TAHNIAH! Ally Mukhriz Satu Langkah Menuju Perkahwinan

Share

 

Pada usia 23 tahun, cucu kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini mengumumkan telah mengikat tali pertunangan menerusi akaun Instagram-nya.

 

Gadis yang baru saja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam jurusan Pemasaran Strategik dari Imperial College London ini telah ‘mengatakan ya’ kepada teman lelaki, Ezran Dauh Cheah.

“1 million times, YES”

 

 

Pengumuman itu juga diikuti dengan ucapan tahniah daripada beberapa personaliti popular Instagram seperti pereka fesyen Alia Bastamam, Miss Universe Malaysia 2011 Deborah Henry, Fyza Kadir dan Haida Yusof.

REMAJA masih belum melihat apa-apa pesanan atau ucapan yang hadir daripada Tun M mahupun ayah Ally, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang juga merupakan Menteri Besar Kedah.

Apapun, REMAJA ucapkan tahniah kepada lovebirds,

Ally & Ezran!
IKLAN