Terbaru, gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia yang sebelum ini dimiliki juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Berdasarkan ranking dunia terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Sze Fei-Nur Izzuddin melonjak empat anak tangga ke tempat ketiga selepas mengumpul 85,916 mata yang juga merupakan pencapaian tertinggi dalam karier mereka.
Dalam pada itu, pencapaian ini telah diperoleh susulan prestasi cemerlang apabila muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China pada Ahad lalu.
Sze Fei-Nur Izzuddin membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, tewas 17-21, 21-17, 11-21 kepada pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam pertarungan tiga set yang mendebarkan.
Selain muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir 2024, Sze Fei-Nur Izzuddin turut merangkul tiga gelaran Jelajah Dunia musim ini iaitu Terbuka Jepun (Super 750), Terbuka China (Super 1000), dan Terbuka Artik (Super 500).
Ads
Sementara itu, Astrup-Rasmussen melangkah ke tangga utama ranking dunia dengan 95,003 mata, menggantikan tempat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, manakala Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang turun ke tempat kedua dengan 93,018 mata.
Bagi beregu negara, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang gangsa Olimpik Paris 2024 turun satu anak tangga di tempat keenam dengan 82,615 mata.
Dalam kategori beregu campuran, pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mencatat ranking tertinggi dalam karier mereka apabila melangkah ke kedudukan keenam dengan 73,940 mata berbanding sebelum ini di tempat kelapan, selepas pencapaian gelaran naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula mendaki ke tempat ketujuh daripada tangga ke-10 selepas mengumpul 71,470 mata manakala pasangan dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping kekal di kedudukan teratas dengan 98,700 mata.
Seterusnya, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia turut naik memperbaiki kedudukannya apabila menghuni tangga keenam dengan 79,016 mata berbanding tempat kelapan sebelum ini.
Dalam pada itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah mengekalkan kedudukan mereka di tempat keenam untuk minggu kelima berturut-turut selepas mengumpul 79,016 mata, di belakang Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China yang mendahului carta dengan 102,746 mata.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman teknologi canggih hari ini membolehkan kita melakukan pelbagai perkara bersama rakan-rakan mahu pun orang tersayang, tidak kira sama ada mereka berada dekat atau jauh dengan kita.
Selain daripada aplikasi yang boleh menghubungkan antara satu sama lain secara virtual, kini korang juga boleh menggunakan teknologi itu untuk menonton filem bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang berada jauh dari korang.
Mungkin ramai yang belum tahu, aplikasi Messenger di Facebook boleh digunakan sebagai platform menonton filem beramai-ramai.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Phillymyna Hussin telah pun berkongsi cara-cara untuk melakukannya.
Jom kita lihat.
1. Buka video call
2. Klik ‘watch together’
3. Dah boleh tonton movie sama-sama dengan kawan yang lain
4. Boleh ‘add people’ kalau nak tengok ramai-ramai
Mudah sahaja kan? So, selepas ini kalau korang rasa malas nak keluar tapi nak ‘lepak’ dengan kawan-kawan, mungkin korang boleh guna cara ini untuk meluangkan masa bersama.
Secara umum, puasa wajib dilakukan selama 30 hari di setiap negara yang penganutnya beragama Islam dan untuk durasi masa berpuasa pula bergantung kepada kedudukan geografi negara tersebut. Perbezaan jangka masa itu ditentukan bermula terbitnya matahari hingga terbenamnya matahari.
Namun begitu, terdapat negara yang tempoh puasanya lebih pendek dan ada juga yang hanya perlu berpuasa selama 8 jam. Ha, negara mana tu?
Jom kita lihat antara negara-negara yang mempunyai tempoh berpuasa yang lebih pendek.
Antartika
8 jam 18 minit
Pernah terbayang tak bagaimana agaknya berpuasa di Antartika? Waktu imsak pada pukul 6.30 pagi dan berbuka sekitar pukul 3.48 petang. Tapi persoalannya, mampukah korang bertahan makan dan minum dalam cuaca yang sangat sejuk?
Umat Islam di negara ini berpuasa dari pukul 5.31 pagi dan berbuka pada pukul 3 petang, lebih kurang 9 jam berpuasa. Walaupun agak singkat namun mereka harus berpuasa dalam keadaan udara kering dan cuaca sejuk.
Populasi umat Islam di Argentina hanya sedikit sekitar 1.9 peratus sahaja, namun suasana Ramadan tetap dirasakan bagi yang menyambutnya. Penduduk Argentina yang beragama Islam perlu berpuasa lebih kurang 9 jam 30 minit.
Afrika Selatan antara negara yang berpuasa dalam tempoh yang singkat, 10 jam 30 minit. Namun, cabaran mereka adalah terpaksa berpuasa dalam cuaca yang panas.
Apa-apa pun bersyukurlah kerana korang dapat menjalani ibadah puasa di negara sendiri, Malaysia. Cuaca di negara kita tidaklah terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk. Bayangkan macam mana agaknya jika berpuasa dengan cuaca yang sangat panas atau sejuk?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila sebut tentang tiram, teringat set makanan laut yang dihidangkan dalam filem Mr.Bean. Memang kembang tekak bila lihat tiram mentah terhidang sebegitu. Euuww!
Hidangan tiram mentah biasanya di acara kasual, restoran atau bar-bar mewah. Namun kini, tengah trending makan oyster, kita dapat lihat di laman sosial TikTok dan ramai peniaga dah mula sajikan hidangan ini.
Makan tiram mentah sangat baik untuk kesihatan batin. Ia kaya dengan mineral (zinc) dimana membantu pengeluaran lebih banyak testosterone, iaitu suatu hormon meningkatkan nafsu dan fungsi seksual. Kajian juga mendapati zinc mampu menghasilkan sperma yang berkualiti dan potensi seksualiti lelaki.
Risiko Bakteria Vibrio Parahaemolyticus
Namun begitu, baru-baru ini Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan ada risiko makan tiram mentah ini biarpun rupa, bau dan rasa dia sama seperti yang tiada bakteria.
Untuk gambaran yang paling mudah, PHM memberikan satu contoh dalam satu babak filem Mr Bean yang mengalami sakit perut selepas memakan oyster mentah itu.
Menurut PHM, perkara ini memang boleh terjadi kepada mana-mana pemakan menu tersebut, ia kerana dalam oyster tersebut terdapat satu bakteria yang dinamakan Bakteria Vibrio Parahaemolyticus.
“Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Tiram & kerang memang ada bakteria ini.”
Jadi, bakteria ini boleh berganda jika tiram tersebut berada di dalam suhu bilik, biarpun rupa, bau dan rasa sama dengan yang tiada bakteria. Kesannya, jika pemakan ‘tertelan’ bakteria ini, pemakan boleh mengalami cirit birit, demam, sakit perut dan muntah-muntah.
Kesimpulannya, tak salah kalau korang ingin menikmati makanan laut ini tapi pastikan ia benar-benar bersih dan segar. Apa pun penulis masukkan sos tiram dalam sayur campur. Eh, ada kena mengena ke?hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!