belajar perlu ada empat perkara penting iaitu tujuan mesti betul, mesti ada kemahuan dan kebolehan, setiap masalah pasti ada penyelesaian dan kewangan.

IKLAN

Tahniah! Graduan Berusia 86 Tahun Ini Berjaya Peroleh Doktor Pentadbiran Perniagaan UUM

Mengulas lanjut, beliau belajar kerana kepuasan diri setelah berjaya dalam karier dan beliau berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

Berkongsi rahsia masih bersemangat meneruskan pengajian, bapa kepada dua cahaya mata itu berkongsi, penjagaan kesihatan mental dan fizikal sangat penting, tambahan di usia yang senja.

IKLAN

“Saya berharap apabila usaha untuk menambah ilmu ini bukan sahaja akan menguntungkan diri, dapat membantu masyarakat apabila diperlukan,” ujarnya.

Sekadar informasi, beliau menamatkan pengajian tertingginya itu selepas lapan tahun menyiapkan tesis bertajuk ‘A Structural Model of the Relationship between Product Quality, Benefits, Safety, Values and Consumer Consumption Behaviour towards Herbal Products’ di bawah Penyelia, Prof. Dr. Nor Azila Mohd Noor.

Tahniah Remaja ucapkan!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: UUM Today

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI